Isnin, 25 Julai 2011

Majlis Taklimat - 4PLJ

Pengarah Pertanian Negeri Kedah Darul Aman menjemput wakil dari PPK Unit 18 Kampung Seberang Tok Soh ke Majlis Taklimat 'Program Pengumpulan Produk Pertanian Negeri Kedah bersama Kedah Agro Holding. Taklimat turut dihadiri oleh pengusaha pertanian, pemborong dan peruncit keluaran pertanian dari Kedah.

Majlis taklimat diadakan 

  Tempat :     Amanpura Hotel Sungai Petani (Bilik Mutiara 2)
  Tarikh :       Isnin 25 Julai 2011
  Masa :         2.45 petang

PPK Unit 18 menghantar wakil berikut :
  1. Azizan Md Isa
  2. Ishak Bin Mat
  3. Md Zin Bin Maansoh
  4. Khassim Bin Yahaya




Kandungan Taklimat 

1.  Pembukaan pusat pengumpulan produk pertanian pada 15 Julai 2011. Pusat ini terletak di jalan Lencongan Timur selepas Hospital Sultan Abdul Halim bersebelahan dengan kompleks Lembaga Hasil Dalam Negara dan Kompleks Kastam Diraja.

2.   Tujuan pusat ini adalah untuk mengumpulkan produk pertanian Negeri Kedah dan menjual secara runcit dan borong. Pusat ini adalah usahasama Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah, Kedah Agro, Jabatan Pertanian dan semua petani Negeri Kedah. 

3.   Sejajar dengan pembukaan pusat pengumpulan ini pihak PKNK juga telah mendirikan sebuah kilang memproses produk makanan terutama dari rambutan dan nanas. Kini Negeri Kedah telah menjadi pengeluar No.2 nanas di Malaysia. Kilang memproses buah buahan ini adalah untuk mengurangkan kesan lambakan dan kejatuhan harga buah-buah tersebut. Kilang akan beroperasi sepenuhnya pada 02 Ogos 2011.

4.  Bangunan utama pusat menempatkan 18 lot niaga dan setakat ini kesemua telah diambil oleh peniaga. Tambahan 14 unit khemah berukuran 20 x 20 kaki telah didirikan bertujuan menyediakan jualan runcit untuk dijadikan daya tarikan pada pengunjung.

5.  Pihak Kedah Agro juga mengharapka pusat ini bakal dijadikan hub pengumpulan untuk kawasan utara dan diperluaskan ke Pulau Pinang. Rangkaian jaringan atau networking dengan lain negeri akan diwujudkan untuk membolehkan produk pertanian dihantar dan dijual di negeri tersebut.

5.  Sempena dengan pembukaan pusat tersebut, kenduri kesyukuran akan diadakan pada hari Rabu 27 Julai 2011 mulai jam 12.30 hingga 2.00 petang. Sempena bulan Ramadhan yang akan datang, bubuk lambuk akan diberikan percuma kepada pengunjung pusat.

6.  Untuk tujuan promosi dan memperkenalkan kepada orang ramai banner, banting, papan tanda arah dan lokasi telah dipasang dijalan utama masuk ke pusat tersebut manakala handbill dan brochure telah diedarkan dikebanyakkan taman perumahan di Sungai Petani.

7.  Taklimat diakhiri dengan majlis soaljawap dan jamuan petang. Antara isu yang dibangkitkan oleh peserta taklimat termasuklah :
  • persaingan harga dari pasar raya
  • tiada kawalan pengeluaran oleh pihak pertanian
  • Jualan di negeri lain di Malaysia
  • export ke luar negara
  • penjenamaan produk