Ahad, 21 Februari 2010

Mesyuarat AJK 01/2010

PPK Unit  mengadakan mesyuarat AJK pertama untuk tahun 2010 pada Ahad 21 Februari 2010 di No.3, Jalan Kristal 1, Taman Kristal Sungai Petani mulai jam 9.00 malam.

Mesyuarat membincangkan :

1.    Tanaman Nanas

Projek tanaman nanas yang bermula pada akhir tahun 2009 kini telah siap di tanam sepenuhnya. Peserta diminta untuk mematuhi arahan pegawai dari Jabatan Pertanian dari segi penjagaan tanaman tersebut. Beberapa siri taklimat dan latihan akan diadakan sebagai bimbingan untuk peserta yang akan diberikan oleh Jabatan Pertanian secara percuma.

Peserta juga diberitahu tentang penyerahan baja, racun serta hormon untuk pokok nanas.

2.    Cili Fertigasi

Beberapa ahli muda berminat untuk melibatkan diri dalam tanaman cili fertigasi. Setakat ini tiga orang ahli telah menyatakan tentang lokasi projek akan dijalankan. Sebagai permulaan mereka akan menaman lebih kurang 1500 pokok seorang. Segala persiapan seperti tangki, pam, paip, benih dan bahan mentah lain telah pun ditempah dan menunggu penghantaran.

PPK Unit 18 akan memberikan sokongan dan bantuan kepada mereka. Usaha akan dibuat untuk mendapatkan bantuan sebagai galakan.

3.    Pemprosessan Ayam

       Seorang ahli akan memulakan tempat menyembelih, memproses dan menjual ayam di Kampung Seberang Tok Soh. Ahli tersebut memohon PPK membantu untuk mendapatkan matching grant untuk peralatan yang diperlukan.

4.     Ternakan Ayam Kampung

Ternakan ayam kampung yang diusahakan oleh En. Mohd Khassim mengalami sedikit masalah. Projek tersebut dimulakan dengan benih anak ayam seramai 2,000 ekor tidak dapat diteruskan kerana kadar kematian yang tinggi.

5.     Tarikh Mesyuarat Agong

Ahli jawatankuasa telah bersetuju untuk mengadakan mesyuarat agung PPK Unit 18 untuk tahun 2010 pada 28 April 2010. Mesyuarat akan dilangsungkan di Dewan KRT Taman Rhu mulai jam 9.00 malam. Surat pemberitahuan akan dihantar ke PPK Sungai Petani.

Mesyuarat akan mengadakan pemilih pegawai pertubuhan dan juga memilih anggota untuk mewakili mesyuarat agong tahunan PPK Sungai Petani. Semua yang hadir diminta untuk membawa sebarang usul yang bangkit pada mesyuarat tersebut nanti.

Mesyuarat ini ditangguhkan pada jam 10.50 malam.