Ahad, 8 September 2013

Dialog dengan Jabatan Pertanian

Satu taklimat dan dialog antara penduduk yang kebanyakkan ahli PPK Unit 18 Kampung Seberang Tok Soh dengan Jabatan Pertanian Kuala Muda telah diadakan pada Ahad 08 Sept. 2013. Perjumpaan dan dialog diadakan di pejabat PPK Unit 18 di Kampung Seberang Tok Soh bermula pada jam 11.00 pagi.
 
 
 







 
 
 
 


Perjumpaan dengan Amanah Ikhtiar Malaysia

Satu perjumpaan antara penduduk Kampung Seberang Tok Soh dengan empat pegawai dari Amanah Ikhtiar Malaysia cawangan Sungai Petani. Perjumpaan diadakan di pejabat PPK Unit 18 dihadiri oleh hamper 20 orang penduduk dan ahli PPK Unit 18. Perjumpaan bermula pada jam 10.00 pagi.

Taklimat oleh pegawai Amanah Ikhtiar mengenai sejarah penubuhan, objektif, kelayakkan, pembiayaan, prosedur keahlian serta jenis pembiayaan dan kelebihan berbanding dengan skim pinjaman yang lain.






Perbincangan selanjutnya akan diadakan pada hari Rabu 11 Sept 2013 jam 3.00 petang. Pengerusi PPK Unit 18 meminta menghebahkan kepada ahli ahli yang tidak hadir pada taklimat hari dan juga kepada penduduk kampong lain yang berminat.


Rabu, 24 Julai 2013

Lawatan Kedua Kolej PTPL Sungai Petani

Seramai 28 pelajar beserta dua staf dari Kolej PTPL Cawangan Sungai Petani mengadakan lawatan ke PPK Unit 18 Kampung Seberang Tok Soh pada Rabu 24 Julai 2013. Tujuan lawatan diadakan adalah untuk meninjau aktiviti yang dijalankan oleh penduduk kampong tersebut dan ahli ahli unit PPK. Lawatan ini adalah sebagai kesinambungan lawatan yang pertama yang telah diadakan pada bulan April 2013 yang lalu.
 
Atur cara lawatan adalah mengikut turutan berikut :
  1. Lawatan ke pusat perusahaan 'Dodol Gemilang'
  2. Lawatan ke pusat pembakaran dan penjual 'Lemang Pak Teh'
  3. Lawatan ke tempat pengusahaan Kuih Sepit
  4. Pusat penualan di Taman Sejati
Pada setiap lokasi pelajar kolej tersebut diberi taklimat tentang sejarah bila perusahaan dijalankan, ahli PPK yang bergiat, sedikit cara perusahaan, kuantiti pengeluaran dan jualan.

Pada akhir lawatan pelajar mengucapkan terima kasih diatas kerjasama yang diberikan oleh ahli PPK Unit 18.
 

a.  Pusat perusahaan Dodol Gemilang





b.   Pusat Penyediaan dan Jualan Lemang Pak Teh

 



c.   Perusahaan Kuih Raya di Kampung Seberang Tok Soh



d.   Lawatan ke Pusat Jualan Kuih di Taman Sejati (Hadapan Pasaraya Parkson)


Seterusnya beberapa program lain sedang diatur diantara kolej PTPL dengan penduduk kampong dan ahli PPK Unit 18 dimasa akan dating. Salah satu adalah program anak angkat yang akan diadakan sebelum akhir tahun.
           
 

Ahad, 21 Julai 2013

Pusat Jualan Kueh

Ahli PPK Unit 18, Sungai Petani telah terus melangkah setapak lagi untuk meningkatkan ekonomi dengan membuka sebuah kedai menjual kuih muih. Pembukaan pusat jualan kuih bertepatan dengan musim perayaan dan sambutan hari raya aidil fitri yang akan datang beberapa hari lagi.
 
Pusat jualan ini terletak di Taman Sejati Indah berhadapan dengan pasaraya Parkson Sungai Petani. Walau baharu sahaja memulakan perniagaan, sambutan orang ramai amatlah menggalakkan.
 
 




Bersamalah kita memberikan sokongan kepada pengusaha pusat jualan kuih tersebut.
    

Sabtu, 20 Julai 2013

Tanaman Tebu

Beberapa orang ahli PPK Unit 18 kini mengusahakan tanaman tebu di tanah kosong dan terbiar di Kampung Seberang Tok Soh.
 


 
 

Selasa, 2 Julai 2013

Lawatan ke PPK Bintong dan PPK Paya Perlis

PPK Sungai  Petani mengadakan lawatan sambil belajar ke utara tanah air iaitu Negeri Perlis Indera Kayang pada Selasa 02 Julai 2013. Ahli rombongan terdiri dari dua orang wakil setiap unit di bawah naungan PPK Sungai Petani. Beberapa orang kakitangan pejabat juga turut serta dalam lawatan tersebut.









PPK Sungai Petani mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga PPK Bintong dan PPK Paya kerana mengalu alukan kedatangan rombongan kami serta memberikan layanan yang sungguh baik.

Setelah selesai lawatan ke PPK Paya, rombongan singgah di Padang Besar. Walaupun hujan turun dengan lebat tetapi tidak mematahkan semangat ahli rombongan untuk membeli sedikit buah tangan untuk keluarga.






Khamis, 27 Jun 2013

Mesyuarat Agong PPK Sungai Petani

Mesyuarat Agung Pertubuhan Peladang Kawasan Sungai Petani kali ke 34 telah diadakan pada 27hb Jun 2013 (Khamis) mulai jam 09.00 pagi. Mesyuarat diadakan di Dewan Bunga Raya 1, Institut Pengurusan Peladang, Sungai Petani.

Mesyuarat di rasmikan oleh Tuan Hj. Ismail Bin Haji Salleh SDK., AMK., Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Kedah Darulaman.

PPK Unit 18 menghantar empat orang wakil untuk menghadiri selain dari Pengerusi Unit 18 yang juga Ahli Jemaah Pengarah.

Dua ahli unit menerima anugerah yang disampaikan pada mesyuarat tersebut ;
  • En Masri  menerima hadiah kerana menambah saham terbanyak pada tahun 2012
  • En. Ghani menerima anugerah keputusan peperiksaan anaknya
Unit 18 telah membawa usul berikut pada mesyuarat agung kali ini :
  • Ahli ahli yang aktif di dalam projek projek yang dijalankan di unit hendaklah diberi perhatian yang lebih oleh pihak PPK supaya ahli ahli yang mengusahakan projek tersebut akan lebih bersemangat
  • Mencadangkan supaya pihak PPK dapat mengusahakan tanah tanah yang terbiar dengan projek projek yang berdaya maju.





       

Selasa, 30 April 2013

Majlis Bantuan 'Touch Point'


Satu majlis penyampaian kupon/voucher 'Bantuan Touch Point' kepada ahli ahli Pertubuhan Peladang Kawasan yang tidak terlibat dengan tanaman padi dan nelayan diadakan pada hari Selasa 30hb April 2013. Majlis diadakan diperkarangan Pejabat PPK Sungai Petani bermula pada jam 2.00 petang.

Seramai 70 orang ahli PPK Unit 18 berjaya dalam permohonan untuk mendapatkan bantuan ini. Turut menerima bantuan ahli dari PPK unit lain di kawasan Sungai Petani. Bantuan yang akan diberikan adalah dalam bentuk baja termasuk baja organik, makanan ternakan, racun dan peralatan pertanian yang bernilai RM200.00.

Majlis penyampaian kupon ini turut dihadiri oleh calon BN Dun Bakar Arang, Dun Pantai Merdeka dan calon Parlimen BN Sungai Petani.









Kupon boleh ditebus di pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan Sungai Petani mulai 20 Mei 2013.
   
       

Ahad, 28 April 2013

Lawatan Pelajar Kolej PTPL, Sungai Petani

Seramai 20 orang pelajar dan seorang kakitangan Kolej PTPL cawangan Sungai Petani mengadakan lawatan sambil belajar ke Kampung Seberang Tok Soh pada hari ini Ahad 28 April 2013. Lawatan bermula pada jam 09.30 pagi.

Tujuan lawatan adalah untuk meninjau aktiviti pertanian, jenis tanaman yang diusahakan, pasaran dan kemudahan yang terdapat di kampung ini. Pelajar diberi taklimat ringkas termasuk sejarah kampung, jumlah penduduk, bilangan yang terlibat dalam pertanian, kemudahan dan infrastruktur yang terdapat dikampung termasuk sekolah, klinik dan lain lain. Taklimat disampaikan oleh wakil penduduk kampung yang juga pengerusi PPK Unit 18, En Azizan Md Isa.

Selepas taklimat jamuan ringan diadakan dan kemudian pelajar dibawa melawat disekitar kawasan pertanian. Akhir sekali pelajar dibawa melawat kubur purba yang terdapat dikampung ini.







Pada akhir sessi lawatan, pelajar kolej PTPL menyatakan bahawa lawatan tersebut amat bermakna kerana dapat mempelajari kegiatan dan aktiviti harian penduduk kampung Seberang Tok Soh. Mereka mengharapkan lebih banyak aktiviti dapat dianjurkan bersama dimasa masa akan datang termasuk program anak angkat, gotong royong dan hari keluarga.

Pelajar juga mengucapkan terima kasih kepada penduduk Kampung Seberang Tok Soh dan PPK Unit 18  kerana menerima lawatan ini.
   

Ahad, 14 April 2013

Mesyuarat Agung 2013

UPK 18 Kampung Seberang Tok Soh Sungai Petani mengadakan mesyuarat agung tahunan 2013 pada Ahad 14 April. Mesyuarat diadakan di Dewan Orang Ramai Kampung Seberang Tok Soh mulai jam 10.00 pagi. Mesyuarat dihadiri oleh 54 ahli UPK 18.

Mesyuarat turut dihadiri oleh Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah PPK Sungai Petani, Tuan Haji Odrus Bin Mohammad dan En Abdul Halim Bin Ahmad, Pengurus Hal Ehwal Koperat Lembaga Pertubuhan Peladang Sungai Petani.