Selasa, 5 Mac 2013

Mesyuarat AJK

PPK Unit 18 telah mengadakan mesyuarat khas AJK pada Selasa 05 Mac 2013. Mesyuarat diadakan di pejabat PPK Unit 18 di Kampung Seberang Tok Soh, Pinang Tunggal mulai jam 10.30 pagi. Seramai 12 orang ahli hadir pada mesyuarat ini. Turut hadir ialah EN Abdul Halim Ahmad dari PPK Sungai Petani.

Tujuan mesyuarat adalah untuk memberitahu dan memcincangkan tentang PPK Unit 18 yang telah dicadangkan untuk menyertai pertandingan anugerah Hari Peladang dan Penternak peringkat Negeri Kedah untuk tahun 2013. Unit 18 mewakili daerah Kuala Muda. Ini adalah kali kedua unit 18 menyertai pertandingan ini. Kali pertama adalah pada tahun 2011.