Beberapa keputusan dicapai pada mesyuarat tersebut :
1. Penanaman semula
Disebabkan pelbagai masalah yang dialami, beberapa peserta tidak lagi berminat untuk meneruskan tanaman nanas untuk musim akan datang.
Antara masalah :
- Tanah ditenggelami air
- Tanah tidak bersesuaian
- Tempuh pajakan tanah tamat
2. Penjagaan Kebun
Para peserta bersetuju untuk meneruskan penjagaan tanaman kerana peserta boleh menjual sulur nanas untuk dijadikan benih. Peserta diminta untuk membersihkan kebun supaya sulur nanas dapat membesarkan dan boleh dijual.
3. Penamatan projek
Pihak PPK Unit 18 menyerahkan semula pengurusan penanaman nanas kepada peserta berkuat kuasa serta merta. Segala urusan penamanan semula nanas, penyediaan tapak, benih, baja dan racun adalah tanggungjawap peserta. Peserta juga menjual semua hasil sendiri.
Walaubagaimana pun kepada peserta yang berminat untuk meneruskan projek tanaman nanas, pihak PPK akan terus mengatur dan mendapatkan khidmat nasihat, tunjuk ajar dan lain lain dari jabatan pertanian.