Rancangan

PPK Unit 18 Kampung Seberang Tok Soh merancang perkara berikut di masa hadapan untuk kemudahan ahli persatuan.

1.   Bengkel Industri Kecil dan Sederhana

2.   Menambah Bilangan Pesereta untuk Projek Cili Fertigasi

3.   Menambah Bilangan Peserta untuk Tanaman Nanas

4.   Membina Sebuah Kilang Roti

5.   Lain lain




Projek Tahun 2011


1.     Projek Ahli Wanita

Unit sedang mengatur rancangan untuk mendapatkan bantuan untuk mengwujudkan aktiviti untuk ahli wanita. Satu bengkel akan didirikan di kampung Seberang Tok Soh untuk mengeluarkan makanan sejuk beku.


2.     Kedai

Juga sebuah kedai yang terletak di persimpangan jalan ke Matang Kedondong akan disewa untuk jualan kelapa dan produk termasuk santan dan kerisik.


3.     Karnival Jualan

Projek perintis mengadakan karnival jualan barang barang yang diadakan di tapak jualan Lemang Pak Teh pada 30 April 2011 mendapat sambutan yang memberansangkan. Unit 18 akan meneruskan karnval tersebut sebulan sekala. Tarikh yang dipilih adalah selepas 25 setiap bulan.
       
Produk pertanian yang diusahakan oleh ahli serta orang persendirian akan dijual pada karnival tersebut. Dijangkakan lebih ramai ahli yang akan mengambil bahagian pada karnival akan datang.