Selasa, 10 Ogos 2010

Lawatan ke Chalet Terapung PPK Merbuk


Lawatan ke Chalet PPK Merbok dibuat pada 10 Ogos 2010 mulai jam 12.00 tengah hari. Chalet PPK Merbuk terletak di sebelah kiri tebing Sungai Merbuk dari arah  Tanjung Dawai. Untuk ke Chalet tersebut, pandu kearah Pekan Semeling dan ambil jalan menuju ke Merbuk. Pada persimpangan MRSM Merbuk atau UiTM Merbuk belok ke kiri menuju ke Segantang Garam dan terus menuju ke arah Sungai Merbuk sehingga berjumpa dengan Jabatan Pertanian Merbuk. 

Kami disambut oleh Pengurus PPK Merbok, En Hamdan Bin Awang. Kebetulan sambutan hari Peladang dan Nelayan bagi Daerah Merebuk diadakan di Dewan terapung.

Selain dari chalet penginapan, resort ini juga menyediakan dewan yang boleh memuatkan seramai 100 orang peserta untuk tujuan mesyuarat, seminar, khursus. latihan dan lain lain.  Terdapat dewan makan, surau dan pejabat jualan.

Resort ini juga menyediakan  pakej untuk memancing di laut dan eco-tourism. Pelanggan boleh menyewa bot yang boleh memuatkan seramai 14 orang menyusuri Sungai Merbok sambil menghayati rimba bakau yang berusia ratusan tahun. Sewa bot amatlah berpatutan. Pelancong juga boleh menyewa bot untuk membeli belah di Tanjung Dawai atau berkelah di Pantai Merdeka.

Sambutan pelancong amatlah menggalakkan. Tempahan dibuat awal terutama pada musim pecutian.