Mesyuarat Agung Pertubuhan Peladang Kawasan Sungai Petani kali ke 34 telah diadakan pada 27hb Jun 2013 (Khamis) mulai jam 09.00 pagi. Mesyuarat diadakan di Dewan Bunga Raya 1, Institut Pengurusan Peladang, Sungai Petani.
Mesyuarat di rasmikan oleh Tuan Hj. Ismail Bin Haji Salleh SDK., AMK., Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Kedah Darulaman.
PPK Unit 18 menghantar empat orang wakil untuk menghadiri selain dari Pengerusi Unit 18 yang juga Ahli Jemaah Pengarah.
Dua ahli unit menerima anugerah yang disampaikan pada mesyuarat tersebut ;
- En Masri menerima hadiah kerana menambah saham terbanyak pada tahun 2012
- En. Ghani menerima anugerah keputusan peperiksaan anaknya
Unit 18 telah membawa usul berikut pada mesyuarat agung kali ini :
- Ahli ahli yang aktif di dalam projek projek yang dijalankan di unit hendaklah diberi perhatian yang lebih oleh pihak PPK supaya ahli ahli yang mengusahakan projek tersebut akan lebih bersemangat
- Mencadangkan supaya pihak PPK dapat mengusahakan tanah tanah yang terbiar dengan projek projek yang berdaya maju.