Rabu, 28 April 2010

Mesyuarat Agung Unit 18 - Tahun 2010


Mesyuarat Agung Tahunan Unit Peladang untuk Tahun 2010 diadakan pada hari Rabu 28hb April 2010 bermula pada jam 9.20 malam. Mesyuarat didakan di Dewan Taman Rhu, Sungai Petani.

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan Ketua Unit, diikuti dengan pembentangan Lapuran Kemajuan Unit dan pembentangan Lapuran Kemajuan Tahunan PPK Sungai Petani.

Seterusnya mesyuarat memilih En Azizan Bin Md Isa sebagai  Ketua Unit dan En Abdul Rahman Bin Mustafa sebagai Timbalan Ketua Unit. Tiga orang ahli dilantik sebagai Ahli Jawatan Kuasa iaitu Muhammad Fauzi Bin Ahmad, En. Md Zin Bin Maansoh dan En Ahmad Yazi Bin Zulkefli. Tiga orang ahli dilantik untuk menghadiri Perwakilan Unit ke Mesyuarat Agong Tahunan PPK iaitu En Md Zin Bin Maansoh, En Abdul Rahman Bin Mustafa dan En Ahmad Yazi Bin Zulkefli. Puan Nor’ain Mat Ariffin dilantik sebagai Ketua Kumpulan Peladang Wanita dan En. Badrul Hisham Bin Bahasar dilantik sebagai Ketua Kumpulan Peladang Muda.

En. Azizan Md Isa sebulat suara dilantik semula sebagai Jemaah Pengarah PPK. Dua pegawai iaitu En .Md Zin Bin Maansoh dan En. Abdul Rahman Bin Mustafa dicalaonkan dan dilantik sebagai Perwakilan PPK ke Mesyuarat Agung Tahunan PPK.

Dua usul dicadangkan dari Unit PPK18 untuk dibawa ke Mesyuarat Agung tahunan PPKSungai Petani. Pertama menambah aktiviti perniagaan dalam perkhidmatan perngangkutan dengan membeli sebuah bas persiaran atau bas pelancongan, dan kedua mengkaji harga jualan untuk perkhidmatan percetakan agar lebih berdaya saing dengan harga yang ditawarkan oleh syarikat percetakan yang terdapat di Sungai Petani.

En Abd Halim Ahmad, Pengurus Hal Ehwal Koperat membentangkan dan mengemaskinikan aktiviti PPK.

1.     Hadiah pelajar cemerlang yang berjaya dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPm tahun 2009. Boroang permohonan boleh didapati di pejabat PPK

2.     Biasiswa ditawarkan oleh Syarikat Sagenda (pembekal baja) dengan nilai sebanyak RM10,000.00 setahun untuk anak ahli yang mendapat tawaran belajar di IPTA dalam bidang pertanian.

3.    PPK kini dalam proses mengemaskinikan nombor telefon bimbit ahli untuk menyalurkan sebarang maklumat menggunakan SMS atau sistem pesanan ringkas.

4.    Mengalakkan ahli untuk memperbaharui insuran motor/kereta dengan PPK yang menjadi wakil insuran MAA dan Progressive. Kadar yang dikenakan oleh PPK adalah sama dengan syarikat atau wakil insurance lain, tetapi ahli boleh menapat pulangan dari segi keuntungan PPK.

5.    Skim Insuran Kelompok yang disediakan oleh Takaful dihentikan buar tahun 2010 kerana terdapat beberapa masalah yang perlu diselaraskan terutama had umur pencarum.

6.    Matching grant atau geran sempadan untuk tahun 2010 diberhentikan buat sementara waktu. Beberapa permohonan yang dibuat untuk tahun 2009 telah pun diluluskan.

Tuan Haji Ismail Jusoh sebagai Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah PPK untuk Tahun 2008 ~ 2010 mengucapkan tahniah kepada PPK 18 kerana kehadiran ahli yang ramai pada mesyuarat agung ini. Beliau seterusnya menerangkan secara ringkas tentang kerugian yang dialami oleh projek penetasan ikan siakap bagi tahun 2009.

Sebagai ucapan penangguhan, Ketua Unit mengingatkan dan mengajak ahli supaya lebih pro-aktif dalam pertubuhan. Ahli digalakkan berhubung terus dengan pegawai dan staf PPK untuk sebarang pertanyaan, kemudahan, peluang serta aktiviti lain. Ahli digalakkan untuk menambah saham.  Oleh kerana ramai ahli yang terlibat dalam IKS, Ketua Unit memohon agar pihak PPK memberi lebih banyak peluang kepada usahawan.


Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.45 malam.