Jamuan Hari Raya Lemang Pak Teh / PPK Unit 18 Kampung Seberang Tok Soh diadakan mulai jam 08.00 malam Rabu 28 September 2011. Jamuan diadakan di tapak jualan Lemang Pak Teh di Taman Rhu.
Sambutan begitu menggalakkan. Pengunjung mulai membanjiri lokasi seawal 8.00 malam. Dianggarkan lebih dua ribu orang datang pada jamuan tersebut.
Pelbagai jenis makanan disediakan. Seekor lembu di beli dan dimasak di lokasi. Tukang masak di bawa khas dari Baling kerana menu utama adalah nasi gulai daging campur batang pisang.
Lain lain menu yang disediakan termasuk mee hon goreng, laksa, kuih raya, tapai dan buah buahan. Air batu campur menjadi kegemaran kanak kanak turut disediakan.
Hamper di hadiahkan kepada pekerja pekerja yang bekerja bersungguh sungguh sepanjang lebih kurang 1 bulan perusahaan lemang diadakan. Pihak pengurusan Lemang Pak Teh mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pengunjung yang datang pada jamuan tersebut dan juga mengucapkan terima kasih kepada pelanggan yang memberikan sokongan kepada Lemang Pak Teh.