Kursus

PENYEDIAAN BAJA IMO

Oleh Tuan Hj Zainal – Jabatan Pertanian Kuala Muda
29 Mei 2011
Kampung Seberang Tok Soh


     Baja adalah asas pertanian dan diperlukan oleh pokok dan sayur-sayuran. IMO (Indigenous Micro Organism) adalah baja tanpa bahan kimia yang digunakan di tanah.

     IMO yang disediakan ini menyamai Effective Microbes yang dijual dipasaran.


Penyediaan IMO 1

1.1  Isikan nasi kedalam bekas plastik sehingga ke paras 2/3. Tinggalkan ruang 1/3 untuk pembiakan microbes. Kuantiti yang digunakan berpatutan dengan jumlah yang diperlukan.

     Jangan gunakan bekas yang diperbuat dari logam seperti tin, besi, aluminium atau zink. Gunakan bekas yang lebar. Elakkan bekas yang tinggi kerana ia kurang permukaan untuk microbes membiak.

      Tutup bekas yang telah diisi dengan kertas putih dan ikat dengan tali dengan kemas.

1.2 Letakkan bekas dibawah rumpun buluh. Paling sesuai jika rumpun buloh tersebut terletak ditepi sungai. Pastikan bekas tidak diganggu oleh binatang atau haiwan lain. Gunakan jaring jika perlu.

     Tutup bekas tersebut dengan daun buluh kering. Jerami pun boleh digunakan untuk menutup bekas tersebut tetapi ada masalah.

      Buloh mempunyai microbes terbaik.

1.3 Biarkan sehingga dua malam. Nasi di dalam bekas akan berkulat  berwarna kekuningan, keputihan atau kemerahan. Jika warna kulat menjadi hitam, menunjukkan IMO tersebut rosak dan perlu dibuang.

Campuran ini hendaklah diguna segera. Ia tidak boleh disimpan lama. Gunakan dalam masa satu bulan.


Penyediaan IMO 2

2.1  Tuangkan nasi yang berkulat kedalam bekas dan campurkan ‘gula merah’ pada nisbah 1:1. Jika berat nasi adalah 500 gm gula merah yang diperlukan adalah 500 gm.
Gula merah adalah makanan untuk microbes tersebut

2.2  Simpan campuran kedalam bekas atau balang plastik.

2.3  Tutup dengan kertas putih seperti 1.1

2.4 Simpan selama 5 hingga 7 hari ditempat yang sejuk, tidak terdedah kepada cahaya matahari. Campuran tersebut akan bertukar menjadi cecair.


Penyediaan IMO 3

3.1  Ambil 10 gm (lebih kurang 1 sudu kecil) dan dicampurkan kedalam dua (2) liter air basuhan beras. Kacau sehingga serata.

      Air beras tersebut disediakan tiga hari sebelum digunakan.

     Masukkan air basuhan beras kedalam bekas plastic yang bersesuaian saiz. Peram air tersebut selama tiga hari.

3.2 Ambil 10 kilogram dedak halus (sama seperti dedak beras yang digunakan untuk membuat biskut Marie) dan masukkan kedalam bekas atau besen.
               
     Dedak boleh dibeli dari kilang beras. 1 guni 60 kg berharga RM60.00

3.3 Tuang air beras yang telah di campur dengan IMO 2 dan gaul sehingga rata. Campuran ini mesti mempunyai kelembaban 65% (moisture content)

Cara menentukan campuran yang sesuai :

Ambil segenggam dedak yang telah dicampurkan air beras, cekak dengan kuat  dan lepaskan. Jika :

    a.  Dedak pecah dan berderai – masih kekurangan air. Jika air basuhan beras yang disediakan telah habis digunakan tambah dengan air biasa.

    b.  Air mengalir melalui jari – terlalu banyak air. Campuran perlu di perbetulkan dengan menambah dedak dan IMO 2 mengikut kadar yang betul.

    c.  Dedak tidak pecah atau berderai atau tidak ada air yang keluar, ia bersesuaian.

3.4  Tutup campuran diatas dengan kertas putih

3.5  Selepas 3 hingga 5 malam, lakukan ujian :

Cucuk sebatang kayu pendek sehingga kedalam. Keluarkan kayu tersebut dan rasa suhu. Jika suhu pada kayu panas lebih kurang 40 darjah, iaitu boleh dipegang makan proses tersebut berjaya.

3.6  Campuran ini boleh disimpan sehingga 5 atau 6 bulan.


Penyediaan IMO 4

4.1  Ambil tanah (top soil) dan campurkan IMO 3 pada nisbah 1:1. Gaul didalam bekas yang sesuai.

4.2  Siram air untuk menjadikan campuran pada kelembaban 65%.

4.3  Tutup dengan daun kering atau plastik atau boleh juga dipindakkan kedalam guni.

4.4 Campuran ini boleh terus digunakan untuk memulihkan tanah. Taburkan campuran ke atas tanah yang telah dibajak yang masih belum ditanam pokok atau benih. Tutup dengan daun kering.

Nisbah taburan : 100 mg kepada keluasan 1 meter persegi (10 kaki persegi)

4.5 Untuk digunakan sebagai baja biasa, ia perlu dicampurkan dengan tahi ayam atau tahi lembu seperti penyediaan di bawah (peringkat 5)

Microbes menukar tahi ayam atau tahi lembu menjadi baja yang senang dihisap oleh pokok. Tahi kambing tidak sesuai digunakan kerana ketulan melainkan ia dihancurkan terlebih dahulu.


Penyediaan IMO 5

5.1  Ambil campuran IMO 4 dan campurkan dengan tahi ayam atau tahi lembu kering. Gunakan nisbah 1: 10 iaitu 1 bahagian IMO 4 dengan 10 bahagian tahi ayam/lembu.

5.2  Siram air biasa sehingga kelembaban 65%. Lakukan ujian seperti bahagian 3.3

5.3  Simpan selama dua (2) minggu ditempat redup.  Elakkan terdedah kepada cahaya matahari.


 

NATURAL FARMING

Oleh Puan Noriah – Jabatan Pertanian Kuala Muda
29 Mei 2011
Kampung Seberang Tok Soh


Pengenalan

  NF adalah satu kaedah pengeluaran bagi menghasilkan tanaman makanan secara organik.
  NF merupakan kaedah pengeluaran yang telah lama diamalkan di Korea dan beberapa negara di Asia.
  NF digunakan untuk berbagai jenis tanaman seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan padi.


Kebaikan

  Meningkatkan hasil sehingga 4-6 kali ganda.
  Menggunakan sumber baja semula jadi.
  Mesra alam.
  Mengurangkan kos sehingga 30 peratus.
  Membekalkan bahan makanan yang selamat dimakan iaitu bebas dari bahan kimia.


Sumber Baja

  Bahan Tanaman
  Haiwan, Ikan
  Bahan Pereputan


Sumber Baja

Baja NF Cecair
-  Bahan Tanaman
-  Haiwan, Ikan

Jenis Baja Tunggal NF

*  FERMENTED PLANT JUICE (FPJ)
*  FERMENTED FRUIT JUICE (FFJ)
*  FISH AMINO ACID (FAA)
*  CALCIUM PHOSPHATE (CaP)
*  PHOSPHATE CALCIUM (Pca)


Penyediaan Baja cecair

  Dengan kaedah “ osmosis” iaitu mengeluarkan unsur permakanan didalam daun  dan buah.

  “Extract” unsur-unsur dari dalam tisu tulang, ikan  dan kulit telor dengan melarutkannya kedalam cuka asli.

Kaedah Osmosis

  Dengan kaedah “ osmosis” iaitu mengeluarkan unsur permakanan didalam daun  dan buah :

Cara:
  Gula merah yang sama berat (1:1) dengan bahan digunakan untuk membolehkan proses osmosis dilakukan.

Kaedah Extract

  “Extract” unsur-unsur dari dalam tisu tulang, ikan  dan kulit telor.

  Dengan menggunakan cuka asli 10 kali berat bahan tulang atau telor yang digunakan direndam selama 30 hari.


Fermented Plant Juice FPJ

Cara penyediaan

1.  1 bahagian kangkong (1 kg) yang dipotong kecil. Daun lain juga sesuai digunakan

2.  1 bahagian gula merah (1 kg)

3.  Masukkan sebahagian kangkong diikuti dengan sama banyak gula berperingkat peringkat kedalam bekas plastik. Seperti membuat kueh lapis.

4.  Tutup dengan kertas dan diikat rapi.

5.  Simpan ditempat sejuk dan tidak terdedah kepada cahaya matahari selama 5 hingga 7 hari.

6.  Tapis kedalam bekas atau botol.

7.  Campurkan air pada nisbah 5 ml : 1 liter air (1 : 200)

8. Semburkan pada daun pokok sebelah pagi sebelum 10.00 atau pada sebelah petang selepas pukul 6.00 petang.


Fermented Fruit Juice FFJ

Cara penyediaan

1.  1 bahagian buah (1 kg) yang dipotong kecil. Betik masak atau nanas sesuai digunakan

2.  1 bahagian gula merah (1 kg)

3.  Masukkan sebahagian buah diikuti dengan sama banyak gula berperingkat peringkat kedalam bekas plastik. Seperti membuat kueh lapis.

4.  Tutup dengan kertas dan diikat rapi.

5.  Simpan ditempat sejuk dan tidak terdedah kepada cahaya matahari selama 5 hingga 7 hari.

6.  Tapis kedalam bekas atau botol.

7.  Campurkan air pada nisbah 5 ml : 1 liter air (1 : 200)

8.  Semburkan pada daun pokok sebelah pagi sebelum 10.00 atau pada sebelah petang selepas pukul 6.00 petang.


Fermented Amino Acid FAA

1.  Gunakan 1 kg. ikan temenung kerana ia mudah didapati dan murah.

2.  Ikan tidak perlu dibersihkan. Potong 1 inci.

3.  Masukkan 1/3 bahagian ikan kedalam balang plastik. Kemudian taburkan sedikit gula merah.
Kemudian masukkan 1/3 bahagian lagi ikan dan gula dan masukkan ikan yang tinggal dan kesemua gula merah kedalam bekas.

4.  Tutup bekas menggunakan kertas putih.

5.  Simpan selama 30 hari.

6.  Tapis


Cara Penggunaan FAA

  50 ml FAA / 10 Liter air atau  (5 ml FAA / 1 liter air)
  Waktu semburan – sebelum 10 pagi dan selepas 5 petang
  Sembur pada pokok 2 minggu sekali



carian : fermented fruit juice as fertilizer, Indigenous Microorganism, fermented plant juice,