Sabtu, 20 Julai 2013
Tanaman Tebu
Beberapa orang ahli PPK Unit 18 kini mengusahakan tanaman tebu di tanah kosong dan terbiar di Kampung Seberang Tok Soh.
Pertubuhan Peladang Kawasan Unit 18 Sungai Petani ditubuhkan pada tahun 2008. Keahlian dibuka khusus untuk penduduk Kampung Seberang Tok Soh, Pinang Tunggal, Sungai Petani. Keahlian juga dibuka kepada orang perseorangan dari lain kawasan atau taman perumahan yang mengusaha kan pertanian, ternakan, ternakair dan IKS berkaitan dengan pertanian. Tumpuan diberikan dengan IKS berkaitan ‘Asas Tani’.
Setakat ini PPK Unit 18 mempunyai lebih kurang 60 orang ahli. Usaha akan terus dibuat untuk menambah bilangan ahli di masa akan datang.
Tujuan utama penubuhan PPK ialah untuk menggalakkan ahli untuk menceburi bidang pembuatan IKS berasaskan tani.
Diantara projek projek yang dilaksanakan setakat ini adalah :-
a. Perusahan Lemang Pak Teh
b. Perusahaan Dodol dan Rendang
c. Pengeluaran Kueh dan Kek
d. Kilang Roti dan Biskut
e. Ternakan Ikan Keli
f. Pengeluaran Santan dan Jelly
g. Ternakan Kambing
h. Ternakan Ayam
i. Ternakan Lembu
j. Pengusaha Kedai Basikal
Pihak pengurusan PPK Unit 18 akan terus mendedahkan kepada ahli peluang peluang usahawan dengan cara mengadakan lawatan sambil belajar ke kawasan PPK lain yang telah berjaya dan juga mengwujudkan peluang lain dengan agensi berkaitan.
Semua ahli diperlukan membayar :
a. Yuran masuk ahli sebanyak RM2.00
b. Yuran Tahuan RM 1.00
c. Modal : 100 unit saham dengan harga RM1.00 se unit
Kampung Seberang Tok Soh terletak lebih kurang 12 km ke selatan Bandar Sungai Petani.
Dari Bandar Sungai Petani melalui Taman Sejati Indah (belok kekiri dari Tol Sungai Petani Selatan) melintasi lampu isyarat Lencongan Timur dan melalui bawah Lebuh Raya Utara Selatan PLUS hingga berjumpa simpang tiga. Belok kekiri hingga sampai ke Loji Pembersihan Air dan kemudian belok kekiri. Kampung Seberang Tok Soh hanya 1 km selepas jambatan lintasan keretapi.
Kampung Seberang Tok Soh mempunyai sejarah tersendiri. Diantara kesan sejarah yang terdapat disana ialah kubur purba.