Ahad, 18 November 2012

Hari Mini Peladang - PPK Unit 18

Sebagaimana yang dirancang, PPK Unit 18 Kampung Seberang Tok Soh berjaya menganjurkan 'Mini Hari Peladang' Peringkat Unit dan Kawasan pada hari Ahad 18 November 2102. Program bermula pada jam 09.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari. Ini adalah aktiviti dan program tahunan yang dijalankan oleh unit ini. 

Unit 18 telah menjemput agensi kerajaan termasuk Jabatan Pertanian, FAMA, Mardi, PPK Sungai Petani serta bank untuk memberikan khidmat nasihat serta penerangan kepada ahli dan penduduk kampung. Disamping itu jemputan juga dipanjangkan kepada unit unit PPK lain di dalam kawasan Sungai Petani.

Program ini bertujuan untuk memberi pendekatan kepada ahli dan penduduk setempat untuk bertemu dengan agensi agensi kerajaan untuk mendapatkan khidmat nasihat dalam pertanian dan perusahaan yang dijalankan. Majlis Hari Mini Peladang ini juga menjemput Klinik Kesihatan Bakar Arang untuk memberikan khidmat pemeriksaan kesihatan percuma kepada ahli dan penduduk kampung.

Program tahun ini juga menambah acara penyampaian hadiah kepada anak anak ahli yang cemerlang didalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Hadiah dan penghargaan juga disampaikan kepada ahli mengikut kategori :-
  • Petani Jaya
  • Peladang Nita Jaya
  • Ahli yang banyak menambah saham

Program ini berjaya mencapai matlamat. Sambutan yang diberikan oleh ahli dan penduduk kampung sangatlah menggalakkan.


a.     Mini Hari Peladang





b.    Pemeriksaan Kesihatan percuma

Pemeriksaaan Tekanan Darah dan BMI

RBS (Kandungan Gula dalam Darah)




c.    Kaunter Khidmat Nasihat









d.     Ucapan dan Taklimat

Sebahagian Pegawai dan ahli yang hadir

Pengerusi PPK Unit 18



Pengerusi PPK Unit 18

Pengerusi Lembaga Pengarah PPK Sungai Petani





e.    Perasmian

Ucapan Wakil Pengarak PPK Negeri Kedah



f.    Penyampaian hadiah

Pelajar Cemerlang SPM


Pelajar Cemerlang PMR

Pelajar Cemerlang UPSR


Petani Jaya


Ahli wanita jaya





g.    Penyampaian Cenderahati

Cenderahati kepada wakil agensi 


PPK Unit 18 mengucapkan ribuan terima kasih kepada agensi agensi yang mengambil bahagian, kepada Panel Penasihat Klinik Kesihatan Bakar Arang, Sungai Petani, kepada PPK Sungai Petani yang memberikan kerjasama menjayakan program ini dan kepada PPK Negeri Kedah yang memberikan sokongan padu.

      

Khamis, 8 November 2012

Mesyuarat Khas 'Mini Hari Peladang'

Mesyuarat khas 'Mini Hari Peladang' yang dicadangkan dan dianjurkan oleh PPK Unit 18 Sungai Petani diadakan pada hari Khamis 08 Nov 2012 bermula pad ja, 10.30 pagi. Mesyuarat diadakan dibilik / pejabat Unit 18 di Kampung Seberang Tok Soh.

Mesyuarat dihadiri oleh AJK Unit 18 dan wakil dari PPK Sungai Petani termasuk :
  1. En. Ismail Bin Jusoh, PJK               -  Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah 
  2. En. Ismihan Bin Mohamed             -  Pengurus Besar PPK
  3. En. Nazmi Bin Ismail                       -  Pengurus Projek Pembangunan
Mesyuarat bertujuan untuk mengemaskinikan segala hal berkaitan dan persediaan 'Mini Hari Peladang'.

Aturcara Majlis :

8.00 pagi           :  Ketibaan ajensi ajensi yang mengambil bahagian
9.00 pagi           :  Kaunter ajensi dibuka
11.00 pagi          :  Perasmian oleh Pengarah PPK Negeri
12.00 tgh hari   : Jamuan dan bersurai

PPK Sungai Petani diminta menyelaraskan jemputan kepada ajensi ajensi kerajaan dan jemputan kepada  unit PPK yan glain.

Unit 18 bercadang untuk memberikan hadiah kepada ahli serta anak anak ahli dalam katogeri berikut :

  • Pelajar Cemerlang - 3 orang
  • Ahli Aktif
  • Ahli yang mempunyai saham terbanyak
  • Peladang Nita berjaya




Lawatan ke tapak dimana majlis akan diadakan


Ahad, 14 Oktober 2012

Mesyuarat bersama Pengurus PPK, Sungai Petani

Satu perbincangan antara AJK PPK Unit 18, peserta penanaman jagung serta pihak Pengurusan PPK Sungai Petani diadakan pada Ahad 14 Oktober 2012 di pejabat unit 18 di Kampung Seberang Tok Soh. Perbincangan dimulakan pada jam 10.00 pagi.

Perjumpaan dan perbincangan ini diadakan tentang projek tanaman jagung melalui program e-kasih yang telah diberikan kepada tiga orang ahli unit.

Topik pada perbincangan :
  1.   Projek Tanaman Jagung
  2.   Hari Mini Peladang
  3.   Pertandingan HPPNK Peringkat Kebangsaan Tahun 2013

PPK Unit 18 diberi taklimat status projek penanaman jagung setakat ini. Input pertanian termasuk baja, racun dan benih telah dihantar. Pagar dan sprinkler system telah siap dipasang. Kini menantikan tanah dibajak dan ditanam benih.

Projek tanaman jagung tersebut diserahkan kepada usahawan. Walau begitu peserta projek masih diperlukan untuk bekerja diprojek tersebut.

PPK Unit 18 mencadangkan untuk mengadakan 'Mini hari Peladang' yang akan diadakan di Kampung Seberang Tok Soh. Tarikh telah ditetapkan pada 18 November 2012. Beberapa ajensi kerajaan akan dijemput untuk turut serta mengambil bahagian bagi membolehkan ahli membuat pertanyaan dan perbincangan.

PPK Sungai Petani mencadangkan Unit 18 mengambil bahagian dalam pertandingan HPPNK Peringkat Kebangasaan untuk Tahun 2013.







Sabtu, 13 Oktober 2012

Lawatan ke Perlis

PPK Unit 18 telah menganjurkan satu lawatan ke Perlis pada Sabtu 13 Oktober 2012. Seramai 42 orang menyertai rombongan ini terdiri dari ahli ahli unit bersama dengan keluarga termasuk anak anak mereka. Beberapa orang penduduk kampung yang bukan ahli turut diberi peluang menyertai rombongan ini.

Lawatan ini memberi peluang untuk ahli serta keluarga yang begitu jarang sekali mendapat peluang untuk pergi membuat lawatan ke tempat tempat menarik di sebelah utara. Untuk memberikan lawatan ini lebih bermakna dan berharga ahli dikanakan bayaran sewa bas sebanyak RM10.00.









Isnin, 1 Oktober 2012

Mesyuarat AJK

Mesyuarat AJK PPK Unit 18 diadakan pada Isnin 01 Okt 2012. Mesyuarat diadakan di pejabat PPK Unit 18 di Kampung Seberang Tok Soh. Mesyuarat yang dihadiri oleh 9 orang ahli jawatan kuasa bermula pada jam 11.30 pagi.


Projek Tanaman Jagung

Agenda utama mesyuarat adalah membincangkan projek tanaman jagung kepada 3 orang ahli unit melalui projek Azam Tani. Difahamkan bahawa projek ini mengalami sedikit masalah dan mengalami kelewatan untuk ditanam. Kesemua peralatan telah dihantar ke ladang. Tiang pagar serta kawat telah dipasang.

Peserta dinasihatkan untuk berhubung terus dengan pihak PPK Sungai Petani untuk mendapatkan penjelasan dan penyelesaian kepada sebarang masalah yang dihadapi. PPK Unit 18 sedia membantu sekiranya peserta masih tidak dapat memulakan projek tersebut.


Perusahaan Kuih

Beberapa anggota wanita melalui Peladang Nita telah memulakan perusahaan kuih untuk tempahan dan jualan pada Hari Raya Haji akan datang.


Lawatan

Ahli unit akan mengadakan lawatan sambil melancong ke Perlis pada Sabtu 13 Okt 2012. Dijangkakan seramai 40 orang ahli akan turut serta.

Diantara tempat yang akan dilawati ialah Gua Kelam, Wang Klian dan Padang Besar.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.45 tengah hari.

   

Ahad, 12 Ogos 2012

Jualan Kuih Raya dan Lemang - Peladang Nita

Ahli unit yang terlibat dalam perusahaan makanan terutama lemang dan kuih raya telah memulakan jualan hasil mereka di tapak jualan lemang Pak Teh sempena dengan Hari Raya Aidil Fitri yang akan datang tidak lama lagi.  Persediaan dibuat untuk menampung permintaan produk tersebut terutama pada petang sebelum hari raya.

Seramai 40 orang pekerja sementara akan diambil bekerja untuk menentukan dapat lemang dan kuih raya. Pekerja akan bekerja dalam shift dan tempuh membuat lemang akan dilakukan sekurang kurangnya dua puloh jam untuk tiga empat hari sebelum hari raya.







Peladang Nita dari lain lain PPK yang mengusahakan kuih raya dan yang telah berdaftar untuk menjual hasil dan produk mereka disini akan mula menghantar kuih raya pada 20 Ramadhan.







Diharapkan jualan lemang dan kuih raya pada tahun ini mendapat sambutan orang ramai seperti tahun yang lepas.

  

Jumaat, 13 Julai 2012

Satu Lagi Penghormatan untuk Unit 18

En. Azizan Md Isa
PPK Unit 18 Kampung Seberang Tok Soh menerima satu lagi penghormatan apabila menerima hadiah 'Ketua Unit Jaya'. Seluruh ahli Unit 18 berasa amat berbangga apabila Ketua Unit  En. Azizan Md Isa dipilih sebagai ketua unit yang paling aktif di Daerah Sungai Petani, mendahului unit unit lain.

Hadiah disampaikan sempena Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 33, Pertubuhan Peladang Kawasan Sungai Petani yang diadakan pada Khamis 12hb Julai 2012. Mesyuarat diadakan di Dewan Bunga Raya 1, Institut Pengurusan Peladang Sungai Petani.

Sebagai Ketua Unit PPK Unit 18 Kampung Seberang Tok Soh, En. Azizan juga adalah Ahli Jemaah Pengarah PPK Sungai  Petani. En Azizan banyak membantu ahli untuk memajukan dan meningkatkan ekonomi ahli. Banyak projek telah diatur terutama projek pertanian seperti tananam nanas, cili, timun dan jagung.

Beberapa lawatan dan kunjungan sambil belajar telah diatur untuk membolehkan ahli menimba pengalaman dan pengetahuan dengan melihat sendiri kegiatan yang dijalankan oleh PPK di lain lain daerah. Diantara tempat yang dilawati ialah PPK Sik dimana ahli dibawa melihat IKS dibawah PPK Sik termasuk perusahaan snek, chip dan kerepek dari nanas, rambutan dan nangka. Juga melawat perusahaan juice, kordial dan jam roselle. Melawat tanaman anggur dan melawat ladang ternakan kambing dan lembu.

Beliau kerap menganjurkan khursus dan taklimat pertanian untuk ahli untuk memberikan pengetahuan sebagai persediaan sebelum menjalan projek pertanian. Disamping itu mengadakan dialog dengan jabatan dan agensi dimana ahli boleh mengutarakan sebarang pertanyaan dan masalah terus kepada agensi berkaitan.

En Azizan juga mengerakkan penubuhan Peladang Nita PPK Sungai Petani untuk memberi peluang kepada ahli ahli wanita yang berminat dalam IKS. Beberapa perbincangan telah dilakukan untuk memberi peluang kepada Peladang Nita untuk berniaga pada bulan Ramadhan yang akan datang dengan jualan kuih raya. Produk pengeluaran Peladang Nita akan dikumpulkan dan dipasarkan di pusat jualan Lemang Pak Teh bersebelahan Taman Rhu.

Ahli ahli wanita Unit 18 sendiri diberi pelbagai bantuan dan khidmat nasihat untuk mengeluarkan produk kuih raya.

Usaha terkini En Azizian adalah untuk memohon tempat jualan di pasaraya Tesco Bakar Arang untuk menjual produk produk keluaran peladang Nita PPK. Sekiranya berjaya ia akan memberikan lebih banyak peluang kepada ahli memasarkan keluaran mereka bukan sahaja di musim perayaan malah pada setiap hari sepanjang tahun.



Penghargaan yang diterima



Khamis, 12 Julai 2012

Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke 33 PPK Sungai Petani

Minit Mesyuarat Agung ke 33
PPK Unit 18 menghantar empat orang wakli ke mesyuarat agung tahunan kali ke 33 Pertubuhan Peladang Kawasan Sungai Petani yang diadakan pada Khamis 12 Julai 2012. Mesyuarat diadakan di Dewan Bunga Raya 1, Institut Pengurusab Peladang Sunagi Petani. Mesyuarat dimulakan pada jam 09.00 pagi.

Ahli ahli Unit 18 yang menjadi perwakilan pada mesyuarat ini ialah :
  1. Abdul Rahman Bin Mustaffa
  2. Md Zin Bin Maansoh
  3. Ahmad Yazi Bin Zulkefli
  4. Osman Bin Md Isa
Ketua Unit En. Azizan Bin Md Isa hadir sebagai Ahli Jemaah Pengarah.

Pada pemilihan tahun ini Ketua Unit En Azizan terus mendapat mandat sebagai Ahli Jemaah Pengarah.

Menyemak Nama Pewakilan

Pemberian Dividen Tahunan

Membaca Minit Mesyuarat

Sebahagian Dari Perwakilan

Jamuan Pagi

Pengurusan PPK

Ahli Jemaah Pegarah

Sebahagian Calon Ahli Jemaah Pengarah 2012/2013

Mengundi Ahli Jemaah Pengarah

Masukan Kertas Undi