Khamis, 17 November 2011

Lawatan ke Sik, Kedah

Unit18 menganjurkan lawatan untuk ahli ahli ke Daerah Sik pada hari Khamis 17 November 2011. Lawatan bertujuan mendedahkan anggota dan ahli kepada perusahaan IKS yang dijalankan oleh ahli unit PPK Daerah Sik. Semoga lawatan dapat memberikan pengetahuan, pengalaman dan semangat kepada ahli sedang atau bercadang mengusahakan kegiatan pertanian, peladangan dan perusahaan IKS.

Seramai 40 orang ahli menyertai rombongan yang mula bergerak dari Kampung Seberang Tok Soh menaiki bas yang disewa pada jam 08.00 pagi. Destinasi pertama ialah Pertubuhan Peladang Kawasan Sik, Batu Lima jam 9.30 pagi. Taklimat mengenai kegiatan dan projek projek yang sedang diusahakan oleh Unit dan ahli PPK Sik diberikan oleh Encik Kamaruzzaman. Antara kegiatan utama adalah pertanian, ternakan dan perusahaan makanan.



Selepas jamuan ringan di Pejabat PPK Sik kami dibawa ke lokasi perusahaan di Bengkel Pemprosesan Makanan Bandar Baru Beris Jaya, Sik.

Walau rancangan awal untuk melawat bengkel pemprosesan Rempeyek Kadok, ia tidak dapat dilakukan kerana pengusaha mengalami masalah kesihatan.

1.    Memproses Buah buahan Tempatan    

 Bengkel pertama yang dilawati adalah pemprosessan buah buahan tempatan menggunakan teknologi 'Vacuum Fried'.






2.    Memproses Jus, Halwa, Jem, Kolwa berasaskan Roselle

Bengkel ini terletak dilokasi yang sama





3.    Kilang Kek dan Roti

Bengkel ini tidak beroperasi semasa lawatan dibuat tetapi rombongan di bawa ke pusat jualan di Pekan Sik. 




4.    Lawatan Ladang Anggur

Rombongan seterusnya dibawa ke ladang anggur yang terletak berhampiran Tasik Beris.





5.   Peranginan Sik

Ahli rombongan kemudian berehat untuk makan tengah hari di Taman Peranginan Sik




6.   Projek Ternakan Kambing dan Lembu Feedlot

Rombongan sampai disimpang ke tapak projek ternakan pada jam 2.30 petang. Peseerta rombongan terpaksa menaiki pengangkutan lori kerana jalan yang tidak sesuai untuk bas. Satu pengalaman yang sukar dilupakan oleh peserta. Ladang ternakan terletak lebih kurang 1.7 km dari jalan utama dan dikelilingi oleh ladang getah.







PPK Unit 18 mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan lawatan ini terutama kepada En. Kamaruzzaman PPK Sik yang meluangkan masa memberi taklimat dan membawa ahli rombongan melawat ke bengkel bengkel perusahaan. Ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada Koperasi Pembangunan Beris Berhad yang sudi menerima lawatan dan memberi keterangan mendalam tentang kejayaan koperasi tersebut.