Ahad, 26 September 2010

Taklimat & Demostrasi - Aruhan Pembungaan


Taklimat dan demostrasi mengenai 'Aruhan Pembungaan' tanaman nanas untuk peserta program penanam nanas di PPK Seberang Tok Soh Pinang Tunggal, Sungai Petani diadakan pada tarikh berikut :

Tarikh :            26 September 2010
Masa :              10.00 pagi
Tempat :           Gerai Kampung Seberang Tok Soh

Dua orang pegawai dari Jabatan Pertanian Sungai Petani memberikan taklimat mengenai 'Aruhan Pembungaan' dan kemudian membuat demostrasi penyediaan cecair, membancuh dan menyembur kepada pokok nanas. Taklimat dihadiri oleh sembilan orang peserta dan beberapa orang pekerja yang terlibat.

Secara ringkas taklimat menyentuh tajuk tajuk berikut :
  1. Aruhan Pembungaan
  2. Apa itu Aruhan
  3. Tujuan Aruhan
  4. Jenis Pembungaan
  5. Masalah Pembungaan Semulajadi
  6. Faedah Aruhan Pembungaan
  7. Pokok yang Sesuai untuk Aruhan
  8. Penyediaan dan Penggunaan
  9. Pengunaan Planafix  


Taklimat selanjutnya dicadangkan diadakan satu bulan dari sekarang untuk cara cara menggunakan 'Planofix' pada buah nanas.

Khamis, 9 September 2010

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1431H


Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua ahli Pertubuhan Peladang Kawasan Unit 18 Kampung Seberang Tok Soh, Pinang Tunggal khanya dan kepada semua ahli pertubuhan peladang diseluruh Malaysia amnya.