Rombongan peserta pulang ke Pusat Latihan Pertanian Charok Padang untuk meneruskan latihan amali, Bongkah yang telah dikukus dan disejukkan semalaman kini sedia untuk dibubuh benih atau masilium cendawan. Setiap peserta diberi peluang untuk latihan tersebut.
Rabu, 16 Mei 2012
Khursus Tanaman Cendawan - Hari 2
Jadual khursus untuk hari kedua adalah lawatan ke tapak perusahaan cendawan tiram kelabu yang terletak di Felda Teloi Timur, Sik. Tempat ini adalah lebih kurang 1 jam perjalanan dari Pusat Latihan Pertanian Charok Padang Sik. Peserta dibawa menaiki bas bertolak pada jam 09.00 pagi dan sampai ke lokasi pada jam 10.00 pagi
Rombongan disambut oleh pengusaha cendawan tersebut iaitu Hj. Bakar. Bangsal atau rumah cendawan yang diusahakan terletak bersebelahan dengan rumah pengusaha tersebut. Peserta diberi taklimat tenntang sejarah perusahaan yang dijalankan. Bermula pada tahun 2007 dengan bongkah cendawan sebanyak 2000 bongkah dan kini telah mencecah hampir 14,000 bongkah. Pihak pertanian dan Felda telah mengesyorkan menambah bangsal ditanah lapang dihadapan rumah untuk menjadikan sehingga 50,000 bongkah.
Disamping menjual cendawan, pengusaha juga menjual bongkah cendawan kepada pengusaha baru. Untuk menambah nilai, beliau juga menjual cendawan goreng di pasar minggu berhampiran dengan rumahnya. Cendawan goreng adalah produk baru diperkenalkan dan mendapat sambutan hangat.
Rombongan peserta pulang ke Pusat Latihan Pertanian Charok Padang untuk meneruskan latihan amali, Bongkah yang telah dikukus dan disejukkan semalaman kini sedia untuk dibubuh benih atau masilium cendawan. Setiap peserta diberi peluang untuk latihan tersebut.
Rombongan peserta pulang ke Pusat Latihan Pertanian Charok Padang untuk meneruskan latihan amali, Bongkah yang telah dikukus dan disejukkan semalaman kini sedia untuk dibubuh benih atau masilium cendawan. Setiap peserta diberi peluang untuk latihan tersebut.
Selasa, 15 Mei 2012
Khursus Tanaman Cendawan - Hari 1
Seorang wakil ahli PPK Unit 18 telah diberi tempat untuk menghadiri khursus Tanaman Cendawan Tiram Kelabu yang diadakan selama dua hari bermula pada hari Selasa 15 dan hari Rabu 16 Mei 2012. Khursus dianjur oleh Jabatan Pertanian Negeri Kedah Darul Aman untuk pada pengusaha cendawan termasuk yang berminat untuk menceburkan diri dalam perusahaan ini. Peserta datang dari Negeri Kedah.
Khursus diadakan di :
Pusat Latihan Pertanian
Charok Padang
08200 SIK
Pada hari pertama peserta khursus diberi taklimat tentang :
1. Cendawan sebagai Komoditi Berpotensi
a. Sejarah
b. Potensi cendawan
c. Nilai Perubatan
d. Produk produk berasaskan cendawan
- minuman
- makanan kesihatan
- kosmetik dan perapi diri
- makanan ringan (kerepek, keropok, forzen tampura)
- makanan segera (sup dan sos)
- nilai tambah (inti pastri, serunding)
- makanan dalam tin
2. Kaedah Menanam Cendawan
a. Jenis cendawan
b. Bangsal atau rumah cendawan
c. Rak
d. Peralatan diperlukan untuk penyediaan benih
e. Bahan mentah
Peserta dibawa ketempat penyediaan benih cendawan untuk melakukan latihan amali.
a. Penyediaan media
b. Memasukkan kedalam plastik (manual)
c. Memasukkan kedalam beg plastik (menggunakan mesin)
d. Menutup
e. Mengukus
Media dikukus selama 4 jam dan disejukkan. Kerja menyediaan benih akan disambung pada hari kedua khursus.
Peserta dibawa melawat ke bangsal cendawan di pusat latihan pertanian.
Peserta dibawa melawat ke bangsal cendawan di pusat latihan pertanian.
Ahad, 22 April 2012
Teknologi Penanaman Jagung
Beberapa orang ahli dan penduduk Kampung Seberang Tok Soh telah menyatakan hasrat untuk memulihkan dan menfaatkan beberapa lot tanah kampung yang terbiar dan kosong. Ada juga lot lot yang telah ditanam dengan tanaman kontan lain seperti pisang dan nenas yang kini tidak lagi mengeluarkan hasil. Penduduk kampung ingin menggantikan tanaman tersebut dan menanam di kawasan terbiar lain dengan tanaman jagung.
Pada meyuarat agong Unit 18, telah diputuskan untuk menganjurkan satu latihan dan ceramah tentang penanaman jagung. Usaha dilakukan oleh AJK Unit 18 untuk mengadakan kursus dan ceramah dengan kerjasama Jabatan Pertanian Kuala Muda Kedah.
Kursus penanaman jagung diadakan :
Tarikh : Ahad 22 April 2012
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Dewan Orang Ramai, Kampung Seberang Tok Soh
Tarikh : Ahad 22 April 2012
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Dewan Orang Ramai, Kampung Seberang Tok Soh
Seramai 14 peserta mendaftar terdiri dari ahli dan penduduk kampung lain yang berminat untuk menngusahakan tanaman jagung ini.
Puan Noriah mewakili Jabatan Peertanian dan ceramah diberikan oleh En Ahmad Yahaya. Peserta amat berpuas hati dengan penerangan yang diberikan pada kursus tersebut, walaupun pendek dan singkat tetapi amat berfaedah dan bermanfaat.
PPK Unit 18 mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Pertanian atas kerjasama dan perkhimatan yang diberikan.
Selasa, 17 April 2012
Seminar Kebersihan dan Keselamatan Makanan
Unit 18 Kampung Seberang Tok Soh telah menghantar 10 orang ahli wanita untuk menghadiri kursus / semiant pada hari Selasa 17 April 2012. Seminar tersebut diadakan di hotel Amanpura, Sungai Petani. Kursus dimulakan pada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Seminar ini adalah anjuran Pejabat Kesihatan Daeah dan Pertrubuhan Peladang Kawasan Sungai Petani ditujukan khas kepada penyedia dan pengusaha makanan Daerah Kuala Muda.
Seminar ini adalah anjuran Pejabat Kesihatan Daeah dan Pertrubuhan Peladang Kawasan Sungai Petani ditujukan khas kepada penyedia dan pengusaha makanan Daerah Kuala Muda.
Ahli wanita Unit 18 yang hadir pada kursus tersebut ialah :
- Maizun Binti Hashimi
- Bashariah Binti Abdullah
- Zainab Binti Sharif
- Faridak Binti Ahmad
- Rosnah Binti Yahya
- Fuziah Binti Md Jan
- Zainiyah Binti Wahab
- Norain Binti Mat Ariffin
- Rosidah Binti Ahmad
Ahad, 15 April 2012
Mesyuarat Agung 2012
Kehadiran ahli adalah mengalakkan. Hampir 50 orang ahli berdaftar hadir. Dua orang pegawai dari PPK Sungai Petani iaitu En. Abdul Halim Bin Ahmad, Pengurus Hal Ehwal Koperat dan En. Nazmi Bin Ismail, Pengurus Projek Usahawan, turut hadir pada mesyuarat agung ini.
Mesyuarat dimula dengan ucapan aluan pengerusi. Pengerusi menyentuh serba sedikit pencapaian oleh ahli PPK Unit 18 serta projek yang telah dilaksanakan. Pengerusi berharap ahli supaya meneruskan usaha tersebut dan merebut peluang peluang bantuan yang disediakan oleh kerajaan. Beberapa projek baru sedang dirancang untuk ahli ahli.
Mesyuarat kemudian mendengar taklimat dari Pengurus Projek Usahawan En. Nazmi yang memberikan penerangan panjang lebar tentang projek projek serta bantuan yang disediakan. Ahli yang berminat untuk mendapat khidmat nasihat dan keterangan lanjut boleh mendapatkan di pejabat PPK Sungai Petani. Ahli berpeluang mendapat informasi terus dari pegawai yang bertanggung jawap dan boleh berbincang lanjut selepas mesyuarat nanti.
Mesyuarat agung membentangkan dan menerima lapuran aktiviti unit dan PPK untuk tahun 2011, membuat perlantikan Ketua Unit dan Timbalan Ketua Unit untuk tempuh 2012 hingga 2014, melantik AJK, ex-official, calon ahli Jemaah Pengarah PPK dan pewakilan unit ke PPK/PPN. Akhirnya mesyuarat membincangkan dan menerima usul-usul dari ahli jawatankuasa unit.

Sabtu, 31 Mac 2012
Gotong Royong
PPK Unit 18 mengadakan aktiviti gotong royong membabitkan kerja kerja membersihkan rumah seorang ahli unit. Gotong royong ini diadakan pada hari Sabtu 31 Mac 2012 mulai jam 08.30 pagi dianjurkan bersama dengan JKKKP Kampung Kolam Air dan Panel Penaihat Klinik Kesihatan Bakar Arang, Sungai Petani.
Seramai hampir 30 orang hadir untuk kerja gotong royong tersebut. Diantara kerja kerja yang dilakukan termasuk :
- memesin rumput di kawasan rumah
- mengumpulkan dan membuang barang barang terpakai disekeliling rumah
- menebang pokok pokok kecil
- mencantas dahan pokok
- membersihkan longkang
- membuka rumah lama yang reput dan semak
- membakar sampah sarap
- serta lain lain kerja
Kehadiran ahli panel penasihat Klinik Kesihatan Bakar Arang turut juga memberi nasihat dan maklumat kepada penduduk kampung
untuk menjaga kebersihan kawasan rumah dan kampung mereka. Beberapa
kekurangan dikenal pasti seperti ketiadaan tandas yang sempurna, laluan
air kumbahan dan sampah sarap.
Aktiviti ini turut disertai oleh penyelaras DUN Sidam.
Aktiviti ini turut disertai oleh penyelaras DUN Sidam.
Ahad, 26 Februari 2012
Khidmat Katering
PPK Unit 18 telah mengambil inisiatif menceburi dan menambah peluang perniagaan dengan menyediakan perkhidmatan katering untuk kenduri bermula pada awal tahun 2012. Tempahan pertama untuk tahun 2012 adalah untuk kenduri kahwin di Kulim dengan 1000 orang jempautan.
Kebanyakkan pekerja terlibat adalah ahli PPK Unit 18. Sebelum ini mereka telah banyak kali terlibat dengan penyediaan makanan untuk kenduri yang diadakan di taman perumahan yang mana ia dibuat secara bergotong royong.
Beberapa masalah kecil dihadapi semasa penyediaan makanan. Ini dijadikan tauladan dan pengajaran. Perkara tersebut akan diperbaiki di masa akan datang.

Jumaat, 24 Februari 2012
Gerai ahli ditiup ribut
Beberapa gerai ahli PPK Unit 18 mengalami kerosakkan teruk akibat ditiup oleh ribut dan hujan lebat. Kejadian berlaku pada jam 4.30 petang pada Khamis 24 hb Februari 2012. Nilai kerosakkan masih belum diketahui.
Ahli perlu menilai berapakah kerugian yang dialami dan memerlukan modal untuk mendirikan semula gerai yang rosak. Perniagaan lemang, gerai makanan, gerai surat khabar dan gerai mencuci kerta terpaksa dihentikan sehingga gerai dibangunkan semula.
![]() |
| Tempat membakar lemang runtuh ditiup angin ..... |
![]() |
| Menilai kerosakan yang dialami |
![]() |
| Pak Teh dan pekerja membuka rangka gerai ...... |
![]() |
| Bangsal memcuci kereta rosak teruk |
![]() |
| Gerai roti canai terbalik ditiup angin |
![]() |
| Gerai surat khkabar ditiup angin hingga ke tengah jalan |
Beberapa orang ahli PPK yang sedang berada dilokasi menjalankan perniagaan membantu untuk mengalihkan gerai dari tengah jalan. Mereka juga membantu untuk mengemaskan runtuhan pada gerai gerai terlibat.
Khamis, 23 Februari 2012
Mesyuarat AJK
Mesyuarat AJK Unit 18 diadakan pada Khamis 23 Februari 2012 di Taman Rhu, Sungai Petani/ Mesyuarat di mulakan pada jam 10.45 pagi.
Mesyuarat membincangkan aktiviti dan program untuk tahun 2012.
1. Perkhidmatan Katering
Membincangkan dan memutuskan barangan yang diperlukan untuk katring pada 25 Februari. Jnuga membincangkan persiapan peralatan dan tenaga kerja.
Seterusnya mesyuarat memutuskan atarcara :
* Khamis 23 Feb -membeli barangan
* Jumaat 24 Feb -menyediakan peralatan memasak, menyediakan bahan bahan untuk memasak
* Sabtu 25 Feb -memasak dan menghidangkan dirumah kenduri
2. Lawatan Sambil Belajar
Atas permintaan ahli yang ingin mencari peluang peluang baru untuk aktiviti IKS, satu lawatan sambil belajar dirancang. Lawatam akan diadakan pada blan April 2012.
Khamis, 2 Februari 2012
Perjumpaan dengan pegawai PPK
Satu perjumpaan diantara ahli ahli Unit 18 Kampung Seberang Tok Soh dan pegawai dari PPK Negeri Kedah telah diadakan pada hari Khamis 02 Februari 2012. Perjumpaan diadakan di pejabat PPK Unit 18 di Kampung Tok Soh pada jam 11.00 pagi.
Seramai 11 orang ahli wanita hadir dan 4 orang ahli lelaki hadir manakala PPK pula diwakili orang tiga orang pegawai.
Tujuan utama perjumpaan dan dialog diadakan adalah untuk memberi peluang kepada ahli ahli PPK wanita mengemukakan masalah masalah tentang aktiviti dan projek yang sedang dilakukan di Seberang Tok Soh. Perjumpaan ini memberi peluang untuk ahli bersemuka secara terus dengan pegawai PPK dan bertanyakan tentang peluang peluang berkaitan dengan aktiviti yang sedang ahli jalankan.
Antara topik yang dibincangkan termasuk :-
Antara topik yang dibincangkan termasuk :-
- latihan,
- kursus,
- lawatan,
- penyediaan kertas kerja,
- bantuan,
- pinjaman
- serta lain lain perkara.
Langgan:
Catatan (Atom)