Isnin, 11 Mac 2013

Seminar Penjenamaan 1 Malaysia Best

FAMA Negeri Kedah menganjurkan satu seminar untuk pengusaha makanan bertajuk "Penjenamaan 1 Malaysia Best". Seminar telah diadakan di Hotel Park Avenue Sungai Petani pada hari Ismin 11 mac 2013 bermula pada jam 09.00 pagi hingga 1.00 petang.

PPK Unit 18 telah dijemput untuk menghantar wakil  menghadiri seminar tersebut. Ahli Unit 18 yang hadir ialah :
  1. Md Zin Bin Maansoh
  2. Othman Bin Md Isa
  3. Ishak Bin Mat
  4. Abdul Rahman Mustafa
Topik yang dibentangkan pada seminar adalah :
  1. Ceramah Pensijilan MESTI
  2. Pensijilan HALAL









       
Seminar dianggap berjaya mencapai matlamat dan ianya banyak mendatangkan manafaat kepada peserta. Banyak kemuskilan. masalah serta cadangan yang diajukan oleh peserta.

         

Selasa, 5 Mac 2013

Mesyuarat AJK

PPK Unit 18 telah mengadakan mesyuarat khas AJK pada Selasa 05 Mac 2013. Mesyuarat diadakan di pejabat PPK Unit 18 di Kampung Seberang Tok Soh, Pinang Tunggal mulai jam 10.30 pagi. Seramai 12 orang ahli hadir pada mesyuarat ini. Turut hadir ialah EN Abdul Halim Ahmad dari PPK Sungai Petani.

Tujuan mesyuarat adalah untuk memberitahu dan memcincangkan tentang PPK Unit 18 yang telah dicadangkan untuk menyertai pertandingan anugerah Hari Peladang dan Penternak peringkat Negeri Kedah untuk tahun 2013. Unit 18 mewakili daerah Kuala Muda. Ini adalah kali kedua unit 18 menyertai pertandingan ini. Kali pertama adalah pada tahun 2011.