Rabu, 25 Mei 2011

Karnival Ria PPK Merbok

PPK Unit 18 turut menyertai 'Karnival Ria Peladang Merbok' yang diadakan di perkarang pejabat PPK Merbok bermula pada Rabu 25hb Mei 2011 hingga Ahad 29 Mei 2011.

Karnival tahunan ini adalah anjuran PPK Merbok dan memberi keutamaan kepada ahli ahli PPK unit untuk mengetengahkan dan menjual barangan dan produk mereka.


Antara barangan yang dipamirkan dan dijual pada karnival tersebut termasuk peralatan dan jentera pertanian, baja dan racun, produk produk pertanian, benih tanaman di samping makanan dan pakaian dan lain lain barangan.

Idaman Bakery dari PPK Unik 18 menjual hasil kilang termasuk roti, biskut, pelbagai jenis kek serta package untuk majlis pertunangan dan perkahwinan pada karnival tersebut.



PPK Unit 18 Seberang Tok Soh menggalakkan ahli yang menjalankan perusahaan IKS megambil bahagian dalam karnival seperti ini. Karnival seperti ini akan memberi pengalaman dan pengetahuan luas untuk pemasaran produk yang diusahakan. Ia juga dapat mendedahkan produk kepada lebih ramai pelanggan baru.

Unit berharap lebih ramai lagi ahli supaya memberanikan diri untuk mengambil bahagian di dalam karnival sebegini. Menjual barangan atau hasil pertanian secara terus akan mendatang lebih pendapatan. Unit akan tersu membantu mencari peluang untuk ahli ahli.