En. Azizan Md Isa |
Hadiah disampaikan sempena Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 33, Pertubuhan Peladang Kawasan Sungai Petani yang diadakan pada Khamis 12hb Julai 2012. Mesyuarat diadakan di Dewan Bunga Raya 1, Institut Pengurusan Peladang Sungai Petani.
Sebagai Ketua Unit PPK Unit 18 Kampung Seberang Tok Soh, En. Azizan juga adalah Ahli Jemaah Pengarah PPK Sungai Petani. En Azizan banyak membantu ahli untuk memajukan dan meningkatkan ekonomi ahli. Banyak projek telah diatur terutama projek pertanian seperti tananam nanas, cili, timun dan jagung.
Beberapa lawatan dan kunjungan sambil belajar telah diatur untuk membolehkan ahli menimba pengalaman dan pengetahuan dengan melihat sendiri kegiatan yang dijalankan oleh PPK di lain lain daerah. Diantara tempat yang dilawati ialah PPK Sik dimana ahli dibawa melihat IKS dibawah PPK Sik termasuk perusahaan snek, chip dan kerepek dari nanas, rambutan dan nangka. Juga melawat perusahaan juice, kordial dan jam roselle. Melawat tanaman anggur dan melawat ladang ternakan kambing dan lembu.
Beliau kerap menganjurkan khursus dan taklimat pertanian untuk ahli untuk memberikan pengetahuan sebagai persediaan sebelum menjalan projek pertanian. Disamping itu mengadakan dialog dengan jabatan dan agensi dimana ahli boleh mengutarakan sebarang pertanyaan dan masalah terus kepada agensi berkaitan.
En Azizan juga mengerakkan penubuhan Peladang Nita PPK Sungai Petani untuk memberi peluang kepada ahli ahli wanita yang berminat dalam IKS. Beberapa perbincangan telah dilakukan untuk memberi peluang kepada Peladang Nita untuk berniaga pada bulan Ramadhan yang akan datang dengan jualan kuih raya. Produk pengeluaran Peladang Nita akan dikumpulkan dan dipasarkan di pusat jualan Lemang Pak Teh bersebelahan Taman Rhu.
Ahli ahli wanita Unit 18 sendiri diberi pelbagai bantuan dan khidmat nasihat untuk mengeluarkan produk kuih raya.
Usaha terkini En Azizian adalah untuk memohon tempat jualan di pasaraya Tesco Bakar Arang untuk menjual produk produk keluaran peladang Nita PPK. Sekiranya berjaya ia akan memberikan lebih banyak peluang kepada ahli memasarkan keluaran mereka bukan sahaja di musim perayaan malah pada setiap hari sepanjang tahun.
Penghargaan yang diterima |