Ahad, 15 April 2012

Mesyuarat Agung 2012

PPK Uniokt 18 Kampung Seberang Tok Soh Pinang Tunggal, Sungai Petani mengadakan 'Mesyuarat Agung Tahunan 2012' pada hari Ahad 15 April 2012. Mesyuarat diadakan di Dewan Orang Ramai Kampung Seberang Tok Soh bermula pada jam 10.30 pagi.
Kehadiran ahli adalah mengalakkan. Hampir 50 orang ahli berdaftar hadir. Dua orang pegawai dari PPK Sungai Petani iaitu En. Abdul Halim Bin Ahmad, Pengurus Hal Ehwal Koperat dan En. Nazmi Bin Ismail, Pengurus Projek Usahawan, turut hadir pada mesyuarat agung ini.
Mesyuarat dimula dengan ucapan aluan pengerusi. Pengerusi menyentuh serba sedikit pencapaian oleh ahli PPK Unit 18 serta projek yang telah dilaksanakan. Pengerusi berharap ahli supaya meneruskan usaha tersebut dan merebut peluang peluang bantuan yang disediakan oleh kerajaan. Beberapa projek baru sedang dirancang untuk ahli ahli.
Mesyuarat kemudian mendengar taklimat dari Pengurus Projek Usahawan En. Nazmi yang memberikan penerangan panjang lebar tentang projek projek serta bantuan yang disediakan. Ahli yang berminat untuk mendapat khidmat nasihat dan keterangan lanjut boleh mendapatkan di pejabat PPK Sungai Petani. Ahli berpeluang mendapat informasi terus dari pegawai yang bertanggung jawap dan boleh berbincang lanjut selepas mesyuarat nanti.
Mesyuarat agung membentangkan dan menerima lapuran aktiviti unit dan PPK untuk tahun 2011, membuat perlantikan Ketua Unit dan Timbalan Ketua Unit untuk tempuh 2012 hingga 2014, melantik AJK, ex-official, calon ahli Jemaah Pengarah PPK dan pewakilan unit ke PPK/PPN. Akhirnya mesyuarat membincangkan dan menerima usul-usul dari ahli jawatankuasa unit.