Rabu, 3 November 2010

Taklimat & Demostrasi - Planofix

Setelah pokok nenas dibubuh hormon Pil ANA atau Hether, pokok akan mengeluarkan bunya nenas. Satu taklimat dan demostrasi untuk meyediakan larutan dan bancuhan 'Planofix' dilakukan oleh Pegawai Pertanian pada :

           Tarikh :           03 November 2010
           Masa :            10.00 pagi
           Tempat :         Kampung Seberang Tok Soh, Pinang Tunggal

Seramai enam orang peserta hadir untuk taklimat tersebut.

Kebun kepunyaan En. Ismail dan En. Md Zin dipilih untuk demostrasi penyemburan menggunakan pam berkapasiti 18 liter.


Cara Penggunaan Planofix (Hormon Penguat Tangkai)

a.   Kuantiti :      1 botol = 100 mL boleh dibancuh dengan 5 tong air (18 x 5 liter). Setiap botol hormon boleh disembur pada 2,000 pokok

      1 tong pam 20 liter = 20,000 mL
      kuantiti semburan    = 20 mL

     Jumlah pokok untuk 1 tong ialah = 20,000 / 20  = 1,000 pokok

b.  Sukat 20 mL hormon menggunakan penutup botol yang ada penanda sukatan atau syringe dan masukkan kedalam tong racun berkapasiti 10 liter. Kacau sehingga sebati.

c.   Gunakan penutup botol tadi dan pam sebanyak 20 mL. Ukur berapa saat pam untuk mengisi kuantiti tersebut. Apabila membuat semburan, sembur tempuh masa yang diukur untuk menentukan buah  mendapat kuantiti sepatutnya

d.    Semburan yang paling sesuai adalah pada waktu awal pagi atau lewat petang

Selepas semburan horman penguat tangkai, pokok nenas akan disembur dengan 'Friutone' - hormon pembesaran buah.