Ahad, 14 Oktober 2012

Mesyuarat bersama Pengurus PPK, Sungai Petani

Satu perbincangan antara AJK PPK Unit 18, peserta penanaman jagung serta pihak Pengurusan PPK Sungai Petani diadakan pada Ahad 14 Oktober 2012 di pejabat unit 18 di Kampung Seberang Tok Soh. Perbincangan dimulakan pada jam 10.00 pagi.

Perjumpaan dan perbincangan ini diadakan tentang projek tanaman jagung melalui program e-kasih yang telah diberikan kepada tiga orang ahli unit.

Topik pada perbincangan :
  1.   Projek Tanaman Jagung
  2.   Hari Mini Peladang
  3.   Pertandingan HPPNK Peringkat Kebangsaan Tahun 2013

PPK Unit 18 diberi taklimat status projek penanaman jagung setakat ini. Input pertanian termasuk baja, racun dan benih telah dihantar. Pagar dan sprinkler system telah siap dipasang. Kini menantikan tanah dibajak dan ditanam benih.

Projek tanaman jagung tersebut diserahkan kepada usahawan. Walau begitu peserta projek masih diperlukan untuk bekerja diprojek tersebut.

PPK Unit 18 mencadangkan untuk mengadakan 'Mini hari Peladang' yang akan diadakan di Kampung Seberang Tok Soh. Tarikh telah ditetapkan pada 18 November 2012. Beberapa ajensi kerajaan akan dijemput untuk turut serta mengambil bahagian bagi membolehkan ahli membuat pertanyaan dan perbincangan.

PPK Sungai Petani mencadangkan Unit 18 mengambil bahagian dalam pertandingan HPPNK Peringkat Kebangasaan untuk Tahun 2013.