Ahad, 9 Mei 2010

Lawatan Tanaman Tauge


Seramai lapan anggota unit menyertai lawatan pembekal sistem tanaman taugeh siraman automatik di No. 442, Jalan Rhu 3.  Taman Rhu Fasa 3, 0800 Tikam Batu, Sungai Petani. Lawatan bermula pada jam 9.30 pagi.

Taklimat mengenai sistem tersebut oleh En, Aziz yang juga adalah tuanpunya syarikat Vescom Vision Enterprise yang membekalkan sistem tersebut.

Antara isi taklimat :
a.   Peralatan yang diperlukan termasuk tong penanaman, sistem pepaipan air, sistem spray, motor, timer (pelaras waktu)
b.   Benih
c.   Baja (bahan kimia)
d.   Penyediaan
e.   Penjagaan
f.   Tempuh dan penuaian
g.   Tempat yang sesuai
h.   Pendapatan

Kelebihan dan Keistimewaan Sistem
-  Mudah dan senang dipasang,
-  tiada pengetahuan dan pengalaman mendalam diperlukan
-  memerlukan ruang minima yang berbumbing, boleh dipasang dibelakang rumah, anjung  atau lama
-  Tidak memerlukan masa panjang.
-  Boleh mengeluarkan hasil dalam 4 hari.
-  Penyediaan hanya 30 minit.
-  Hasilkan 7kg taugeh dari 1kg benih
-  Boleh dijadikan kerja sepenuh masa atau kerja sampingan.