Ahad, 29 Mei 2011

Khursus Penyediaan Baja

PPK Unit 18 telah menganjurkan satu kursus untuk ahli PPK dan penduduk Kampung Seberang Tok Soh yang berminat untuk menyediakan Baja IMO (Indigenous Micro Organism) dan Baja Natural Farming. Khursus tersebut dengan kerjasama Jabatan Peranian Daerah Kuala Muda.

Tarikh : .....................  Ahad 29 Mei 2011
Masa : ........................ 09.30 pagi ~ 1.00 tengah hari
Lokasi : .....................  Surau Kampung Seberang Tok Soh
Bilangan Peserta .......  24 orang
Pegawai Pertanian ...    8 orang ( termasuk 4 pemantau dari Alor Setar)
    






1.    IMO (Indigenous Micro Organism)

Ceramah pertama di sampaikan oleh Tuan Haji Zainol, Penolong Pegawai Pertanian dari Jabatan Pertanian Daerah Kuala Muda. 

Diantara topik yang diterangkan adalah :

Peringkat 1 - penyediaan asas menggunakan nasi

Peringkat 2 - campuran gula merah

Peringkat 3 - campuran dengan air basuhan beras dan dedak padi

Peringkat 4 - campuran top soil

Peringkat 5 - campuran dengan tahi ayam atau tahi lembu.

Baja sedia digunakan selepas peringkat 5 secara terus untuk memulihkan tanah atau selepas disimpan selama 2 miggu untuk digunakan sebagai baja biasa.

Peserta berpeluang diberi peluang untuk menyediakan baja peringkat IMO 5 menggunakan IMO 4 yang disediakan oleh Jabatan Pertanian. 1 kg IMO dicampurkan dan digaul dengan 10 kg tahi lembu yang agak kering dan kemudian di tutup untuk disimpan selama 2 minggu sebelum digunakan.



2.    NF - Natural Farming

Ceramah kedua disampaikan oleh Puan Noriah, Penolong Pegawai Pertanian dari Jabatan Pertanian Daerah Kuala Muda

Natural Farming adalah kaedah pengeluaran baja bagi menghasilkan tanaman sayuran, buah-buahan dan padi secara organik. Ia telah lama dilakukan di Korea dan negara Asia lain. Baja jenis ini mampu neningkatkan pengeluaran, mengurangkan kos, selamat, tiada bahan kimia, semula jadi dan mesra alam. Ia menggunakann bahan asli seperti tumbuh tumbuhan, haiwan, ikan dan bahan pereputan.

Khursus merangkumi tajuk berikut :

1.    Penyediaan FPJ (Fermentated Plant Juice)

NF ini menggunakan pokok sebagai bahan mentah seperti daun kangkong dicampurkan dengan gula merah pada nisbah 1:1. Campuran ini disimpan selama 5 hingga 7 hari.



2.    Penyediaan FFJ (Fermentated Fruit Juice)

NF ini menggunakan buah sebagai bahan mentah seperti nanas, timun dicampurkan dengan gula merah pada nisbah 1:1. Campuran ini disimpan selama 5 hingga 7 hari.

3.    Penyediaan FAA (Fermentated Amini Acid)

NF ini menggunakan ikan sebagai bahan mentah seperti ikan temenung (murah dan senang didapati) dicampurkan dengan gula merah pada nisbah 1:1. Campuran ini perlu diperam selama 30 hari sebelum ditapis dan digunakan.



Diakhir khursus peserta ditunjukkan cara cara menyediakan ketiga tiga jenis cecair NF. 

Khursus diakhir dengan jamuan makan tengah hari pada jam 1.00 tengah hari.

Butiran lanjut boleh diikuti pada halaman khursus pada blog ini.