Jumaat, 29 Julai 2011

Projek Cendawan

Projek ini dimulakan pada pertengahan Jun 2011. Dua orang ahli PPK Unit 18 Kampung Seberang Tok Soh, Pinang Tunggal Sungai Petani bercadang untuk menceburikan diri dalam penanaman cendawan.

Jenis Cendawan : Tiram Kelabu
Lokasi : Lot 520, Kampung Seberang Tok Soh
Bilangan Bangsal : 1 unit
Keluasan Bangsal : 20 x 40 kaki

1. Persediaan awal

10 Jun 2011 - Perbincangan

Beberapa siri perbincangan telah diadakan dengan telah diadakan dengan pegawai Pertubuhan Peladang Kawasan Sungai Petani. Khidmat nasihat dan pandangan diperolehi dari pegawai PPK



Pelaksanaan

16 Jun 2011 - Lawatan ke Lokasi

Bangsal cendawan yang dicadangkan terletak di tengah kebun getah. Pokok getah yang ada telah berusia lebih 10 tahun dan mempunyai ketinggian melebihi 20 kaki. Ini memberikan suasana suhu sejuk dan nyaman di luar dan di dalam bangsal dibawah 30 darjah celsius yang amat sesuai untuk cendawan.




22 Jun 2011 - Lawatan ke Bangsal Cendawan - 1

Lawatan pertama dibuat dengan kerjasama pegawai PPK Sungai Petani yang mengenalkan dengan pemilik bangsal cendawan yang paling hampir dengan cadangan tapak projek.

Lawatan pertama ini untuk memberikan gambaran ringkas tentang bangsal termasuk ukuran, berapa banyak benih boleh dimasukkan, susunan dan ukuran rak, benih, penjagaan dan lain lain.

Projek yang dilawati mempunyai dua unit bangsal berukuran 15 x 20 kaki setiap satu.





27 Julai 2011 - Lawatan ke Bangsal Cendawan Zahari - 2

Lawatan kedua ke tapak projek En. Zahari adalah untuk mendapatkan keterangan lebih lanjut tentang teknik penanaman cendawan tiram kelabu.





Salah satu tips penting adalah kebersihan kawasan dalam bangsal. Cendawan amat sensitif kepada pencemaran dan kekotoran.


02 Julai 2011 - Pesanan Kayu

Untuk peringkat permulaan hanya sebahagian bangsal akan digunakan untuk penanaman cendawan. Ia akan ditambah berperingkat peringkat sekiranya projek tersebut berjaya.

Kayu berukuran 2 x 3 inci 6 kaki tinggi akan digunakan sebagai tiang dan kayu 1 x 2 inci 8 kaki panjang akan digunakan sebagai alang. Setiap rak akan mempunyai tiga tingkat.

Sebagai langkah mengurangkan perbelanjaan, kayu terpakai akan digunakan untuk tiang. Kos kayu ini kurang 50% dari harga kayu baru. Lagi pun kayu terpakai lebih tahan.


05 Julai 2011 - Penambahbaikan

Dari perbincangan yang diadakan, terdapat dua penambaikan utama yang diperlukan :-

a.  adalah lebih sesuai bagi lantai bangsal disimin. Lantai simen akan mengelakkan bangsal dimasuki oleh serangga termasuk lipas, semut atau lain lain dan binatang lain seperti tikus dan ular.

b.  Net sedia ada tidak sesuai kerana terlalu banyak cahaya memasuki bangsal. Samada satu atau dua lapisan net ditambah atau net dibuang dan digantikan dengan net baru yang mempunyai ketelusan cahaya 70% atau lebih.



10 Julai 2011 - Menyimin Lantai

Kerja kerja menyimin lantai diupahkan kepada penduduk kampung. Keperluan termasuk simen dan pasir dibekalkan. kerja ini mengambil masa selama dua hari untuk disiapkan dengan empat orang pekerja pada hari pertama dan dua orang pekerja pada hari berikutnya.





12 Julai 2011 - Membuat Rak

Rak untuk menempatkan bongkah cendawan dibuat sendiri oleh pengendali projek.

Dua hari diperlukan untuk menyiapkan 12 unit rak berukuran 6 kaki tinggi dan 8 kaki lebar. Rak yang siap akan dibawa masuk ke dalam bangsal dan akan dipasang berpasangan.




15 Julai 2011 - Pemasangan Rak



Kesilapan utama diamati setelah rak dipasang adalah ruang antara rak agas sempit. Ini akan menyukarkan kerja penjagaan dan kerja menuai hasil. Ruang tersebut di ubah menjadi hampir 3 kaki.

Satu lagi kesilapan kecil ialah kayu alang luar dan dalam samarata. Kemungkinan apabila bongkah disusun, bongkah akan condong ke hadapan dan berkemungkinan jatuh.


20 Julai 2011 - Penghantaran Benih




Benih yang dibekalkan oleh pengusaha dari Naka, Kedah dihantar dalam masa empat dari tarikh pesanan.

Sebanyak 2,500 bongkah benih dihantar didalam beg plastik. Setiap plastik memuatkan 14 bongkah. Bongkah benih dikeluarkan segara dari beg plastik untuk mengelakkan berpeluh dan kemek dan diletakkan diatas lantai.

Kebanyakkan benih yang dibekalkan telah 90% atau lebih matang.

Pembekal akan datang untuk memberikan tunjuk ajar cara cara pembersihan dan persediaan sebelum benih dipindahkan pada rak.


21 Julai 2011 - Pemasangan Net

Net lama dibuang untuk digantikan dengan net baru.





22 Julai 2011 - Membersihkan Bongkah Benih



Taklimat yang diberikan oleh pembekal :

cara mencuci leher botol
peralatan yang diperluan
menutup dan membuka penutup
kerja selepas tuaian
berapa kali pusingan hasil
kekerapan



23 Julai 2011 - Susunan Bongkah



Pada peringkaat awal bongkah disusun lima lapisan di rak bahagian bawah dan tengah manakal tiga lapisan di bahagian atas. Kayu alang rak dapat menapung berat keseluruhan bongah tersebut. Ada cadangan untuk menyususn tujuh lapisan pada bahagian tengah dan bawah dan tinggalkan bahagian atas kosong untuk meletakkan bongkah bongkah rosak.

Susunan lima lapis dan tiga lapis bahagian atas sesuai tetapi terdapat beberapa masalah semasa penjagaan. Apabila melakukan semburan air bahagian kurang atau tiada mendapat air yang disembur. Bongkah juga condong kehadapan dan boleh tumbang atau jatuh semua sekali. Masalah juga apabila mahu menyusun semula bongkah bongkah iaitu menaikkan yang bawah keatas.

Disebabkan masih banyak rak yang kosong, lapisan bongkah dikurangkan menjadi empat lapis.


25 Julai 2011 - Penjagaan



Penutup bongkah yang telah dibersihkan dan disusan diatas rak perlu dibuka mengikut keperluan pengeluaran.



27 Julai 2011 - Hasil



Tuaian pertama dibuat pada 28 Julai 2011. Hampir 3 kg cendawan dikutip Cendawan ini adalah yang tumbuh dibahagian belakang bongkah kerana plastik pecah. Dijangkakan kutipan kedua juga adalah cendawan yang membesar melalui pecahan beg plastik.

Tuaian sebenar akan dimulakan pada awal bulan Ogos, serentak dengan bermulanya Ramadhan 1432H. Diharapkan jualan tidak akan menjadi masalah.







Isnin, 25 Julai 2011

Majlis Taklimat - 4PLJ

Pengarah Pertanian Negeri Kedah Darul Aman menjemput wakil dari PPK Unit 18 Kampung Seberang Tok Soh ke Majlis Taklimat 'Program Pengumpulan Produk Pertanian Negeri Kedah bersama Kedah Agro Holding. Taklimat turut dihadiri oleh pengusaha pertanian, pemborong dan peruncit keluaran pertanian dari Kedah.

Majlis taklimat diadakan 

  Tempat :     Amanpura Hotel Sungai Petani (Bilik Mutiara 2)
  Tarikh :       Isnin 25 Julai 2011
  Masa :         2.45 petang

PPK Unit 18 menghantar wakil berikut :
  1. Azizan Md Isa
  2. Ishak Bin Mat
  3. Md Zin Bin Maansoh
  4. Khassim Bin Yahaya




Kandungan Taklimat 

1.  Pembukaan pusat pengumpulan produk pertanian pada 15 Julai 2011. Pusat ini terletak di jalan Lencongan Timur selepas Hospital Sultan Abdul Halim bersebelahan dengan kompleks Lembaga Hasil Dalam Negara dan Kompleks Kastam Diraja.

2.   Tujuan pusat ini adalah untuk mengumpulkan produk pertanian Negeri Kedah dan menjual secara runcit dan borong. Pusat ini adalah usahasama Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah, Kedah Agro, Jabatan Pertanian dan semua petani Negeri Kedah. 

3.   Sejajar dengan pembukaan pusat pengumpulan ini pihak PKNK juga telah mendirikan sebuah kilang memproses produk makanan terutama dari rambutan dan nanas. Kini Negeri Kedah telah menjadi pengeluar No.2 nanas di Malaysia. Kilang memproses buah buahan ini adalah untuk mengurangkan kesan lambakan dan kejatuhan harga buah-buah tersebut. Kilang akan beroperasi sepenuhnya pada 02 Ogos 2011.

4.  Bangunan utama pusat menempatkan 18 lot niaga dan setakat ini kesemua telah diambil oleh peniaga. Tambahan 14 unit khemah berukuran 20 x 20 kaki telah didirikan bertujuan menyediakan jualan runcit untuk dijadikan daya tarikan pada pengunjung.

5.  Pihak Kedah Agro juga mengharapka pusat ini bakal dijadikan hub pengumpulan untuk kawasan utara dan diperluaskan ke Pulau Pinang. Rangkaian jaringan atau networking dengan lain negeri akan diwujudkan untuk membolehkan produk pertanian dihantar dan dijual di negeri tersebut.

5.  Sempena dengan pembukaan pusat tersebut, kenduri kesyukuran akan diadakan pada hari Rabu 27 Julai 2011 mulai jam 12.30 hingga 2.00 petang. Sempena bulan Ramadhan yang akan datang, bubuk lambuk akan diberikan percuma kepada pengunjung pusat.

6.  Untuk tujuan promosi dan memperkenalkan kepada orang ramai banner, banting, papan tanda arah dan lokasi telah dipasang dijalan utama masuk ke pusat tersebut manakala handbill dan brochure telah diedarkan dikebanyakkan taman perumahan di Sungai Petani.

7.  Taklimat diakhiri dengan majlis soaljawap dan jamuan petang. Antara isu yang dibangkitkan oleh peserta taklimat termasuklah :
  • persaingan harga dari pasar raya
  • tiada kawalan pengeluaran oleh pihak pertanian
  • Jualan di negeri lain di Malaysia
  • export ke luar negara
  • penjenamaan produk



       

    Khamis, 7 Julai 2011

    Mesyuarat Agong Kali ke 32

    Pertubuhan Peladang Kawasan Sungai Petani telah mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan kali ke 32 pada Khamis 07 Julai 2011 mulai jam 07.00 pagi bertempat di Dewan Bunga Raya 1, Institut Pengurusan Peladang, Sungai Petani Kedah.


    Mesyuarat dirasmikan oleh En. Ali Bin Yahaya, Pengurus Penyelaras Majlis Pembangunan Pertanian, Parlimen Sungai Petani.

    Mesyuarat kali ini menyampaikan sijil sijil penghargaan kepada unit PPK.