Rabu, 28 September 2011

Jamuan Hari Raya ...

Jamuan Hari Raya Lemang Pak Teh / PPK Unit 18 Kampung Seberang Tok Soh diadakan mulai jam 08.00 malam Rabu 28 September 2011. Jamuan diadakan di tapak jualan Lemang Pak Teh di Taman Rhu. 

Sambutan begitu menggalakkan. Pengunjung mulai membanjiri lokasi seawal 8.00 malam. Dianggarkan lebih dua ribu orang datang pada jamuan tersebut.

Pelbagai jenis makanan disediakan. Seekor lembu di beli dan dimasak di lokasi. Tukang masak di bawa khas dari Baling kerana menu utama adalah nasi gulai daging campur batang pisang.

Lain lain menu yang disediakan termasuk mee hon goreng, laksa, kuih raya, tapai dan buah buahan. Air batu campur menjadi kegemaran kanak kanak turut disediakan.

Hamper di hadiahkan kepada pekerja pekerja yang bekerja bersungguh sungguh sepanjang lebih kurang 1 bulan perusahaan lemang diadakan. Pihak pengurusan Lemang Pak Teh mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pengunjung yang datang pada jamuan tersebut dan juga mengucapkan terima kasih kepada pelanggan yang memberikan sokongan kepada Lemang Pak Teh.



Jumaat, 23 September 2011

Hari Peladang Penternak dan Nelayan ... Negeri Kedah

HPPNK peringkat Negeri Kedah 2011 di adakan bermula pada 21 September 2011 hingga 26 September 2011 di perkarangan Stadium Negeri Alor Setar.

PPK Unit 18 Kampung Seberang Tok Soh amat berbangga kerana telah berjaya sebagai 'Pemenang Anugerah Peladang, Penternak dan Nelayan Tahun 2011' dalam kategori UNIT PELADANG JAYA. 

Anugerah telah disampaikan kepada Pengerusi PPK Unit 18 pada 22 Sept 2011 oleh DYMM Tuanku Sultan Kedah. Selain dari sijil Anugerah, PPK Unit 18 juga mendapat sebuah plaque dan wang tunai sebanyak RM2,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Ribu sahaja).

Semoga dengan pengiktirafan ini akan memberi semangat dan galakan kepada ahli ahli PPK untuk terus berusaha lebih gigih lagi demi mencapai tujuan peladang.




Sabtu, 17 September 2011

Notis : Jamuan Hari Raya 1432H


Semua Ahli PPK Sungai Petani, ahli PPK Unit 18 Kampung Seberang Tok Soh serta pelanggan Lemang Pak Teh dijemput hadir untuk 'Jamuan Hari Raya Aidil Fitri 2011'
     

Isnin, 12 September 2011

Mesyuarat AJK kali 3

PPK Unit 18 Kampung Seberang Tok Soh mengadakan mesyuarat AJK pada Ahad 11 September 2011 pada jam 9.00 malam di pusat jualan lemang Pak Teh.

Mesyuarat bersetuju untuk mengadakan jamuan Hari Raya pada tahun ini pada hari Rabu 28 September 2011 yang akan datang. Jamuan akan bermula pada jam 8.30 malam dan akan diadakan di tapak jualan lemang seperti tahun lepas.

Mesyuarat juga membincangkan persediaan dan jenis makanan yang akan dihidangkan pada jamuan. Mesyuarat juga melantik individu yang bertanggungjawap untuk persediaan tempat, khemah, makanan, minuman, jemputan dan sambutan.

Hebahan akan dibuat dengan menempah dan memasang beberapa banner dan juga menghebahkan melalui orang perseorangan.

Mesyuarat ditangguhkan dan bersurai pada 10.00 malam.