Ahli PPK Unit 18 telah diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam karnival jualan produk pertanian yang diusahakan oleh ahli unit. Karnival tersebut diadakan di Central Square Sungai Petani selama empat hari bermula pada Khamis 17 Mei 2012 hingga Ahad 20 Mei 2012.
Unit 18 menjual nanas yang ditanam oleh ahli dan beberapa produk IKS termasuk Dodol, cup cakes dan kerepek pisang.
Sambutan yang diberikan terhadap jualan nanas sangatlah menggalakkan. Jualan nanas untuk tempuh empat hari mencecah RM3,000.00. Memandang ramai pembeli yang berminat untuk membeli nanas yang siap di kupas, ahli unit menjual nanas yang sedia untuk dimakan pada hari ketiga. Sekali lagi sambutan terhadap nanas tersebut sangatlah memberansangkan.
Unit juga mengambil kesempatan mengedarkan 'flyer' untuk perkhidmatan katering yang diusahakan oleh ahli.
Karnival ini memberikan pengalaman yang amat berharga kepada ahli yang mengambil bahagian. Banyak pengetahuan dan pengalaman diperolehi dan akan digunakan dimasa masa akan datang jika mendapat peluang seperti ini.
Unit juga mendapat beberapa idea bagaimana untuk mengembangkan perniagaan. Beberapa perbincangan ringkas telah diadakan semasa lawatan dari ajensi ajensi yang terlibat dalam karnival tersebut. Perbincangan lanjut akan dibuat pada masa terdekat.