Ahad, 25 Julai 2010

Mesyuarat AJK 02/2010

  
Mesyuarat AJK PPK Unit 18 kali kedua diadakan pada Ahad 25 Julai 2010 di Lot 3, Taman Kristal Sungai Petani mulai jam 10.00 pagi.

Mesyuarat membincangkan dan memutuskan perkara berikut :

1.     Lemang Pak Teh

Penjualan lemang Pak teh akan dimulakan pada minggu kedua Ramadhan. AJK menghebahkan kepada mana-mana ahli yang berminat untuk mencari pekerjaan sementara pada bulan puasa nanti supaya berjumpa dengan pengusaha.


2.     Tanaman Nanas

Projek tanaman nanas berjalan lancar. Kesemua benih telah ditanam dan peserta telah membaja pokok. Masalah utama yang diutarakan oleh peserta ialah masalah lembu  yang memusnahkan anak nanas.


3.     Taklimat Tanaman Nanas

Taklimat penjagaan pembajaan dan membubuh hormon akan diadakan selepas hari Raya puasa nanti. Pegawai pertanian bertanggungjawap akan memberi taklimat dan demonstrasi pembajaan dan penggunaan hormon menggalakkan pembuahan.


4.     Jamuan Hari Raya

PPK bercadang untuk mengadakan jamuan sempena Hari Raya Aidil Fitri 2010. Tarikh dan masa akan ditetapkan kemudian.


5.     Lain lain hal


Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.00 pagi
 

Khamis, 15 Julai 2010

Mesyuarat Agung Tahunan - PPK Sungai Petani


Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Kawasan  Sungai Petani Kali ke 31 diadakan pada hari Khamis 15 Julai 2010 di Pejabat Dewan Bunga Raya, 1, Institut Pengurusan Peladang, Lot 1401, Bakar Arang, Sungai Petani mulai jam 09.00 pagi.

Seramai 68 orang perwakilan dari 18 unit PPK dan 2 Koperasi menghadiri mesyuarat kali ini.

Ucaptama Perasmian oleh Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Kedah banyak berkisar kepada prestasi dan kemajuan PPK dan menekankan aspek eco-tourism yang patut dimajukan.

Mesyuarat membentangkan minit mesyuarat agong kali ke 30, laporan ahli jemaah pengarah, lapuran audit dan penyata kewangan. Mesyuarat seterusnya  membuat pemilihan juruaudit, perwakilan  PPN kemesyuarat agung NAFAS, perwakilan ke mesyuarat agung PPN dan ahli jemaah pengarah.

Isu dan usul yang dikemukakan oleh unit PPK dibentangkan secara ringkas dan mesyuarat memberi peluang kepada perwakilan memberi ucapan penangguhan.

.