Sabtu, 31 Mac 2012

Gotong Royong

PPK Unit 18 mengadakan aktiviti gotong royong membabitkan kerja kerja membersihkan rumah seorang ahli unit. Gotong royong ini diadakan pada hari Sabtu 31 Mac 2012 mulai jam 08.30 pagi dianjurkan bersama dengan JKKKP Kampung Kolam Air dan Panel Penaihat Klinik Kesihatan Bakar Arang, Sungai Petani.

Seramai hampir 30 orang hadir untuk kerja gotong royong tersebut. Diantara kerja kerja yang dilakukan termasuk :
  • memesin rumput di kawasan rumah
  • mengumpulkan dan membuang barang barang terpakai disekeliling rumah
  • menebang pokok pokok kecil
  • mencantas dahan pokok
  • membersihkan longkang
  • membuka rumah lama yang reput dan semak
  • membakar sampah sarap
  • serta lain lain kerja
Kehadiran ahli panel penasihat Klinik Kesihatan Bakar Arang turut juga memberi nasihat dan maklumat kepada penduduk kampung untuk menjaga kebersihan kawasan rumah dan kampung mereka. Beberapa kekurangan dikenal pasti seperti ketiadaan tandas yang sempurna, laluan air kumbahan dan sampah sarap.

 Aktiviti ini turut disertai oleh penyelaras DUN Sidam.










  

Ahad, 26 Februari 2012

Khidmat Katering

PPK Unit 18 telah mengambil inisiatif menceburi dan menambah peluang perniagaan dengan menyediakan perkhidmatan katering untuk kenduri bermula pada awal tahun 2012. Tempahan pertama untuk tahun 2012 adalah untuk kenduri kahwin di Kulim dengan 1000 orang jempautan.

Kebanyakkan pekerja terlibat adalah ahli PPK Unit 18. Sebelum ini mereka telah banyak kali terlibat dengan penyediaan makanan untuk kenduri yang diadakan di taman perumahan yang mana ia dibuat secara bergotong royong.

Beberapa masalah kecil dihadapi semasa penyediaan makanan. Ini dijadikan tauladan dan pengajaran. Perkara tersebut akan diperbaiki di masa akan datang.



















Jumaat, 24 Februari 2012

Gerai ahli ditiup ribut

Beberapa gerai ahli PPK Unit 18 mengalami kerosakkan teruk akibat ditiup oleh ribut dan hujan lebat. Kejadian berlaku pada jam 4.30 petang pada Khamis 24 hb Februari 2012. Nilai kerosakkan masih belum diketahui.

Ahli perlu menilai berapakah kerugian yang dialami dan memerlukan modal untuk mendirikan semula gerai yang rosak. Perniagaan lemang, gerai makanan, gerai surat khabar dan gerai mencuci kerta terpaksa dihentikan sehingga gerai dibangunkan semula.

Tempat membakar lemang runtuh ditiup angin .....

Menilai kerosakan yang dialami

Pak Teh dan pekerja membuka rangka gerai ......

Bangsal memcuci kereta rosak teruk

Gerai roti canai terbalik ditiup angin

Gerai surat khkabar ditiup angin hingga ke tengah jalan
  
Beberapa orang ahli PPK yang sedang berada dilokasi menjalankan perniagaan membantu untuk mengalihkan gerai dari tengah jalan. Mereka juga membantu untuk mengemaskan runtuhan pada gerai gerai terlibat.
     

Khamis, 23 Februari 2012

Mesyuarat AJK

Mesyuarat AJK Unit 18 diadakan pada Khamis 23 Februari 2012 di Taman Rhu, Sungai Petani/ Mesyuarat di mulakan pada jam 10.45 pagi.

Mesyuarat membincangkan aktiviti dan program untuk tahun 2012.


1.   Perkhidmatan Katering

Membincangkan dan memutuskan barangan yang diperlukan untuk katring pada 25 Februari. Jnuga membincangkan persiapan peralatan dan tenaga kerja.

Seterusnya mesyuarat memutuskan atarcara :

    *  Khamis 23 Feb -membeli barangan

    *  Jumaat 24 Feb -menyediakan peralatan memasak, menyediakan bahan bahan untuk memasak

    *  Sabtu 25 Feb -memasak dan menghidangkan dirumah kenduri


2.   Lawatan Sambil Belajar

Atas permintaan ahli yang ingin mencari peluang peluang baru untuk aktiviti IKS, satu lawatan sambil belajar dirancang. Lawatam akan diadakan pada blan April 2012.

    

Khamis, 2 Februari 2012

Perjumpaan dengan pegawai PPK

Satu perjumpaan diantara ahli ahli Unit 18 Kampung Seberang Tok Soh dan pegawai dari PPK Negeri Kedah telah diadakan pada hari Khamis 02 Februari 2012. Perjumpaan diadakan di pejabat PPK  Unit 18 di Kampung Tok Soh pada jam 11.00 pagi.

Seramai 11 orang ahli wanita hadir dan 4 orang ahli lelaki hadir manakala PPK pula diwakili orang tiga orang pegawai.

Tujuan utama perjumpaan dan dialog diadakan adalah untuk memberi peluang kepada ahli ahli PPK wanita mengemukakan masalah masalah tentang aktiviti dan projek yang sedang dilakukan di Seberang Tok Soh. Perjumpaan ini memberi peluang untuk ahli bersemuka secara terus dengan pegawai PPK dan bertanyakan tentang peluang peluang berkaitan dengan aktiviti yang sedang ahli jalankan.

Antara topik yang dibincangkan termasuk :-
  •  latihan, 
  •  kursus, 
  •  lawatan,
  •  penyediaan kertas kerja,
  •  bantuan, 
  •  pinjaman 
  •  serta lain lain perkara.
Program ini dilaksanakan secara santai dan didapati amat berjaya. Diucapkan terima kasih kepada PPK kerana memberi kerjasama menjayakan program ini.






Jumaat, 20 Januari 2012

Mesyuarat AJK

Mesyuarat AJK Unit 18 PPK Kampung Seberang Tok Soh yang pertaman untuk tahun 2012 diadakan pada Jumaat 20hb Januari mulai jam 5.30 petang di pejabat berdaftar koperasi Lot 3, Taman Kristal Sungai Petani. Seramai 9 orang ALK hadir pada mesyuarat tersebut.

Mesyuarat membincangkan perkara berikut :

1. Projek Katering

Koperasi telah menerima tempahan untuk menyediakan perkhidmatan katering pada 25 Feb 2012. Adalah dipersetujui bahawa koperasi akan menjadikan perkhidmatan katering ini sebagai teras aktiviti koperasi untuk tahun 2012.

Usaha akan dibuat untuk mempromosi perkhimatan katering ini.

    

Selasa, 6 Disember 2011

Bubur Asyura

Sempena hari Asyura pada 10 Muharram 1433, bersamaa 06 Disember 2011, ahli wanita PPK Unit 18 bersama sama penduduk kampung mengadakan aktiviti memasak bubur asyura. Aktiviti ini dijalankan diperkarangan Surau Kampung Seberang Tok Soh mulai jam 09.00 pagi.

Sambutan dan kerjasama erat oleh penduduk kampung serta ahli ahli wanita amatlah menggalakkan. Bubur yang siap dimasak kemudian diagih agihkan.



Khamis, 17 November 2011

Lawatan ke Sik, Kedah

Unit18 menganjurkan lawatan untuk ahli ahli ke Daerah Sik pada hari Khamis 17 November 2011. Lawatan bertujuan mendedahkan anggota dan ahli kepada perusahaan IKS yang dijalankan oleh ahli unit PPK Daerah Sik. Semoga lawatan dapat memberikan pengetahuan, pengalaman dan semangat kepada ahli sedang atau bercadang mengusahakan kegiatan pertanian, peladangan dan perusahaan IKS.

Seramai 40 orang ahli menyertai rombongan yang mula bergerak dari Kampung Seberang Tok Soh menaiki bas yang disewa pada jam 08.00 pagi. Destinasi pertama ialah Pertubuhan Peladang Kawasan Sik, Batu Lima jam 9.30 pagi. Taklimat mengenai kegiatan dan projek projek yang sedang diusahakan oleh Unit dan ahli PPK Sik diberikan oleh Encik Kamaruzzaman. Antara kegiatan utama adalah pertanian, ternakan dan perusahaan makanan.



Selepas jamuan ringan di Pejabat PPK Sik kami dibawa ke lokasi perusahaan di Bengkel Pemprosesan Makanan Bandar Baru Beris Jaya, Sik.

Walau rancangan awal untuk melawat bengkel pemprosesan Rempeyek Kadok, ia tidak dapat dilakukan kerana pengusaha mengalami masalah kesihatan.

1.    Memproses Buah buahan Tempatan    

 Bengkel pertama yang dilawati adalah pemprosessan buah buahan tempatan menggunakan teknologi 'Vacuum Fried'.






2.    Memproses Jus, Halwa, Jem, Kolwa berasaskan Roselle

Bengkel ini terletak dilokasi yang sama





3.    Kilang Kek dan Roti

Bengkel ini tidak beroperasi semasa lawatan dibuat tetapi rombongan di bawa ke pusat jualan di Pekan Sik. 




4.    Lawatan Ladang Anggur

Rombongan seterusnya dibawa ke ladang anggur yang terletak berhampiran Tasik Beris.





5.   Peranginan Sik

Ahli rombongan kemudian berehat untuk makan tengah hari di Taman Peranginan Sik




6.   Projek Ternakan Kambing dan Lembu Feedlot

Rombongan sampai disimpang ke tapak projek ternakan pada jam 2.30 petang. Peseerta rombongan terpaksa menaiki pengangkutan lori kerana jalan yang tidak sesuai untuk bas. Satu pengalaman yang sukar dilupakan oleh peserta. Ladang ternakan terletak lebih kurang 1.7 km dari jalan utama dan dikelilingi oleh ladang getah.







PPK Unit 18 mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan lawatan ini terutama kepada En. Kamaruzzaman PPK Sik yang meluangkan masa memberi taklimat dan membawa ahli rombongan melawat ke bengkel bengkel perusahaan. Ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada Koperasi Pembangunan Beris Berhad yang sudi menerima lawatan dan memberi keterangan mendalam tentang kejayaan koperasi tersebut.