Ahad, 29 Mei 2011

Khursus Penyediaan Baja

PPK Unit 18 telah menganjurkan satu kursus untuk ahli PPK dan penduduk Kampung Seberang Tok Soh yang berminat untuk menyediakan Baja IMO (Indigenous Micro Organism) dan Baja Natural Farming. Khursus tersebut dengan kerjasama Jabatan Peranian Daerah Kuala Muda.

Tarikh : .....................  Ahad 29 Mei 2011
Masa : ........................ 09.30 pagi ~ 1.00 tengah hari
Lokasi : .....................  Surau Kampung Seberang Tok Soh
Bilangan Peserta .......  24 orang
Pegawai Pertanian ...    8 orang ( termasuk 4 pemantau dari Alor Setar)
    






1.    IMO (Indigenous Micro Organism)

Ceramah pertama di sampaikan oleh Tuan Haji Zainol, Penolong Pegawai Pertanian dari Jabatan Pertanian Daerah Kuala Muda. 

Diantara topik yang diterangkan adalah :

Peringkat 1 - penyediaan asas menggunakan nasi

Peringkat 2 - campuran gula merah

Peringkat 3 - campuran dengan air basuhan beras dan dedak padi

Peringkat 4 - campuran top soil

Peringkat 5 - campuran dengan tahi ayam atau tahi lembu.

Baja sedia digunakan selepas peringkat 5 secara terus untuk memulihkan tanah atau selepas disimpan selama 2 miggu untuk digunakan sebagai baja biasa.

Peserta berpeluang diberi peluang untuk menyediakan baja peringkat IMO 5 menggunakan IMO 4 yang disediakan oleh Jabatan Pertanian. 1 kg IMO dicampurkan dan digaul dengan 10 kg tahi lembu yang agak kering dan kemudian di tutup untuk disimpan selama 2 minggu sebelum digunakan.



2.    NF - Natural Farming

Ceramah kedua disampaikan oleh Puan Noriah, Penolong Pegawai Pertanian dari Jabatan Pertanian Daerah Kuala Muda

Natural Farming adalah kaedah pengeluaran baja bagi menghasilkan tanaman sayuran, buah-buahan dan padi secara organik. Ia telah lama dilakukan di Korea dan negara Asia lain. Baja jenis ini mampu neningkatkan pengeluaran, mengurangkan kos, selamat, tiada bahan kimia, semula jadi dan mesra alam. Ia menggunakann bahan asli seperti tumbuh tumbuhan, haiwan, ikan dan bahan pereputan.

Khursus merangkumi tajuk berikut :

1.    Penyediaan FPJ (Fermentated Plant Juice)

NF ini menggunakan pokok sebagai bahan mentah seperti daun kangkong dicampurkan dengan gula merah pada nisbah 1:1. Campuran ini disimpan selama 5 hingga 7 hari.



2.    Penyediaan FFJ (Fermentated Fruit Juice)

NF ini menggunakan buah sebagai bahan mentah seperti nanas, timun dicampurkan dengan gula merah pada nisbah 1:1. Campuran ini disimpan selama 5 hingga 7 hari.

3.    Penyediaan FAA (Fermentated Amini Acid)

NF ini menggunakan ikan sebagai bahan mentah seperti ikan temenung (murah dan senang didapati) dicampurkan dengan gula merah pada nisbah 1:1. Campuran ini perlu diperam selama 30 hari sebelum ditapis dan digunakan.



Diakhir khursus peserta ditunjukkan cara cara menyediakan ketiga tiga jenis cecair NF. 

Khursus diakhir dengan jamuan makan tengah hari pada jam 1.00 tengah hari.

Butiran lanjut boleh diikuti pada halaman khursus pada blog ini.
   

Jumaat, 27 Mei 2011

Mesyuarat dengan Ahli Wanita

Unit 18 mengadakan mesyuarat dengan ahli ahli wanita pada Jumaat 27hb Mei 2011 mulai jam 4.30 petang. Mesyuarat diadakan di Surau Kampung Seberang Tok Soh disertai oleh 14 orang ahli wanita selepas mereka mengadakan bacaan Yassin mingguan.

Mesyuarat bertujuan untuk membincangkan peruntukkan dan projek PPK untuk ahli wanita. PPK Unit 18 bercadang untuk menwujudkan industri makanan sejuk beku di kampung Seberang Tok Soh. 



Pengerusi memberi taklimat ringkas tentang projek yang bakal dijalankan dan memerlukan penglibatan penuh ahli wanita PPK. PPK Unit 18 sedang dalam proses untuk mendapatkan bantuan dan dana untuk membangunkan industri makanan. PPK Unit 18 akan menyediakan tempat dan peralatan. Mereka akan menjadi pekerja dan akan dibayar gaji.

Hasil atau produk akan dipasarkan oleh koperasi.

Mereka yang berminat untuk menyertai projek ini akan dihantar untuk  berkhursus di Kolej Komuniti Sungai Petani bermula pada 4 & 5 Jun dan pada 25 & 26 Jun 2011. Segala bayaran untuk khursus tersebut akan ditanggung sepenuhnya. Khursus tersebut adalah berkaitan dengan proses membuat makanan, pembungkusan dan penjualan,

Satu lawatan sambil belajar akan diadakan pada Sabtu 24 Jun dan ahli ahli wanita digalakkan untuk menyertai lawatan tersebut. Lawatan sambil belajar lain akan diatur sebelum projek tersebut bermula.


 

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.15 petang.
    

Rabu, 25 Mei 2011

Karnival Ria PPK Merbok

PPK Unit 18 turut menyertai 'Karnival Ria Peladang Merbok' yang diadakan di perkarang pejabat PPK Merbok bermula pada Rabu 25hb Mei 2011 hingga Ahad 29 Mei 2011.

Karnival tahunan ini adalah anjuran PPK Merbok dan memberi keutamaan kepada ahli ahli PPK unit untuk mengetengahkan dan menjual barangan dan produk mereka.


Antara barangan yang dipamirkan dan dijual pada karnival tersebut termasuk peralatan dan jentera pertanian, baja dan racun, produk produk pertanian, benih tanaman di samping makanan dan pakaian dan lain lain barangan.

Idaman Bakery dari PPK Unik 18 menjual hasil kilang termasuk roti, biskut, pelbagai jenis kek serta package untuk majlis pertunangan dan perkahwinan pada karnival tersebut.



PPK Unit 18 Seberang Tok Soh menggalakkan ahli yang menjalankan perusahaan IKS megambil bahagian dalam karnival seperti ini. Karnival seperti ini akan memberi pengalaman dan pengetahuan luas untuk pemasaran produk yang diusahakan. Ia juga dapat mendedahkan produk kepada lebih ramai pelanggan baru.

Unit berharap lebih ramai lagi ahli supaya memberanikan diri untuk mengambil bahagian di dalam karnival sebegini. Menjual barangan atau hasil pertanian secara terus akan mendatang lebih pendapatan. Unit akan tersu membantu mencari peluang untuk ahli ahli.
 

Isnin, 23 Mei 2011

Panel Pemeriksa - Hari 2

Panel pemeriksa beserta pegawai pengiring dari PPK Sungai Petani dan beberapa ahli dari Unit 18 Seberang Tok Soh berkumpul di tapak jualan Lemang Pak Teh pada jam 09.00 pagi untuk pemeriksaan pada hari kedua. Panel pemeriksa ditunjukkan cara cara menyediakan lemang.

Jadual lawatan dan pemeriksaan pada hari kedua seperti berikut :

1.   Lemang Pak Teh



2.  Perusahaan Kueh Raya


3.  Ladang Ulam



4.     Ubat ubatan Tradisional


5.   Gerai Burger Ahli


6.  Pusat Jualan Perabot Terpakai

 

7.  Pejabat Unit 18



8.   Penutup


Ucapan Pengerusi Unit 18

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada panel pemeriksa kerana peluang yang diberikan kepada PPK Unit 18. Banyak pengalaman dan pengetahuan yang dipelajari dari lawatan ini dan berjanji akan terus memperbaiki kelemahan yang ada.

Ucapan Panel Pemeriksa

Ketua panel pemeriksa mengucapkan terima kasih kepada Unit 18 keatas kerjasama yang diberikan selama dua hari lawatan dijalankan. Beberapa kekurangan dikenal pasti dan diharapkan unit akan memperbaiki dan akan terus berusaha untuk memajukan unit untuk kepentigan ahli.

Ahad, 22 Mei 2011

Lawatan Panel Pemeriksa Pertandingan 'HPPNK Tahun 2011'

Hari Pertama - Ahad 22hb Mei 2011

Panel pemeriksa berkumpul di Pejabat PPK Sungai Petani pada jam 09.00 pagi.

Taklimat 

Taklimat hadiri oleh :

1.   Panel Pemeriksa
  • Mohd Fathil Bin Mohd Tahir .................................... LPP Ibu Pejabat
  • Mohd Hussaini Mahir Bin Muhammad Shith .......... LPP Ibu Pejabat
  • Abdul Rahim Bin Mahamood  ................................... MADA
2.   Pengerusi PPK Sungai Petani
  • En Ismail Bin Jusoh  ................................................. Pengerusi PPK
  • En Nazmi Bin Ismail ................................................. PPK Sg. Petani

3.   PPK Unit 18 Kampung Seberang Tok Soh
  • En. Azizan Bin Md Isa ............................................... Pengerusi
  • En. Md Zin Bin Maansoh .......................................... Setiausaha



    Taklimat mengenai PPK Unit 18 Kampung Seberang Tok Soh disampaikan oleh En. Nazmi Ismail. Taklimat diberikan dalam bentuk Power Point Presentation. 

    Sessi soal jawap.

    Penerangan lanjutan diberikan oleh Pengerusi PPK Unit 18.

    Panel pemeriksa kemudian memeriksa rekod rekod dan minit mesyuarat PPK tahun 2010.

    Lawatan

    Rombongan bertolak ke Kampung Seberang Tok Soh pada jam 11.00 pagi. Tempat yang dilawati termasuk :

    1.  Pejabat Operasi PPK Unit 18



    2.  Tanaman Kucai



    3.  Pusat Pemprosesan Ayam dan Ikan Keli



    4.  Ternakan Lembu



    5.   Ternakan Kambing



    6.   Ladang Nanas




    7.   Lawatan ke Kubur Purba - Kampung Seberang Tok Soh



    8.  Tanaman Nanas


    9.  Tanaman Cili Fertigasi


    10.  Tanaman Daun Bawang


    11.  Tanaman Terong



    12.  Pusat Pengumpulan Hasi Tani


    13.  Pusat IKS Perusahaan Dodol



    Rombongan panel pemeriksa berhenti rehat pada jam 1.15 tengah hari untuk jamuan makan tengah hari. Lawatan disambung semula pada jam 2.00 petang.


    14.  Pusat Jualan Nanas


    15.  Kilang Roti




    Rombongan bersurai pada jam 3.00 petang.


    Lawatan dan pemeriksaan akan disambung pada hari kedua Isnin 23 Mei 2011. Rombongan akan berkumpul di Taman Rhu pada jam 09.00 pagi
         

    Khamis, 19 Mei 2011

    Mesyuarat AJK - Persediaan lawatan dari Pemeriksa HPPNK

    PPK Unit 18 Kampung Seberang Tok Soh mengadakan mesyuarat AJK pada :

       Tarikh :         Ahad 19 Mei 2011
       Masa :           9.30 pagi
       Tempat :       Bilik Mesyuarat PPK Sungai Petani

    Mesyuarat kali ini membincangkan persiapan, persediaan dan aturcara PPK Unit 18 Kampung Seberang Tok Soh  untuk menerima lawatan dari Panel Pemeriksa Pertandingan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) Tahun 2011.

    Mesyuarat dihadiri oleh 6 orang Ahli Jawatan kuasa PPK dan dua orang pegawai PPK Sungai Petani.



    Mesyuarat antara lain membincangkan hal hal berikut :

    1.     Pendahuluan

    Pengurus PPK Sungai Petani mengumumkan bahawa PPK Unit 18 Kampung Seberang Tok Soh telah dipilih untuk Pertanding Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) Tahun 2011. Beliau mengucapkan tahniah kepada PPK Unit 18 kerana telah memenangi pertanding di peringkat Negeri Kedah.

    Panel Pemeriksa Pertandingan akan membuat lawatan dan pemeriksaan untuk pertandingan peringkat kebangsaan.

    1.     Tarikh lawatan

            Ahad 22 Mei 2011
            Isnin 23 Mei 2011

    2.     Aturcara

    Mesyuarat telah bersetuju dengan aturcara program lawatan panel pemeriksa seperti berikut :

    Ahad 22 Mei 2011

         10.00 pagi            Taklimat mengenai PPK Unit 18

         12.00 tgh hari      Rehat. Makan tengah hari dan Solat

         2.30 petang          Lawatan

    Isnin 23 Mei 2011

         9.00 pagi              Lawatan ke kawasan pertanian

    3.     Persediaan

    PPK diminta menyediakan dokumen berikut :
    1. Senarai lengkap Ahli
    2. Rekod perniagaan
    3. Lapuran
    4. Akaun
    5. Minit Mesyuarat

    Ahad, 15 Mei 2011

    Mesyuarat Ahli PPK

    PPK Unit 18 mengadakan mesyuarat khas untuk membincangkan projek tanaman nanas berkelompok di Kampung Seberang Tok Soh. Mesyuarat diadakan pada Ahad 15 Mei 2011 bermula pada jam 11.30 pagi bertempat di Surau Kampung Seberang Tok Soh.

    Mesyuarat dihadiri oleh 13 orang ahli dan seorang pegawai dari Jabatan Pertanian.


    Beberapa keputusan dicapai pada mesyuarat tersebut :

    1.   Penanaman semula

    Disebabkan pelbagai masalah yang dialami, beberapa peserta tidak lagi berminat untuk meneruskan tanaman nanas untuk musim akan datang.

    Antara masalah :
    • Tanah ditenggelami air
    • Tanah tidak bersesuaian
    • Tempuh pajakan tanah tamat

    2.    Penjagaan Kebun

    Para peserta bersetuju untuk meneruskan penjagaan tanaman kerana peserta boleh menjual sulur nanas untuk dijadikan benih. Peserta diminta untuk membersihkan kebun supaya sulur nanas dapat membesarkan dan boleh dijual.

    3.    Penamatan projek

    Pihak PPK Unit 18 menyerahkan semula pengurusan penanaman nanas kepada peserta berkuat kuasa serta merta.  Segala urusan penamanan semula nanas, penyediaan tapak, benih, baja dan racun adalah tanggungjawap peserta. Peserta juga menjual semua hasil sendiri.

    Walaubagaimana pun kepada peserta yang berminat untuk meneruskan projek tanaman nanas, pihak PPK akan terus mengatur dan mendapatkan khidmat nasihat, tunjuk ajar dan lain lain dari jabatan pertanian.