Ahad, 25 Julai 2010

Mesyuarat AJK 02/2010

  
Mesyuarat AJK PPK Unit 18 kali kedua diadakan pada Ahad 25 Julai 2010 di Lot 3, Taman Kristal Sungai Petani mulai jam 10.00 pagi.

Mesyuarat membincangkan dan memutuskan perkara berikut :

1.     Lemang Pak Teh

Penjualan lemang Pak teh akan dimulakan pada minggu kedua Ramadhan. AJK menghebahkan kepada mana-mana ahli yang berminat untuk mencari pekerjaan sementara pada bulan puasa nanti supaya berjumpa dengan pengusaha.


2.     Tanaman Nanas

Projek tanaman nanas berjalan lancar. Kesemua benih telah ditanam dan peserta telah membaja pokok. Masalah utama yang diutarakan oleh peserta ialah masalah lembu  yang memusnahkan anak nanas.


3.     Taklimat Tanaman Nanas

Taklimat penjagaan pembajaan dan membubuh hormon akan diadakan selepas hari Raya puasa nanti. Pegawai pertanian bertanggungjawap akan memberi taklimat dan demonstrasi pembajaan dan penggunaan hormon menggalakkan pembuahan.


4.     Jamuan Hari Raya

PPK bercadang untuk mengadakan jamuan sempena Hari Raya Aidil Fitri 2010. Tarikh dan masa akan ditetapkan kemudian.


5.     Lain lain hal


Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.00 pagi