Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Kawasan Sungai Petani Kali ke 31 diadakan pada hari Khamis 15 Julai 2010 di Pejabat Dewan Bunga Raya, 1, Institut Pengurusan Peladang, Lot 1401, Bakar Arang, Sungai Petani mulai jam 09.00 pagi.
Seramai 68 orang perwakilan dari 18 unit PPK dan 2 Koperasi menghadiri mesyuarat kali ini.
Ucaptama Perasmian oleh Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Kedah banyak berkisar kepada prestasi dan kemajuan PPK dan menekankan aspek eco-tourism yang patut dimajukan.
Mesyuarat membentangkan minit mesyuarat agong kali ke 30, laporan ahli jemaah pengarah, lapuran audit dan penyata kewangan. Mesyuarat seterusnya membuat pemilihan juruaudit, perwakilan PPN kemesyuarat agung NAFAS, perwakilan ke mesyuarat agung PPN dan ahli jemaah pengarah.
Isu dan usul yang dikemukakan oleh unit PPK dibentangkan secara ringkas dan mesyuarat memberi peluang kepada perwakilan memberi ucapan penangguhan.