Ahad, 28 April 2013

Lawatan Pelajar Kolej PTPL, Sungai Petani

Seramai 20 orang pelajar dan seorang kakitangan Kolej PTPL cawangan Sungai Petani mengadakan lawatan sambil belajar ke Kampung Seberang Tok Soh pada hari ini Ahad 28 April 2013. Lawatan bermula pada jam 09.30 pagi.

Tujuan lawatan adalah untuk meninjau aktiviti pertanian, jenis tanaman yang diusahakan, pasaran dan kemudahan yang terdapat di kampung ini. Pelajar diberi taklimat ringkas termasuk sejarah kampung, jumlah penduduk, bilangan yang terlibat dalam pertanian, kemudahan dan infrastruktur yang terdapat dikampung termasuk sekolah, klinik dan lain lain. Taklimat disampaikan oleh wakil penduduk kampung yang juga pengerusi PPK Unit 18, En Azizan Md Isa.

Selepas taklimat jamuan ringan diadakan dan kemudian pelajar dibawa melawat disekitar kawasan pertanian. Akhir sekali pelajar dibawa melawat kubur purba yang terdapat dikampung ini.







Pada akhir sessi lawatan, pelajar kolej PTPL menyatakan bahawa lawatan tersebut amat bermakna kerana dapat mempelajari kegiatan dan aktiviti harian penduduk kampung Seberang Tok Soh. Mereka mengharapkan lebih banyak aktiviti dapat dianjurkan bersama dimasa masa akan datang termasuk program anak angkat, gotong royong dan hari keluarga.

Pelajar juga mengucapkan terima kasih kepada penduduk Kampung Seberang Tok Soh dan PPK Unit 18  kerana menerima lawatan ini.