PPK Unit 18 telah mengorak langkah untuk terus membantu meningkatkan ekonomi penduduk kampung Seberang Tok Soh. Seawal bulan April 2011, PPK Unit 18 telah merancang untuk mengambil peluang dan kesempatan untuk membuat projek kueh raya dan menjual ditapak Lemang Pak Teh, Taman Rhu.
Perbincangan telah diadakan dengan beberapa wanita Kampung Seberang Tok Soh untuk mendapat persetujuan dan peserta untuk projek tersebut.
Seterusnya beberapa orang wanita telah dihantar untuk mengikuti khursus memasak di Kolej Komuniti Sungai Petani di Aman Jaya pada 19 Jun 2011.
18 April 2011
Mesyuarat Agong Tahunan PPK Unit 18
27 Mei 2011
Mesyuarat dengan ahli wanita
26 Julai 2011
Lawatan ke PPK Penaga, Seberang Perai Utara
28 Julai 2011
Membeli peralatan dan bahan yang diperlukan
29 Julai 2011
Percubaan
02 Ogos 2011
Projek dimulakan
03 Ogos 2011
Lawatan oleh pegawai dari PPK Sungai Petani