Sabtu, 2 Julai 2011

Lawatan ke Ladang Anggur Tasik Beris, Sik

Seramai 38 orang ahli PPK Unit 18 Seberang Tok Soh menyertai lawatan ke Ladang Anggur Tasik Beris, Sik. Rombongan menaiki bas di Kampung Seberang Tok Soh pada jam 8.30 pagi menuju ke Sik dan sampai pada jam 10.00 pagi. Rombongan berhenti untuk minum pagi di pekan Sik selama 30 minit sebelum meneruskan perjalanan ke lokasi.

Ladang anggur terletak lebih kurang 15 km dari Pekan Sik melalui jalan ke Gulau/Nami. Setiap pengunjung dikena tiket bayaran masuk sebanyak RM3.00 Dewasa dan RM1.50 untuk kanak kanak 7 hingga 12 tahun. Selain dari melawat ladang anggur (sebahagian sahaja) pengunjung juga boleh membeli buah anggur dan beberapa produk yang diperbuat dari anggur termasuk juice, kordial dan kek. Benih anggur beserta baja juga dijual dengan harga RM25.00 setiap satu tetapi mereka kehabisan stok dan hanya akan ada dua bulan dari sekarang.

Ladang seluas 4 ekar memulakan perniagaan 4 tahun lalu dipunyai oleh syarikat swasta. Syarikat tersebut juga mempunyai sebuah lagi ladang di Sungai Senang tidak jauh dari sini. Hanya ladang di Kampung Ternas ini yang menerima lawatan pengunjung. Hasil buah anggur dari Ladang Sungai Senang dibawa ke sini untuk dijual kepada pengunjung.

Ini adalah salah satu dari dua ladang anggur disebelah utara Malaysia. Satu lagi di Perlis yang dipunyai oleh Jabatan Pertanian. Ladang anggur di Perlis ini tidak menerima pelawat atau menjual hasil tanaman. Ladang tersebut hanya menerima pelawat dari jabatan tertentu.






Mengikut pekerja disini, benih dan variety anggur yang ditanam diambil dari negara jiran Thailand. Syarikat ini menggunakan kepakaran pekerja dari Thailand, Indonesia dan India. Seramai 21 orang bekerja disini termasuk dibahagian jualan dan pentadbiran. 

Dua jenis anggur diusahakan iaitu jenis hijau dan hitam. Anggur mengeluarkan buah selepas satu tahun dan perlu penjagaan rapi.  Jarak setiap pokok perlu mencukupi untuk akar dan dahan. Para diperlukan untuk dahan dan buah. Tanah sentiasa lembab dan keseluruhan ladang di tutup dengan plastik lut sinar. Tujuan melindungi pokok dari hujan yang boleh menyebabkan daun rosak. Bumbung bertutup juga untuk mengawal suhu. Baja di salurkan pada jarak tertentu dari pokok dan vitamin pokok di gunakan. Dahan dan cabang  perlu di buang mengikut pusingan masa tertentu.

Pengeluaran boleh di rancang. Ini bermakna buah anggur yang dikeluarkan tidak mengikut musim. Boleh di olah untuk setiap masa.






Rombongan selamat sampai kembali ke Kampung Seberang Tok Soh pada 2.30 petang.
     

Rabu, 22 Jun 2011

Lawatan ke ladang Tanaman Cendawan

Lawatan pertama ke ladang tanaman cendawan di Kilang Makau, Sungai Petani dibuat pada 22 Jun 2011 10.30 pagi. Lawatan ini adalah sebagai perkenalan dengan tuan punya ladang sebelum lawatan lanjut dibuat. Lawatan ini dianjurkan oleh pegawai dari PPK Sungai Petani.

Taklimat diberikan oleh pengusaha tanaman cendawan tersebut En. Zahari. Beliau mengusahakan dua bangsal dengan kapasiti 2500 bongkah cendawan setiap satu bangsal.

Berikut adalah sedikit pengetahuan yang diperolehi semasa lawatan singkat tersebut.

Dua bangsal tanaman cendawan yang diusahakan berukuran 16' x 20' x 10 kaki tinggi setiap satu. Kos pembinaan bangsal termasuk rak mencecah hampir RM 6,000-00. Bangsal di bahagian belakang adalah bantuan pihak MARA.

Bangsal ditutup dengan plastik hitam dan hanya membenarkan 10% cahaya luar masuk. Lebih sesuai jika bangsal didirikan dikawasan yang redup yang dikelilingi oleh pokok seperti di lorong lorong kebun getah dan jauh dari pencemaran.

Setakat ini setiap bengkel dimuatkan sehingga 2,500 bongkah cendawan.

Lantai bangsal disimin untuk mengelakkan serangan anai-anai, lipas, tikus serta lain lain binatang. Lantai simen juga menakung air menjadikan bangsal lembab. Kebersihan bengkel mestilah diberi keutamaan. Dilarang menggunakan sebarang bahan kimia atau racun serangga apabila cendawan mula di usahakan.

Lantai mestilah selalu dibersihkan. Periksa jika terdapat tempat binatang bertelur dan membiak. Hapuskan secara manual jika ada. Pintu bangsal dikunci untuk menghalang sesiapa yang tidak berkenaan memasuki kerana ia boleh menjejaskan tanaman cendawan secara kontimenasi.

Bangsal di lengkapi dengan sistem sprinkler menggunakan motor letrik 1 hp. Semburan dibuat diatas bumbung sekurang kurangnya untuk tempuh 30 minit bertujuan menyejukkan suhu di dalam bangsal. Sprinkler dihidupkan apabila cuaca mulai panas (lebih kurang jam 11.00 pagi) dan pada jam 3.00 petang

Rak untuk meletakkan bongkah botol cendawan menggunakan kayu berukuran 2" x 3" x 6 kaki tinggi digunakan sebagai tiang dan kayu 1" x 2" sebagai alang. Dua rak dicantumkan dan membolehkan ia ditegakkan. Setiap kompartment sepanjang 4 kaki dan boleh tujuh lapisan bongkah disusun. Setiap bongkah botol mempunyai berat hampir satu kilogram.

Ruang secukupnya hendaklah disediakan apabila memasang rak rak di dalam bangsal. Ruang diperlukan untuk membuat kerja kerja termasuk menyusun, memeriksa, mengeluarkan botol yang rosak, mengutip hasil, menyiram, membersihkan dan lain lain. Sekurang-kurangnya 3 kaki (1 meter) ruang diantara rak dan 0.8 meter diperlukan antara dinding dan rak.

Bongkah benih dibeli dari pembekal di sekitar Sungai Petani termasuk dari  Gurun dan Pendang. Bukan semua benih yang dibeli menghasilkan cendawan. Biasanya 10% akan dibuang. Pembekal selalunya menghantar lebih 10% dari kuantiti yang dipesan.

Apabila bongkah benih dihantar ke bangsal ia di letakkan diatas lantai untuk menentukan ianya sesuai sebelum dipindahkan ke rak. Penutup botol dibuka apabila benih mula keluar selepas dua minggu atau lebih.

Apabila cendawan dituai, penutup botol hendaklah dibersihkan dengan rapi supaya ia tidak menghalang pengeluaran cendawan seterusnya. Setiap bongkah boleh mengeluarkan sehingga lebih lima kali atau lebih.

Cendawan menjadi kering dan tidak bermutu jika suhu didalam bengkel melebihi 38 darjah celcius. Cendawan menjadi hitam dibahagian pangkal dan pecah. Suhu bangsal yang panas juga boleh menjejaskan pembesaran cendawan. Terdapat tiga gred utama cendawan yang dihasilkan. Gred A berukuran garispusat 50 mm, manakala Gred B berukuran garispusat antara 35 mm hingga 50 mm dan Gred C berukuran garispusat kurang dari 35 mm.

Bongkah benih cendawan yang rosak
Salah satu punca utama benih menjadi rosak adalah penyediaan yang tidak mengikut spesifikasi. Besar kemungkinan masa mengukus (steam) kurang dari masa yang ditetapkan iaitu selama 8 jam. Kualiti habuk papan dan dedak juga penting dalam penyediaan. Kapur yang dicampurkan adalah jenis gred pertanian.

Setakat ini tiada sebarang masalah untuk pasaran cendawan disekitar Sungai Petani. Seringkali permintaan melebihi pasaran. Disamping dijual dipasar basah dan pasar hari atau pasar minggu, permintaan terus dari  restauren makanan Thai adalah tinggi. Hotel yang terdapat disekitar Sungai Petani menawarkan harga paling tinggi untuk cendawan gred A.

Untuk meningkatkan harga jualan, cendawan di pek di dalam bekas plastik berukuran 7 x 9 dan di seal.

PPK Unit 18 mengucapkan terima kasih kepada Encik Zahari kerana memberi sambutan dan layanan yang mesra. Segala ilmu yang dikongsi amatlah berharga dan berguna. Beliau mengalu-alukan lawatan dimasa hadapan dan berjanji untuk memberikan kerjasama serta tunjuk ajar kepada sesiapa yang berminat untuk menceburkan diri dalam tanaman cendawan.

Masih banyak ilmu perlu ditimba mengenai tanaman cendawan.
     

Rabu, 15 Jun 2011

Mesyuarat Penubuhan Peladang Nita

PPK Unit 18 menghantar lapan orang ahli wanita untuk menghadiri Mesyuarat Penubuhan Peladang Nita peringkat PPK Sungai Petani. Mesyuarat diadakan pada Rabu 15 Jun 2011 mulai jam 2.00 petang di Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan Sungai Petani.

Mesyuarat antara lain melantik ahli jawatan kuasa pertubuhan yang terdiri dari ahli ahli PPK tempat masing masing.

Puan Zaniyah Binti Wahab dilantik sebagai Ahli Jawatan Kuasa sebagai wakil PPK Unit 18
   

Ahad, 29 Mei 2011

Khursus Penyediaan Baja

PPK Unit 18 telah menganjurkan satu kursus untuk ahli PPK dan penduduk Kampung Seberang Tok Soh yang berminat untuk menyediakan Baja IMO (Indigenous Micro Organism) dan Baja Natural Farming. Khursus tersebut dengan kerjasama Jabatan Peranian Daerah Kuala Muda.

Tarikh : .....................  Ahad 29 Mei 2011
Masa : ........................ 09.30 pagi ~ 1.00 tengah hari
Lokasi : .....................  Surau Kampung Seberang Tok Soh
Bilangan Peserta .......  24 orang
Pegawai Pertanian ...    8 orang ( termasuk 4 pemantau dari Alor Setar)
    






1.    IMO (Indigenous Micro Organism)

Ceramah pertama di sampaikan oleh Tuan Haji Zainol, Penolong Pegawai Pertanian dari Jabatan Pertanian Daerah Kuala Muda. 

Diantara topik yang diterangkan adalah :

Peringkat 1 - penyediaan asas menggunakan nasi

Peringkat 2 - campuran gula merah

Peringkat 3 - campuran dengan air basuhan beras dan dedak padi

Peringkat 4 - campuran top soil

Peringkat 5 - campuran dengan tahi ayam atau tahi lembu.

Baja sedia digunakan selepas peringkat 5 secara terus untuk memulihkan tanah atau selepas disimpan selama 2 miggu untuk digunakan sebagai baja biasa.

Peserta berpeluang diberi peluang untuk menyediakan baja peringkat IMO 5 menggunakan IMO 4 yang disediakan oleh Jabatan Pertanian. 1 kg IMO dicampurkan dan digaul dengan 10 kg tahi lembu yang agak kering dan kemudian di tutup untuk disimpan selama 2 minggu sebelum digunakan.



2.    NF - Natural Farming

Ceramah kedua disampaikan oleh Puan Noriah, Penolong Pegawai Pertanian dari Jabatan Pertanian Daerah Kuala Muda

Natural Farming adalah kaedah pengeluaran baja bagi menghasilkan tanaman sayuran, buah-buahan dan padi secara organik. Ia telah lama dilakukan di Korea dan negara Asia lain. Baja jenis ini mampu neningkatkan pengeluaran, mengurangkan kos, selamat, tiada bahan kimia, semula jadi dan mesra alam. Ia menggunakann bahan asli seperti tumbuh tumbuhan, haiwan, ikan dan bahan pereputan.

Khursus merangkumi tajuk berikut :

1.    Penyediaan FPJ (Fermentated Plant Juice)

NF ini menggunakan pokok sebagai bahan mentah seperti daun kangkong dicampurkan dengan gula merah pada nisbah 1:1. Campuran ini disimpan selama 5 hingga 7 hari.



2.    Penyediaan FFJ (Fermentated Fruit Juice)

NF ini menggunakan buah sebagai bahan mentah seperti nanas, timun dicampurkan dengan gula merah pada nisbah 1:1. Campuran ini disimpan selama 5 hingga 7 hari.

3.    Penyediaan FAA (Fermentated Amini Acid)

NF ini menggunakan ikan sebagai bahan mentah seperti ikan temenung (murah dan senang didapati) dicampurkan dengan gula merah pada nisbah 1:1. Campuran ini perlu diperam selama 30 hari sebelum ditapis dan digunakan.



Diakhir khursus peserta ditunjukkan cara cara menyediakan ketiga tiga jenis cecair NF. 

Khursus diakhir dengan jamuan makan tengah hari pada jam 1.00 tengah hari.

Butiran lanjut boleh diikuti pada halaman khursus pada blog ini.
   

Jumaat, 27 Mei 2011

Mesyuarat dengan Ahli Wanita

Unit 18 mengadakan mesyuarat dengan ahli ahli wanita pada Jumaat 27hb Mei 2011 mulai jam 4.30 petang. Mesyuarat diadakan di Surau Kampung Seberang Tok Soh disertai oleh 14 orang ahli wanita selepas mereka mengadakan bacaan Yassin mingguan.

Mesyuarat bertujuan untuk membincangkan peruntukkan dan projek PPK untuk ahli wanita. PPK Unit 18 bercadang untuk menwujudkan industri makanan sejuk beku di kampung Seberang Tok Soh. 



Pengerusi memberi taklimat ringkas tentang projek yang bakal dijalankan dan memerlukan penglibatan penuh ahli wanita PPK. PPK Unit 18 sedang dalam proses untuk mendapatkan bantuan dan dana untuk membangunkan industri makanan. PPK Unit 18 akan menyediakan tempat dan peralatan. Mereka akan menjadi pekerja dan akan dibayar gaji.

Hasil atau produk akan dipasarkan oleh koperasi.

Mereka yang berminat untuk menyertai projek ini akan dihantar untuk  berkhursus di Kolej Komuniti Sungai Petani bermula pada 4 & 5 Jun dan pada 25 & 26 Jun 2011. Segala bayaran untuk khursus tersebut akan ditanggung sepenuhnya. Khursus tersebut adalah berkaitan dengan proses membuat makanan, pembungkusan dan penjualan,

Satu lawatan sambil belajar akan diadakan pada Sabtu 24 Jun dan ahli ahli wanita digalakkan untuk menyertai lawatan tersebut. Lawatan sambil belajar lain akan diatur sebelum projek tersebut bermula.


 

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.15 petang.
    

Rabu, 25 Mei 2011

Karnival Ria PPK Merbok

PPK Unit 18 turut menyertai 'Karnival Ria Peladang Merbok' yang diadakan di perkarang pejabat PPK Merbok bermula pada Rabu 25hb Mei 2011 hingga Ahad 29 Mei 2011.

Karnival tahunan ini adalah anjuran PPK Merbok dan memberi keutamaan kepada ahli ahli PPK unit untuk mengetengahkan dan menjual barangan dan produk mereka.


Antara barangan yang dipamirkan dan dijual pada karnival tersebut termasuk peralatan dan jentera pertanian, baja dan racun, produk produk pertanian, benih tanaman di samping makanan dan pakaian dan lain lain barangan.

Idaman Bakery dari PPK Unik 18 menjual hasil kilang termasuk roti, biskut, pelbagai jenis kek serta package untuk majlis pertunangan dan perkahwinan pada karnival tersebut.



PPK Unit 18 Seberang Tok Soh menggalakkan ahli yang menjalankan perusahaan IKS megambil bahagian dalam karnival seperti ini. Karnival seperti ini akan memberi pengalaman dan pengetahuan luas untuk pemasaran produk yang diusahakan. Ia juga dapat mendedahkan produk kepada lebih ramai pelanggan baru.

Unit berharap lebih ramai lagi ahli supaya memberanikan diri untuk mengambil bahagian di dalam karnival sebegini. Menjual barangan atau hasil pertanian secara terus akan mendatang lebih pendapatan. Unit akan tersu membantu mencari peluang untuk ahli ahli.
 

Isnin, 23 Mei 2011

Panel Pemeriksa - Hari 2

Panel pemeriksa beserta pegawai pengiring dari PPK Sungai Petani dan beberapa ahli dari Unit 18 Seberang Tok Soh berkumpul di tapak jualan Lemang Pak Teh pada jam 09.00 pagi untuk pemeriksaan pada hari kedua. Panel pemeriksa ditunjukkan cara cara menyediakan lemang.

Jadual lawatan dan pemeriksaan pada hari kedua seperti berikut :

1.   Lemang Pak Teh



2.  Perusahaan Kueh Raya


3.  Ladang Ulam



4.     Ubat ubatan Tradisional


5.   Gerai Burger Ahli


6.  Pusat Jualan Perabot Terpakai

 

7.  Pejabat Unit 18



8.   Penutup


Ucapan Pengerusi Unit 18

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada panel pemeriksa kerana peluang yang diberikan kepada PPK Unit 18. Banyak pengalaman dan pengetahuan yang dipelajari dari lawatan ini dan berjanji akan terus memperbaiki kelemahan yang ada.

Ucapan Panel Pemeriksa

Ketua panel pemeriksa mengucapkan terima kasih kepada Unit 18 keatas kerjasama yang diberikan selama dua hari lawatan dijalankan. Beberapa kekurangan dikenal pasti dan diharapkan unit akan memperbaiki dan akan terus berusaha untuk memajukan unit untuk kepentigan ahli.

Ahad, 22 Mei 2011

Lawatan Panel Pemeriksa Pertandingan 'HPPNK Tahun 2011'

Hari Pertama - Ahad 22hb Mei 2011

Panel pemeriksa berkumpul di Pejabat PPK Sungai Petani pada jam 09.00 pagi.

Taklimat 

Taklimat hadiri oleh :

1.   Panel Pemeriksa
  • Mohd Fathil Bin Mohd Tahir .................................... LPP Ibu Pejabat
  • Mohd Hussaini Mahir Bin Muhammad Shith .......... LPP Ibu Pejabat
  • Abdul Rahim Bin Mahamood  ................................... MADA
2.   Pengerusi PPK Sungai Petani
  • En Ismail Bin Jusoh  ................................................. Pengerusi PPK
  • En Nazmi Bin Ismail ................................................. PPK Sg. Petani

3.   PPK Unit 18 Kampung Seberang Tok Soh
  • En. Azizan Bin Md Isa ............................................... Pengerusi
  • En. Md Zin Bin Maansoh .......................................... Setiausaha



    Taklimat mengenai PPK Unit 18 Kampung Seberang Tok Soh disampaikan oleh En. Nazmi Ismail. Taklimat diberikan dalam bentuk Power Point Presentation. 

    Sessi soal jawap.

    Penerangan lanjutan diberikan oleh Pengerusi PPK Unit 18.

    Panel pemeriksa kemudian memeriksa rekod rekod dan minit mesyuarat PPK tahun 2010.

    Lawatan

    Rombongan bertolak ke Kampung Seberang Tok Soh pada jam 11.00 pagi. Tempat yang dilawati termasuk :

    1.  Pejabat Operasi PPK Unit 18



    2.  Tanaman Kucai



    3.  Pusat Pemprosesan Ayam dan Ikan Keli



    4.  Ternakan Lembu



    5.   Ternakan Kambing



    6.   Ladang Nanas




    7.   Lawatan ke Kubur Purba - Kampung Seberang Tok Soh



    8.  Tanaman Nanas


    9.  Tanaman Cili Fertigasi


    10.  Tanaman Daun Bawang


    11.  Tanaman Terong



    12.  Pusat Pengumpulan Hasi Tani


    13.  Pusat IKS Perusahaan Dodol



    Rombongan panel pemeriksa berhenti rehat pada jam 1.15 tengah hari untuk jamuan makan tengah hari. Lawatan disambung semula pada jam 2.00 petang.


    14.  Pusat Jualan Nanas


    15.  Kilang Roti




    Rombongan bersurai pada jam 3.00 petang.


    Lawatan dan pemeriksaan akan disambung pada hari kedua Isnin 23 Mei 2011. Rombongan akan berkumpul di Taman Rhu pada jam 09.00 pagi