Pelaksanaan
16 Jun 2011 - Lawatan ke Lokasi
Bangsal cendawan yang dicadangkan terletak di tengah kebun getah. Pokok getah yang ada telah berusia lebih 10 tahun dan mempunyai ketinggian melebihi 20 kaki. Ini memberikan suasana suhu sejuk dan nyaman di luar dan di dalam bangsal dibawah 30 darjah celsius yang amat sesuai untuk cendawan.
22 Jun 2011 - Lawatan ke Bangsal Cendawan - 1
Lawatan pertama dibuat dengan kerjasama pegawai PPK Sungai Petani yang mengenalkan dengan pemilik bangsal cendawan yang paling hampir dengan cadangan tapak projek.
Lawatan pertama ini untuk memberikan gambaran ringkas tentang bangsal termasuk ukuran, berapa banyak benih boleh dimasukkan, susunan dan ukuran rak, benih, penjagaan dan lain lain.
Projek yang dilawati mempunyai dua unit bangsal berukuran 15 x 20 kaki setiap satu.
27 Julai 2011 - Lawatan ke Bangsal Cendawan Zahari - 2
Lawatan kedua ke tapak projek En. Zahari adalah untuk mendapatkan keterangan lebih lanjut tentang teknik penanaman cendawan tiram kelabu.
Salah satu tips penting adalah kebersihan kawasan dalam bangsal. Cendawan amat sensitif kepada pencemaran dan kekotoran.
02 Julai 2011 - Pesanan Kayu
Untuk peringkat permulaan hanya sebahagian bangsal akan digunakan untuk penanaman cendawan. Ia akan ditambah berperingkat peringkat sekiranya projek tersebut berjaya.
Kayu berukuran 2 x 3 inci 6 kaki tinggi akan digunakan sebagai tiang dan kayu 1 x 2 inci 8 kaki panjang akan digunakan sebagai alang. Setiap rak akan mempunyai tiga tingkat.
Sebagai langkah mengurangkan perbelanjaan, kayu terpakai akan digunakan untuk tiang. Kos kayu ini kurang 50% dari harga kayu baru. Lagi pun kayu terpakai lebih tahan.
05 Julai 2011 - Penambahbaikan
Dari perbincangan yang diadakan, terdapat dua penambaikan utama yang diperlukan :-
a. adalah lebih sesuai bagi lantai bangsal disimin. Lantai simen akan mengelakkan bangsal dimasuki oleh serangga termasuk lipas, semut atau lain lain dan binatang lain seperti tikus dan ular.
b. Net sedia ada tidak sesuai kerana terlalu banyak cahaya memasuki bangsal. Samada satu atau dua lapisan net ditambah atau net dibuang dan digantikan dengan net baru yang mempunyai ketelusan cahaya 70% atau lebih.
10 Julai 2011 - Menyimin Lantai
Kerja kerja menyimin lantai diupahkan kepada penduduk kampung. Keperluan termasuk simen dan pasir dibekalkan. kerja ini mengambil masa selama dua hari untuk disiapkan dengan empat orang pekerja pada hari pertama dan dua orang pekerja pada hari berikutnya.
12 Julai 2011 - Membuat Rak
Rak untuk menempatkan bongkah cendawan dibuat sendiri oleh pengendali projek.
Dua hari diperlukan untuk menyiapkan 12 unit rak berukuran 6 kaki tinggi dan 8 kaki lebar. Rak yang siap akan dibawa masuk ke dalam bangsal dan akan dipasang berpasangan.
15 Julai 2011 - Pemasangan Rak
Kesilapan utama diamati setelah rak dipasang adalah ruang antara rak agas sempit. Ini akan menyukarkan kerja penjagaan dan kerja menuai hasil. Ruang tersebut di ubah menjadi hampir 3 kaki.
Satu lagi kesilapan kecil ialah kayu alang luar dan dalam samarata. Kemungkinan apabila bongkah disusun, bongkah akan condong ke hadapan dan berkemungkinan jatuh.
20 Julai 2011 - Penghantaran Benih
Benih yang dibekalkan oleh pengusaha dari Naka, Kedah dihantar dalam masa empat dari tarikh pesanan.
Sebanyak 2,500 bongkah benih dihantar didalam beg plastik. Setiap plastik memuatkan 14 bongkah. Bongkah benih dikeluarkan segara dari beg plastik untuk mengelakkan berpeluh dan kemek dan diletakkan diatas lantai.
Kebanyakkan benih yang dibekalkan telah 90% atau lebih matang.
Pembekal akan datang untuk memberikan tunjuk ajar cara cara pembersihan dan persediaan sebelum benih dipindahkan pada rak.
21 Julai 2011 - Pemasangan Net
Net lama dibuang untuk digantikan dengan net baru.
22 Julai 2011 - Membersihkan Bongkah Benih
Taklimat yang diberikan oleh pembekal :
cara mencuci leher botol
peralatan yang diperluan
menutup dan membuka penutup
kerja selepas tuaian
berapa kali pusingan hasil
kekerapan
23 Julai 2011 - Susunan Bongkah
Pada peringkaat awal bongkah disusun lima lapisan di rak bahagian bawah dan tengah manakal tiga lapisan di bahagian atas. Kayu alang rak dapat menapung berat keseluruhan bongah tersebut. Ada cadangan untuk menyususn tujuh lapisan pada bahagian tengah dan bawah dan tinggalkan bahagian atas kosong untuk meletakkan bongkah bongkah rosak.
Susunan lima lapis dan tiga lapis bahagian atas sesuai tetapi terdapat beberapa masalah semasa penjagaan. Apabila melakukan semburan air bahagian kurang atau tiada mendapat air yang disembur. Bongkah juga condong kehadapan dan boleh tumbang atau jatuh semua sekali. Masalah juga apabila mahu menyusun semula bongkah bongkah iaitu menaikkan yang bawah keatas.
Disebabkan masih banyak rak yang kosong, lapisan bongkah dikurangkan menjadi empat lapis.
25 Julai 2011 - Penjagaan
Penutup bongkah yang telah dibersihkan dan disusan diatas rak perlu dibuka mengikut keperluan pengeluaran.
27 Julai 2011 - Hasil
Tuaian pertama dibuat pada 28 Julai 2011. Hampir 3 kg cendawan dikutip Cendawan ini adalah yang tumbuh dibahagian belakang bongkah kerana plastik pecah. Dijangkakan kutipan kedua juga adalah cendawan yang membesar melalui pecahan beg plastik.
Tuaian sebenar akan dimulakan pada awal bulan Ogos, serentak dengan bermulanya Ramadhan 1432H. Diharapkan jualan tidak akan menjadi masalah.