Ahad, 22 Mei 2011

Lawatan Panel Pemeriksa Pertandingan 'HPPNK Tahun 2011'

Hari Pertama - Ahad 22hb Mei 2011

Panel pemeriksa berkumpul di Pejabat PPK Sungai Petani pada jam 09.00 pagi.

Taklimat 

Taklimat hadiri oleh :

1.   Panel Pemeriksa
  • Mohd Fathil Bin Mohd Tahir .................................... LPP Ibu Pejabat
  • Mohd Hussaini Mahir Bin Muhammad Shith .......... LPP Ibu Pejabat
  • Abdul Rahim Bin Mahamood  ................................... MADA
2.   Pengerusi PPK Sungai Petani
  • En Ismail Bin Jusoh  ................................................. Pengerusi PPK
  • En Nazmi Bin Ismail ................................................. PPK Sg. Petani

3.   PPK Unit 18 Kampung Seberang Tok Soh
  • En. Azizan Bin Md Isa ............................................... Pengerusi
  • En. Md Zin Bin Maansoh .......................................... Setiausaha



    Taklimat mengenai PPK Unit 18 Kampung Seberang Tok Soh disampaikan oleh En. Nazmi Ismail. Taklimat diberikan dalam bentuk Power Point Presentation. 

    Sessi soal jawap.

    Penerangan lanjutan diberikan oleh Pengerusi PPK Unit 18.

    Panel pemeriksa kemudian memeriksa rekod rekod dan minit mesyuarat PPK tahun 2010.

    Lawatan

    Rombongan bertolak ke Kampung Seberang Tok Soh pada jam 11.00 pagi. Tempat yang dilawati termasuk :

    1.  Pejabat Operasi PPK Unit 18



    2.  Tanaman Kucai



    3.  Pusat Pemprosesan Ayam dan Ikan Keli



    4.  Ternakan Lembu



    5.   Ternakan Kambing



    6.   Ladang Nanas




    7.   Lawatan ke Kubur Purba - Kampung Seberang Tok Soh



    8.  Tanaman Nanas


    9.  Tanaman Cili Fertigasi


    10.  Tanaman Daun Bawang


    11.  Tanaman Terong



    12.  Pusat Pengumpulan Hasi Tani


    13.  Pusat IKS Perusahaan Dodol



    Rombongan panel pemeriksa berhenti rehat pada jam 1.15 tengah hari untuk jamuan makan tengah hari. Lawatan disambung semula pada jam 2.00 petang.


    14.  Pusat Jualan Nanas


    15.  Kilang Roti




    Rombongan bersurai pada jam 3.00 petang.


    Lawatan dan pemeriksaan akan disambung pada hari kedua Isnin 23 Mei 2011. Rombongan akan berkumpul di Taman Rhu pada jam 09.00 pagi
         

    Khamis, 19 Mei 2011

    Mesyuarat AJK - Persediaan lawatan dari Pemeriksa HPPNK

    PPK Unit 18 Kampung Seberang Tok Soh mengadakan mesyuarat AJK pada :

       Tarikh :         Ahad 19 Mei 2011
       Masa :           9.30 pagi
       Tempat :       Bilik Mesyuarat PPK Sungai Petani

    Mesyuarat kali ini membincangkan persiapan, persediaan dan aturcara PPK Unit 18 Kampung Seberang Tok Soh  untuk menerima lawatan dari Panel Pemeriksa Pertandingan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) Tahun 2011.

    Mesyuarat dihadiri oleh 6 orang Ahli Jawatan kuasa PPK dan dua orang pegawai PPK Sungai Petani.



    Mesyuarat antara lain membincangkan hal hal berikut :

    1.     Pendahuluan

    Pengurus PPK Sungai Petani mengumumkan bahawa PPK Unit 18 Kampung Seberang Tok Soh telah dipilih untuk Pertanding Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) Tahun 2011. Beliau mengucapkan tahniah kepada PPK Unit 18 kerana telah memenangi pertanding di peringkat Negeri Kedah.

    Panel Pemeriksa Pertandingan akan membuat lawatan dan pemeriksaan untuk pertandingan peringkat kebangsaan.

    1.     Tarikh lawatan

            Ahad 22 Mei 2011
            Isnin 23 Mei 2011

    2.     Aturcara

    Mesyuarat telah bersetuju dengan aturcara program lawatan panel pemeriksa seperti berikut :

    Ahad 22 Mei 2011

         10.00 pagi            Taklimat mengenai PPK Unit 18

         12.00 tgh hari      Rehat. Makan tengah hari dan Solat

         2.30 petang          Lawatan

    Isnin 23 Mei 2011

         9.00 pagi              Lawatan ke kawasan pertanian

    3.     Persediaan

    PPK diminta menyediakan dokumen berikut :
    1. Senarai lengkap Ahli
    2. Rekod perniagaan
    3. Lapuran
    4. Akaun
    5. Minit Mesyuarat

    Ahad, 15 Mei 2011

    Mesyuarat Ahli PPK

    PPK Unit 18 mengadakan mesyuarat khas untuk membincangkan projek tanaman nanas berkelompok di Kampung Seberang Tok Soh. Mesyuarat diadakan pada Ahad 15 Mei 2011 bermula pada jam 11.30 pagi bertempat di Surau Kampung Seberang Tok Soh.

    Mesyuarat dihadiri oleh 13 orang ahli dan seorang pegawai dari Jabatan Pertanian.


    Beberapa keputusan dicapai pada mesyuarat tersebut :

    1.   Penanaman semula

    Disebabkan pelbagai masalah yang dialami, beberapa peserta tidak lagi berminat untuk meneruskan tanaman nanas untuk musim akan datang.

    Antara masalah :
    • Tanah ditenggelami air
    • Tanah tidak bersesuaian
    • Tempuh pajakan tanah tamat

    2.    Penjagaan Kebun

    Para peserta bersetuju untuk meneruskan penjagaan tanaman kerana peserta boleh menjual sulur nanas untuk dijadikan benih. Peserta diminta untuk membersihkan kebun supaya sulur nanas dapat membesarkan dan boleh dijual.

    3.    Penamatan projek

    Pihak PPK Unit 18 menyerahkan semula pengurusan penanaman nanas kepada peserta berkuat kuasa serta merta.  Segala urusan penamanan semula nanas, penyediaan tapak, benih, baja dan racun adalah tanggungjawap peserta. Peserta juga menjual semua hasil sendiri.

    Walaubagaimana pun kepada peserta yang berminat untuk meneruskan projek tanaman nanas, pihak PPK akan terus mengatur dan mendapatkan khidmat nasihat, tunjuk ajar dan lain lain dari jabatan pertanian.



    Isnin, 18 April 2011

    Mesyuarat Agong 2011

    PPK Unit 18 Kampung Seberang Tok Soh mengadakan Mesyuarat Agong tahun 2011 pada ketetapan berikut :

       Tarikh :                 Ahad 17 April 2011
       Masa  :                  10.00 pagi
       Tempat :               Dewan Orang Ramai Kampung Seberang Tok Soh





    Isnin, 11 April 2011

    Penilaian Aktiviti PPK Unit 18

    PPK Unit18 telah dicalonkan untuk  Pertandingan Unit Jaya peringkat Negeri Kedah Drulaman. Pegawai Penilaian untuk pertandingan tersebut telah mengadakan lawatan ke PPK Unit 18 pada Ahad 10 April 2011 mulai jam 2.00 petang. Kedatangan mereka disambut oleh Pengerusi PPK Unit 18, En.Azizan Md Isa dan Timbalan Pengerusi En Abdul Rahman Mustaffa.

    Para juri seramai lima orang  di bawa melawat ke ladang tanaman berkelompok ahli PPK di Kampung Seberang Tok Soh Pinang Tunggal. Antara kawasan yang dilawati termasuk ladang nanas, tanaman cili serta tempat ternakan kambing dan lembu.

    Seterusnya mereka melawat kilang roti dan kek di Taman Sri Pinang, kilang kueh raya di Taman Rhu dan Lemang Pak Teh.












    Ahad, 27 Mac 2011

    Lawatan oleh PPK Paya, Kangar

    PPK Unit 18 Sungai Petani menerima rombongan seramai 40 orang ahli dari PPK Paya Kangar, Perlis pada 27 hb Mac 2011 pada jam 4.00 petang. Tujuan lawatan diadakan adalah untuk memberi pendedahan, pengetahuan dan pengalaman kepada ahli tentang  aktiviti IKS yang dijalankan oleh ahli ahli PPK Unit 18. Lawatan ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan dan mewujudkan rangkaian jaringan (net working).

    PPK Unit 18 telah mengatur rombongan melawat :
    1.   Perusahaan Roti dan Kek 
    2.   Perusahaan Lemang Pak Teh
    Rombongan telah diberi taklimat mengenai
    1.   produk yang dihasilkan
    2.   pasaran
    3.   pengeluaran
    4.   bilangan pekerja
    5.   Demostrasi penyediaan 
    6.   bantuan yang diperolehi 
    7.   bimbingan
    8.   rancangan masa depan
    Turut hadir menyambut rombongan tersebut termasuklah Pengurus Bahagian Usahawan PPK Sungai Petani, En. Azizan Md Isa selaku Pengerusi PPK Unit 18, En. Abdul Rahman selaku Timbalan Pengerusi PPK Unit 18, Pengusaha Kek dan Roti En., Mohd Dhozir dan Pengusaha Lemang Pak Teh En. Ishak Bin Mat (Pak Teh).

    Ahli rombongan turut dijamu dengan produk yang dikeluarkan oleh pengusaha dan produk turut dijual kepada ahli rombongan yang berminat.

    Pada akhir lawatan, wakil rombongan mengucapkan terima kasih dan menyatakan lawatan ini memberi manafaat kepada ahli rombongan yang berminat untuk menjalankan perusahan IKS.

    Sabtu, 26 Februari 2011

    Kutipan Buah Nanas

    Tanaman nanas yang diusahakan oleh ahli PPK Unit 18 secara berkelompok di Kampung Seberang Tok Soh, Pinang Tunggal telah mengeluarkan hasil. Buah nanas mula dikutip pada awal bulan Feb 2011.

    Hasil tanaman nanas dijual kepada FAMA Sungai Petani. Pihak FAMA mengred buah nanas di lokasi. Mana buah yang kurang bermutu dan kecil dijual secara borong.