Isnin, 1 Oktober 2012

Mesyuarat AJK

Mesyuarat AJK PPK Unit 18 diadakan pada Isnin 01 Okt 2012. Mesyuarat diadakan di pejabat PPK Unit 18 di Kampung Seberang Tok Soh. Mesyuarat yang dihadiri oleh 9 orang ahli jawatan kuasa bermula pada jam 11.30 pagi.


Projek Tanaman Jagung

Agenda utama mesyuarat adalah membincangkan projek tanaman jagung kepada 3 orang ahli unit melalui projek Azam Tani. Difahamkan bahawa projek ini mengalami sedikit masalah dan mengalami kelewatan untuk ditanam. Kesemua peralatan telah dihantar ke ladang. Tiang pagar serta kawat telah dipasang.

Peserta dinasihatkan untuk berhubung terus dengan pihak PPK Sungai Petani untuk mendapatkan penjelasan dan penyelesaian kepada sebarang masalah yang dihadapi. PPK Unit 18 sedia membantu sekiranya peserta masih tidak dapat memulakan projek tersebut.


Perusahaan Kuih

Beberapa anggota wanita melalui Peladang Nita telah memulakan perusahaan kuih untuk tempahan dan jualan pada Hari Raya Haji akan datang.


Lawatan

Ahli unit akan mengadakan lawatan sambil melancong ke Perlis pada Sabtu 13 Okt 2012. Dijangkakan seramai 40 orang ahli akan turut serta.

Diantara tempat yang akan dilawati ialah Gua Kelam, Wang Klian dan Padang Besar.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.45 tengah hari.