Sabtu, 3 Mei 2014

Lawatan Ke Pantai Timur

PPK Unit 18 mengadakan lawatan ke Kelantan pada 01 dan 02 Mei 2014. Ahli serta keluarga diberi peluang menyertai lawatan ini dan dikenakan sedikit bayaran. Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada ahli untuk meninjau peluang keusahawanan.

Hari Pertama

   7.30 pagi            : Bertolak dari Taman Rhu, Sungai Petani

   9.30 pagi            : Berhenti di R & R Gerik

   12.00 tgh hari  :  Rantau Panjang

   2.30 petang       : Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra

   4.00 petang       : Pantai Cahaya Bulan  PCB

   6.30 petang       : Homestay

   8.00 malam      : Wakaf Che Yeh



Hari Kedua

   8.00 pagi          : Check out dari Homestay

   8.30 pagi          : Kota Bharu.

   11.00 pagi         : Nordin Batik

   12.00 tgh bari  : Perusahan Serunding dan Dodol, Jalan Pasir Mas

   2.30 petang       : Bukit Bunga

   4.30 petang       : Bertolak pulang

   9.00 malam      : Selamat tiba di Sungai Petani


HARI PERTAMA  :







HARI KEDUA :










Lawatan yang dianjurkan ini dianggap amat berjaya tanpa sebarang masalah. Peserta memberikan kerjasama dalam menepati masa dan jadual yang ditetapkan.

Pihak penganjur mungkin akan mengadakan rombongan sebegini dimasa akan datang.


Ahad, 23 Mac 2014

Mini Hari Peladang peringkat PPK Unit 18

Mini Hari Peladang peringkat Unit diadakan pada hari Ahad 23 Mac 2014 di Kampung Seberang Tok Soh. Ini adalah kali kedua program 'Mini Hari Peladang' peringkat unit diadakan bermula pada jam 0900 pagi dan tamat pada jam 12.30 tengah hari.

Sebelum program dijalankan, PPK Unit 18 mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan untuk Tahun 2014 di lokasi sama. Mesyuarat turut di hadiri oleh Pengerusi PPK Sungai Petani dan Pengurus Besar PPK Sungai Petani. 

Mini Hari Peladang juga dihadiri oleh beberapa agensi kerjaan termasuk FAMA, Jabatan Pertanian dan Panel Penasihat Klinik Kesihatan bakar Arang.
















      

Khamis, 6 Mac 2014

Mesyuarat AJK

Mesyuarat AJK telah diadakan di pejabat PPK Unit 18 pada Khamis 06 Mac 2014 di pejabay PPK Unit 18 Kampung Seberang Tok Soh. Mesyuarat bermula pada jam 9.30 malam dihadiri oleh AJK serta ahli ahli unit.

Agneda utama mesyuarat adalah :

1.      membincangkan tentang aktiviti  kemasyarakatan iaitu program anak angkat Siswa Kolej PTPL Sungai Petani yang akan diadakan pada 22 mac 2014.

2.        Program Hari Mini Peladang PPK Unit 18 yang dicadang diadakan pada Ahad 23 mac 2014.




          

Ahad, 8 September 2013

Dialog dengan Jabatan Pertanian

Satu taklimat dan dialog antara penduduk yang kebanyakkan ahli PPK Unit 18 Kampung Seberang Tok Soh dengan Jabatan Pertanian Kuala Muda telah diadakan pada Ahad 08 Sept. 2013. Perjumpaan dan dialog diadakan di pejabat PPK Unit 18 di Kampung Seberang Tok Soh bermula pada jam 11.00 pagi.
 
 
 







 
 
 
 


Perjumpaan dengan Amanah Ikhtiar Malaysia

Satu perjumpaan antara penduduk Kampung Seberang Tok Soh dengan empat pegawai dari Amanah Ikhtiar Malaysia cawangan Sungai Petani. Perjumpaan diadakan di pejabat PPK Unit 18 dihadiri oleh hamper 20 orang penduduk dan ahli PPK Unit 18. Perjumpaan bermula pada jam 10.00 pagi.

Taklimat oleh pegawai Amanah Ikhtiar mengenai sejarah penubuhan, objektif, kelayakkan, pembiayaan, prosedur keahlian serta jenis pembiayaan dan kelebihan berbanding dengan skim pinjaman yang lain.






Perbincangan selanjutnya akan diadakan pada hari Rabu 11 Sept 2013 jam 3.00 petang. Pengerusi PPK Unit 18 meminta menghebahkan kepada ahli ahli yang tidak hadir pada taklimat hari dan juga kepada penduduk kampong lain yang berminat.


Rabu, 24 Julai 2013

Lawatan Kedua Kolej PTPL Sungai Petani

Seramai 28 pelajar beserta dua staf dari Kolej PTPL Cawangan Sungai Petani mengadakan lawatan ke PPK Unit 18 Kampung Seberang Tok Soh pada Rabu 24 Julai 2013. Tujuan lawatan diadakan adalah untuk meninjau aktiviti yang dijalankan oleh penduduk kampong tersebut dan ahli ahli unit PPK. Lawatan ini adalah sebagai kesinambungan lawatan yang pertama yang telah diadakan pada bulan April 2013 yang lalu.
 
Atur cara lawatan adalah mengikut turutan berikut :
  1. Lawatan ke pusat perusahaan 'Dodol Gemilang'
  2. Lawatan ke pusat pembakaran dan penjual 'Lemang Pak Teh'
  3. Lawatan ke tempat pengusahaan Kuih Sepit
  4. Pusat penualan di Taman Sejati
Pada setiap lokasi pelajar kolej tersebut diberi taklimat tentang sejarah bila perusahaan dijalankan, ahli PPK yang bergiat, sedikit cara perusahaan, kuantiti pengeluaran dan jualan.

Pada akhir lawatan pelajar mengucapkan terima kasih diatas kerjasama yang diberikan oleh ahli PPK Unit 18.
 

a.  Pusat perusahaan Dodol Gemilang





b.   Pusat Penyediaan dan Jualan Lemang Pak Teh

 



c.   Perusahaan Kuih Raya di Kampung Seberang Tok Soh



d.   Lawatan ke Pusat Jualan Kuih di Taman Sejati (Hadapan Pasaraya Parkson)


Seterusnya beberapa program lain sedang diatur diantara kolej PTPL dengan penduduk kampong dan ahli PPK Unit 18 dimasa akan dating. Salah satu adalah program anak angkat yang akan diadakan sebelum akhir tahun.