Sebagaimana yang dirancang, PPK Unit 18 Kampung Seberang Tok Soh berjaya menganjurkan 'Mini Hari Peladang' Peringkat Unit dan Kawasan pada hari Ahad 18 November 2102. Program bermula pada jam 09.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari. Ini adalah aktiviti dan program tahunan yang dijalankan oleh unit ini.
Unit 18 telah menjemput agensi kerajaan termasuk Jabatan Pertanian, FAMA, Mardi, PPK Sungai Petani serta bank untuk memberikan khidmat nasihat serta penerangan kepada ahli dan penduduk kampung. Disamping itu jemputan juga dipanjangkan kepada unit unit PPK lain di dalam kawasan Sungai Petani.
Program ini bertujuan untuk memberi pendekatan kepada ahli dan penduduk setempat untuk bertemu dengan agensi agensi kerajaan untuk mendapatkan khidmat nasihat dalam pertanian dan perusahaan yang dijalankan. Majlis Hari Mini Peladang ini juga menjemput Klinik Kesihatan Bakar Arang untuk memberikan khidmat pemeriksaan kesihatan percuma kepada ahli dan penduduk kampung.
Program tahun ini juga menambah acara penyampaian hadiah kepada anak anak ahli yang cemerlang didalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Hadiah dan penghargaan juga disampaikan kepada ahli mengikut kategori :-
- Petani Jaya
- Peladang Nita Jaya
- Ahli yang banyak menambah saham
Program ini berjaya mencapai matlamat. Sambutan yang diberikan oleh ahli dan penduduk kampung sangatlah menggalakkan.
a. Mini Hari Peladang
b. Pemeriksaan Kesihatan percuma
|
Pemeriksaaan Tekanan Darah dan BMI |
|
RBS (Kandungan Gula dalam Darah) |
c. Kaunter Khidmat Nasihat
d. Ucapan dan Taklimat
|
Sebahagian Pegawai dan ahli yang hadir |
|
Pengerusi PPK Unit 18 |
|
Pengerusi PPK Unit 18 |
|
Pengerusi Lembaga Pengarah PPK Sungai Petani |
e. Perasmian
|
Ucapan Wakil Pengarak PPK Negeri Kedah |
f. Penyampaian hadiah
|
Pelajar Cemerlang SPM |
|
Pelajar Cemerlang PMR |
|
Pelajar Cemerlang UPSR |
|
Petani Jaya |
|
Ahli wanita jaya |
g. Penyampaian Cenderahati
|
Cenderahati kepada wakil agensi |
PPK Unit 18 mengucapkan ribuan terima kasih kepada agensi agensi yang mengambil bahagian, kepada Panel Penasihat Klinik Kesihatan Bakar Arang, Sungai Petani, kepada PPK Sungai Petani yang memberikan kerjasama menjayakan program ini dan kepada PPK Negeri Kedah yang memberikan sokongan padu.