Ahad, 20 Mei 2012

Karnival Jualan Produk PPK Unit 18

Ahli PPK Unit 18 telah diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam karnival jualan produk pertanian yang diusahakan oleh ahli unit. Karnival tersebut diadakan di Central Square Sungai Petani selama empat hari bermula pada Khamis 17 Mei 2012 hingga Ahad 20 Mei 2012. 

Unit 18 menjual nanas yang ditanam oleh ahli dan beberapa produk IKS termasuk Dodol, cup cakes dan kerepek pisang.

Sambutan yang diberikan terhadap jualan nanas sangatlah menggalakkan. Jualan nanas untuk tempuh empat hari mencecah RM3,000.00. Memandang ramai pembeli yang berminat untuk membeli nanas yang siap di kupas, ahli unit menjual nanas yang sedia untuk dimakan pada hari ketiga. Sekali lagi sambutan terhadap nanas tersebut sangatlah memberansangkan.

Unit juga mengambil kesempatan mengedarkan 'flyer' untuk perkhidmatan katering yang diusahakan oleh ahli.

Karnival ini memberikan pengalaman yang amat berharga kepada ahli yang mengambil bahagian. Banyak pengetahuan dan pengalaman diperolehi dan akan digunakan dimasa masa akan datang jika mendapat peluang seperti ini.

Unit juga mendapat beberapa idea bagaimana untuk mengembangkan perniagaan. Beberapa perbincangan ringkas telah diadakan semasa lawatan dari ajensi ajensi yang terlibat dalam karnival tersebut. Perbincangan lanjut akan dibuat pada masa terdekat. 







Rabu, 16 Mei 2012

Khursus Tanaman Cendawan - Hari 2

Jadual khursus untuk hari kedua adalah lawatan ke tapak perusahaan cendawan tiram kelabu yang terletak di Felda Teloi Timur, Sik. Tempat ini adalah lebih kurang 1 jam perjalanan dari Pusat Latihan Pertanian Charok Padang Sik. Peserta dibawa menaiki bas bertolak pada jam 09.00 pagi dan sampai ke lokasi pada jam 10.00 pagi

Rombongan disambut oleh pengusaha cendawan tersebut iaitu Hj. Bakar. Bangsal atau rumah cendawan yang diusahakan terletak bersebelahan dengan rumah pengusaha tersebut. Peserta diberi taklimat tenntang sejarah perusahaan yang dijalankan. Bermula pada tahun 2007 dengan bongkah cendawan sebanyak 2000 bongkah dan kini telah mencecah hampir 14,000 bongkah. Pihak pertanian dan Felda telah mengesyorkan menambah bangsal ditanah lapang dihadapan rumah untuk menjadikan sehingga 50,000 bongkah.

Disamping menjual cendawan, pengusaha juga menjual bongkah cendawan kepada pengusaha baru. Untuk menambah nilai, beliau juga menjual cendawan goreng di pasar minggu berhampiran dengan rumahnya. Cendawan goreng adalah produk baru diperkenalkan dan mendapat sambutan hangat.

Rombongan peserta pulang ke Pusat Latihan Pertanian Charok Padang untuk meneruskan latihan amali, Bongkah yang telah dikukus dan disejukkan semalaman kini sedia untuk dibubuh benih atau masilium cendawan. Setiap peserta diberi peluang untuk latihan tersebut.









Selasa, 15 Mei 2012

Khursus Tanaman Cendawan - Hari 1

Seorang wakil ahli PPK Unit 18 telah diberi tempat untuk menghadiri khursus Tanaman Cendawan Tiram Kelabu yang diadakan selama dua hari bermula pada hari Selasa 15 dan hari Rabu 16 Mei 2012. Khursus dianjur oleh Jabatan Pertanian Negeri Kedah Darul Aman untuk pada pengusaha cendawan termasuk yang berminat untuk menceburkan diri dalam perusahaan ini. Peserta datang dari Negeri Kedah.

Khursus diadakan di :

       Pusat Latihan Pertanian
       Charok Padang
       08200 SIK

Pada hari pertama peserta khursus diberi taklimat tentang :

1.     Cendawan sebagai Komoditi Berpotensi

       a.     Sejarah
       b.     Potensi cendawan
       c.     Nilai Perubatan
       d.     Produk produk berasaskan cendawan
               - minuman
               - makanan kesihatan
               - kosmetik dan perapi diri
               - makanan ringan (kerepek, keropok, forzen tampura)
               - makanan segera (sup dan sos)
               - nilai tambah (inti pastri, serunding)
               - makanan dalam tin


2.     Kaedah Menanam Cendawan

       a.     Jenis cendawan
       b.     Bangsal atau rumah cendawan
       c.     Rak
       d.     Peralatan diperlukan untuk penyediaan benih
       e.     Bahan mentah
 
Peserta dibawa ketempat penyediaan benih cendawan untuk melakukan latihan amali.

       a.     Penyediaan media
       b.     Memasukkan kedalam plastik (manual)
       c.     Memasukkan kedalam beg plastik (menggunakan mesin)
       d.     Menutup
       e.     Mengukus

Media dikukus selama 4 jam dan disejukkan. Kerja menyediaan benih akan disambung pada hari kedua khursus.

Peserta dibawa melawat ke bangsal cendawan di pusat latihan pertanian.