Ahad, 22 April 2012

Teknologi Penanaman Jagung

Beberapa orang ahli dan penduduk Kampung Seberang Tok Soh telah menyatakan hasrat untuk memulihkan dan menfaatkan beberapa lot tanah kampung yang terbiar dan kosong. Ada juga lot lot yang telah ditanam dengan tanaman kontan lain seperti pisang dan nenas yang kini tidak lagi mengeluarkan hasil. Penduduk kampung ingin menggantikan tanaman tersebut dan menanam di kawasan terbiar lain dengan tanaman jagung.

Pada meyuarat agong Unit 18, telah diputuskan untuk menganjurkan satu latihan dan ceramah tentang penanaman jagung. Usaha dilakukan oleh AJK Unit 18 untuk mengadakan kursus dan ceramah dengan  kerjasama Jabatan Pertanian Kuala Muda Kedah.

Kursus penanaman jagung diadakan :

  Tarikh :                Ahad 22 April 2012
  Masa :                  9.30 pagi
  Tempat :              Dewan Orang Ramai, Kampung Seberang Tok Soh

Seramai 14 peserta mendaftar terdiri dari ahli dan penduduk kampung lain yang berminat untuk menngusahakan tanaman jagung ini. 

Puan Noriah mewakili Jabatan Peertanian dan ceramah diberikan oleh En Ahmad Yahaya. Peserta amat berpuas hati dengan penerangan yang diberikan pada kursus tersebut, walaupun pendek dan singkat tetapi amat berfaedah dan bermanfaat.

PPK Unit 18 mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Pertanian atas kerjasama dan  perkhimatan yang diberikan.







Selasa, 17 April 2012

Seminar Kebersihan dan Keselamatan Makanan

Unit 18 Kampung Seberang Tok Soh telah menghantar 10 orang ahli wanita untuk menghadiri kursus / semiant pada hari Selasa 17 April 2012. Seminar tersebut diadakan di hotel Amanpura, Sungai Petani. Kursus dimulakan pada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Seminar ini adalah anjuran Pejabat Kesihatan Daeah dan Pertrubuhan Peladang Kawasan Sungai Petani ditujukan khas kepada penyedia dan pengusaha makanan Daerah Kuala Muda.

Ahli wanita Unit 18 yang hadir pada kursus tersebut ialah :
  1. Maizun Binti Hashimi
  2. Bashariah Binti Abdullah
  3. Zainab Binti Sharif
  4. Faridak Binti Ahmad
  5. Rosnah Binti Yahya
  6. Fuziah Binti Md Jan
  7. Zainiyah Binti Wahab
  8. Norain Binti Mat Ariffin
  9. Rosidah Binti Ahmad
   

Ahad, 15 April 2012

Mesyuarat Agung 2012

PPK Uniokt 18 Kampung Seberang Tok Soh Pinang Tunggal, Sungai Petani mengadakan 'Mesyuarat Agung Tahunan 2012' pada hari Ahad 15 April 2012. Mesyuarat diadakan di Dewan Orang Ramai Kampung Seberang Tok Soh bermula pada jam 10.30 pagi.
Kehadiran ahli adalah mengalakkan. Hampir 50 orang ahli berdaftar hadir. Dua orang pegawai dari PPK Sungai Petani iaitu En. Abdul Halim Bin Ahmad, Pengurus Hal Ehwal Koperat dan En. Nazmi Bin Ismail, Pengurus Projek Usahawan, turut hadir pada mesyuarat agung ini.
Mesyuarat dimula dengan ucapan aluan pengerusi. Pengerusi menyentuh serba sedikit pencapaian oleh ahli PPK Unit 18 serta projek yang telah dilaksanakan. Pengerusi berharap ahli supaya meneruskan usaha tersebut dan merebut peluang peluang bantuan yang disediakan oleh kerajaan. Beberapa projek baru sedang dirancang untuk ahli ahli.
Mesyuarat kemudian mendengar taklimat dari Pengurus Projek Usahawan En. Nazmi yang memberikan penerangan panjang lebar tentang projek projek serta bantuan yang disediakan. Ahli yang berminat untuk mendapat khidmat nasihat dan keterangan lanjut boleh mendapatkan di pejabat PPK Sungai Petani. Ahli berpeluang mendapat informasi terus dari pegawai yang bertanggung jawap dan boleh berbincang lanjut selepas mesyuarat nanti.
Mesyuarat agung membentangkan dan menerima lapuran aktiviti unit dan PPK untuk tahun 2011, membuat perlantikan Ketua Unit dan Timbalan Ketua Unit untuk tempuh 2012 hingga 2014, melantik AJK, ex-official, calon ahli Jemaah Pengarah PPK dan pewakilan unit ke PPK/PPN. Akhirnya mesyuarat membincangkan dan menerima usul-usul dari ahli jawatankuasa unit.