Seramai 20 oran hadir pada perjumpaan tersebut. Setiap pengusaha membawa bersama sampel kuih kuih yang diusahakan sebagai contoh.
Persetujuan juga telah dicapai dengan syarikat Azla untuk mengenengahkan kuih kuih di hentian R&R di Lebuh Raya PLUS. Walaubagaimana pun ini masih lagi dalam perbincangan dan pengusaha mestilah mematuhi syarat syarat yang ditetapkan.
Peluang ini diberikan kepada pengusaha sebagai langkah menyediakan tempat kepada pengusaha terutama kepada ahli PPK Sungai Petani untuk menjual produk, menjana pendapatan dan meningkatan ekonomi. Pengusaha yang berminat untuk mengambil peluang ini dikehendaki mendaftar dengan mengisi borang yang disediakan. Beberapa syarat dinyatakan didalam borang tersebut yan perlu dipatuhi.
Selepas sessi penerangan, pengusaha diberikan kesempatan untuk menunjukkan dan menerangkan produk keluaran mereka. Komen diberikan oleh pegawai PPK tentang produk tersebut.