Selasa, 30 April 2013

Majlis Bantuan 'Touch Point'


Satu majlis penyampaian kupon/voucher 'Bantuan Touch Point' kepada ahli ahli Pertubuhan Peladang Kawasan yang tidak terlibat dengan tanaman padi dan nelayan diadakan pada hari Selasa 30hb April 2013. Majlis diadakan diperkarangan Pejabat PPK Sungai Petani bermula pada jam 2.00 petang.

Seramai 70 orang ahli PPK Unit 18 berjaya dalam permohonan untuk mendapatkan bantuan ini. Turut menerima bantuan ahli dari PPK unit lain di kawasan Sungai Petani. Bantuan yang akan diberikan adalah dalam bentuk baja termasuk baja organik, makanan ternakan, racun dan peralatan pertanian yang bernilai RM200.00.

Majlis penyampaian kupon ini turut dihadiri oleh calon BN Dun Bakar Arang, Dun Pantai Merdeka dan calon Parlimen BN Sungai Petani.









Kupon boleh ditebus di pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan Sungai Petani mulai 20 Mei 2013.
   
       

Ahad, 28 April 2013

Lawatan Pelajar Kolej PTPL, Sungai Petani

Seramai 20 orang pelajar dan seorang kakitangan Kolej PTPL cawangan Sungai Petani mengadakan lawatan sambil belajar ke Kampung Seberang Tok Soh pada hari ini Ahad 28 April 2013. Lawatan bermula pada jam 09.30 pagi.

Tujuan lawatan adalah untuk meninjau aktiviti pertanian, jenis tanaman yang diusahakan, pasaran dan kemudahan yang terdapat di kampung ini. Pelajar diberi taklimat ringkas termasuk sejarah kampung, jumlah penduduk, bilangan yang terlibat dalam pertanian, kemudahan dan infrastruktur yang terdapat dikampung termasuk sekolah, klinik dan lain lain. Taklimat disampaikan oleh wakil penduduk kampung yang juga pengerusi PPK Unit 18, En Azizan Md Isa.

Selepas taklimat jamuan ringan diadakan dan kemudian pelajar dibawa melawat disekitar kawasan pertanian. Akhir sekali pelajar dibawa melawat kubur purba yang terdapat dikampung ini.







Pada akhir sessi lawatan, pelajar kolej PTPL menyatakan bahawa lawatan tersebut amat bermakna kerana dapat mempelajari kegiatan dan aktiviti harian penduduk kampung Seberang Tok Soh. Mereka mengharapkan lebih banyak aktiviti dapat dianjurkan bersama dimasa masa akan datang termasuk program anak angkat, gotong royong dan hari keluarga.

Pelajar juga mengucapkan terima kasih kepada penduduk Kampung Seberang Tok Soh dan PPK Unit 18  kerana menerima lawatan ini.
   

Ahad, 14 April 2013

Mesyuarat Agung 2013

UPK 18 Kampung Seberang Tok Soh Sungai Petani mengadakan mesyuarat agung tahunan 2013 pada Ahad 14 April. Mesyuarat diadakan di Dewan Orang Ramai Kampung Seberang Tok Soh mulai jam 10.00 pagi. Mesyuarat dihadiri oleh 54 ahli UPK 18.

Mesyuarat turut dihadiri oleh Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah PPK Sungai Petani, Tuan Haji Odrus Bin Mohammad dan En Abdul Halim Bin Ahmad, Pengurus Hal Ehwal Koperat Lembaga Pertubuhan Peladang Sungai Petani.