Isnin, 11 April 2011
Penilaian Aktiviti PPK Unit 18
PPK Unit18 telah dicalonkan untuk Pertandingan Unit Jaya peringkat Negeri Kedah Drulaman. Pegawai Penilaian untuk pertandingan tersebut telah mengadakan lawatan ke PPK Unit 18 pada Ahad 10 April 2011 mulai jam 2.00 petang. Kedatangan mereka disambut oleh Pengerusi PPK Unit 18, En.Azizan Md Isa dan Timbalan Pengerusi En Abdul Rahman Mustaffa.
Para juri seramai lima orang di bawa melawat ke ladang tanaman berkelompok ahli PPK di Kampung Seberang Tok Soh Pinang Tunggal. Antara kawasan yang dilawati termasuk ladang nanas, tanaman cili serta tempat ternakan kambing dan lembu.
Ahad, 27 Mac 2011
Lawatan oleh PPK Paya, Kangar
PPK Unit 18 Sungai Petani menerima rombongan seramai 40 orang ahli dari PPK Paya Kangar, Perlis pada 27 hb Mac 2011 pada jam 4.00 petang. Tujuan lawatan diadakan adalah untuk memberi pendedahan, pengetahuan dan pengalaman kepada ahli tentang aktiviti IKS yang dijalankan oleh ahli ahli PPK Unit 18. Lawatan ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan dan mewujudkan rangkaian jaringan (net working).
PPK Unit 18 telah mengatur rombongan melawat :
Ahli rombongan turut dijamu dengan produk yang dikeluarkan oleh pengusaha dan produk turut dijual kepada ahli rombongan yang berminat.
Pada akhir lawatan, wakil rombongan mengucapkan terima kasih dan menyatakan lawatan ini memberi manafaat kepada ahli rombongan yang berminat untuk menjalankan perusahan IKS.
PPK Unit 18 telah mengatur rombongan melawat :
- Perusahaan Roti dan Kek
- Perusahaan Lemang Pak Teh
- produk yang dihasilkan
- pasaran
- pengeluaran
- bilangan pekerja
- Demostrasi penyediaan
- bantuan yang diperolehi
- bimbingan
- rancangan masa depan
Ahli rombongan turut dijamu dengan produk yang dikeluarkan oleh pengusaha dan produk turut dijual kepada ahli rombongan yang berminat.
Pada akhir lawatan, wakil rombongan mengucapkan terima kasih dan menyatakan lawatan ini memberi manafaat kepada ahli rombongan yang berminat untuk menjalankan perusahan IKS.
Sabtu, 26 Februari 2011
Kutipan Buah Nanas
Tanaman nanas yang diusahakan oleh ahli PPK Unit 18 secara berkelompok di Kampung Seberang Tok Soh, Pinang Tunggal telah mengeluarkan hasil. Buah nanas mula dikutip pada awal bulan Feb 2011.
Hasil tanaman nanas dijual kepada FAMA Sungai Petani. Pihak FAMA mengred buah nanas di lokasi. Mana buah yang kurang bermutu dan kecil dijual secara borong.
Hasil tanaman nanas dijual kepada FAMA Sungai Petani. Pihak FAMA mengred buah nanas di lokasi. Mana buah yang kurang bermutu dan kecil dijual secara borong.
Ahad, 16 Januari 2011
Mesyuarat AJK 01/2011
Mesyuarat AJK PPK Unit 18 diadakan pada 16 Jan 2011 mulai jam 10.30 pagi di Lot 3, Taman Kristal Sungai Petani.
Agenda utama mesyuarat adalah membincangkan adalah membincangkan tentang hasil tanaman nanas yang akan dikutip. Kebanyakkan buah akan dikutip dan akan diambil oleh pihak FAMA. Secara dasar hasil jualan buah nanas akan diagihkan kepada pengusaha. Sebahagian akan disimpan untuk belanja tanaman seterusnya. Jabatan pertanian tidak akan memberikan bantuan untuk tanaman musim kedua.
Lain-lain perkara yang dibincangkan adalah projek tanaman lain yang dilakukan oleh ahli PPK 18 di Kampung Seberang Tok Soh.
- Lima ahli terlibat dalam tanaman cili besar yang telah mengeluarkan hasil
- Seorang ahli menanam Timun secara fertigasi
- Tanaman pokok limau
- Tenakan ikan keli dalam longkang
Ahli yang menanam cabai telah mendapat bantuan dan insentif dari pihak pertanian sebanyak RM1200.00 seorang.
Ada cadangan ahli untuk mengusahakan tanaman tebu dikawasan tanah terbiar dan menjual sendiri air tebu apabila tiba masanya.
Cadangan lain yang diterima adalah untuk mencuba menanam sayur 'kucai' menggunakan polibeg.
Khamis, 2 Disember 2010
Lawatan ke Johor dan Serdang (MAHA)
![]() |
| 26 Nov hingga 05 Dis 2010 |
Jumlah peserta rombongan : 38
Iternari :
Hari Pertama : 28 Nov 2010
8.00 pagi - Berkumpul di Seberang Tok Soh
9.00 pagi - Bertolak ke Johor
9.00 malam - Bermalam di Hotel Good Hope, Skudai
Hari Kedua : 29 Nov 2010
9.00 pagi - Bertolak ke Pontian
9.40 pagi - IKS Parit Selangor, Pontian. Pine Food Enterprise.
Pembekal makanan & minuman berasaskan nanas
10.45 pagi - Muzium Nanas, Pontian
12.30 tgh hari - Makan tengah hari di Simpang Renggam
2.00 petang - Ladang Nanas Goh Swee Ang, Simpang Renggam
3.00 petang - IKS Simpang Renggam. Perniagaan Tunas Tulen.
Perusahaan produk sos dan jem nanas.
4.00 petang - Air Hitam, Johor
9.00 malam - Hotel Sri Malaysia, Jalan Sungai Ujong, Seremban
Hari Ketiga : 30 Nov 2010
9.00 pagi - Bertolak ke Serdang
9.45 pagi - Tapak pameran MAHA 2010 Serdang
2.00 petang - Bertolak pulang ke Sungai Petani
Rabu, 3 November 2010
Taklimat & Demostrasi - Planofix
Setelah pokok nenas dibubuh hormon Pil ANA atau Hether, pokok akan mengeluarkan bunya nenas. Satu taklimat dan demostrasi untuk meyediakan larutan dan bancuhan 'Planofix' dilakukan oleh Pegawai Pertanian pada :
Tarikh : 03 November 2010
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Kampung Seberang Tok Soh, Pinang Tunggal
Seramai enam orang peserta hadir untuk taklimat tersebut.
Kebun kepunyaan En. Ismail dan En. Md Zin dipilih untuk demostrasi penyemburan menggunakan pam berkapasiti 18 liter.
Cara Penggunaan Planofix (Hormon Penguat Tangkai)
a. Kuantiti : 1 botol = 100 mL boleh dibancuh dengan 5 tong air (18 x 5 liter). Setiap botol hormon boleh disembur pada 2,000 pokok
1 tong pam 20 liter = 20,000 mL
kuantiti semburan = 20 mL
Jumlah pokok untuk 1 tong ialah = 20,000 / 20 = 1,000 pokok
b. Sukat 20 mL hormon menggunakan penutup botol yang ada penanda sukatan atau syringe dan masukkan kedalam tong racun berkapasiti 10 liter. Kacau sehingga sebati.
c. Gunakan penutup botol tadi dan pam sebanyak 20 mL. Ukur berapa saat pam untuk mengisi kuantiti tersebut. Apabila membuat semburan, sembur tempuh masa yang diukur untuk menentukan buah mendapat kuantiti sepatutnya
d. Semburan yang paling sesuai adalah pada waktu awal pagi atau lewat petang
Selepas semburan horman penguat tangkai, pokok nenas akan disembur dengan 'Friutone' - hormon pembesaran buah.
Tarikh : 03 November 2010
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Kampung Seberang Tok Soh, Pinang Tunggal
Seramai enam orang peserta hadir untuk taklimat tersebut.
Kebun kepunyaan En. Ismail dan En. Md Zin dipilih untuk demostrasi penyemburan menggunakan pam berkapasiti 18 liter.
Cara Penggunaan Planofix (Hormon Penguat Tangkai)
a. Kuantiti : 1 botol = 100 mL boleh dibancuh dengan 5 tong air (18 x 5 liter). Setiap botol hormon boleh disembur pada 2,000 pokok
1 tong pam 20 liter = 20,000 mL
kuantiti semburan = 20 mL
Jumlah pokok untuk 1 tong ialah = 20,000 / 20 = 1,000 pokok
b. Sukat 20 mL hormon menggunakan penutup botol yang ada penanda sukatan atau syringe dan masukkan kedalam tong racun berkapasiti 10 liter. Kacau sehingga sebati.
c. Gunakan penutup botol tadi dan pam sebanyak 20 mL. Ukur berapa saat pam untuk mengisi kuantiti tersebut. Apabila membuat semburan, sembur tempuh masa yang diukur untuk menentukan buah mendapat kuantiti sepatutnya
d. Semburan yang paling sesuai adalah pada waktu awal pagi atau lewat petang
Selepas semburan horman penguat tangkai, pokok nenas akan disembur dengan 'Friutone' - hormon pembesaran buah.
Jumaat, 8 Oktober 2010
Jamuan Hari Raya PPK 18
Jamuan sempena Hari Raya Aidil Fitri 1431/2010 anjuran PPK Unit 18 di adakan pada 08 Oktober 2010 mulai jam 9.00 malam di tapak pembakaran dan jualan lemang Pak Teh di jalan Sungai Petani - Tikam Batu berhampiran Taman Sri Pinang dan Taman Rhu.
Pelbagai jenis makanan yang disediakan dan sambutan dari ahli PPK, penduduk kedua dua taman serta kenalan, sahabat handai dan pelanggan Lemang Pak Teh sangatlah menggalakkan. Jamuan turut di serikan dengan nyanyian lagu lagu lama dan lagu hindustan oleh peminat dan penggemar yang diundang khas dari Taman Ria.
Majlis berakhir pada jam 10.30 malam.
Ahad, 26 September 2010
Taklimat & Demostrasi - Aruhan Pembungaan
Taklimat dan demostrasi mengenai 'Aruhan Pembungaan' tanaman nanas untuk peserta program penanam nanas di PPK Seberang Tok Soh Pinang Tunggal, Sungai Petani diadakan pada tarikh berikut :
Tarikh : 26 September 2010
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Gerai Kampung Seberang Tok Soh
Dua orang pegawai dari Jabatan Pertanian Sungai Petani memberikan taklimat mengenai 'Aruhan Pembungaan' dan kemudian membuat demostrasi penyediaan cecair, membancuh dan menyembur kepada pokok nanas. Taklimat dihadiri oleh sembilan orang peserta dan beberapa orang pekerja yang terlibat.
Secara ringkas taklimat menyentuh tajuk tajuk berikut :
- Aruhan Pembungaan
- Apa itu Aruhan
- Tujuan Aruhan
- Jenis Pembungaan
- Masalah Pembungaan Semulajadi
- Faedah Aruhan Pembungaan
- Pokok yang Sesuai untuk Aruhan
- Penyediaan dan Penggunaan
- Pengunaan Planafix
Taklimat selanjutnya dicadangkan diadakan satu bulan dari sekarang untuk cara cara menggunakan 'Planofix' pada buah nanas.
Khamis, 9 September 2010
Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1431H
Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua ahli Pertubuhan Peladang Kawasan Unit 18 Kampung Seberang Tok Soh, Pinang Tunggal khanya dan kepada semua ahli pertubuhan peladang diseluruh Malaysia amnya.
Selasa, 10 Ogos 2010
Selamat Berpuasa
PPK Unit 18 mengucapkan selamat bepuasa kepada semua ahli persatuan yang beragama Islam. Disamping beribadat janganlah lupa untuk menghayati erti puasa dan jangan pula membazir dengan makanan yang berlebihan semasa berbuka.Kepada ahli PPK yang mengusahakan aktiviti pertanian, penternakan, perusahaan IKS, jangan lah pula mengurangkan aktiviti harian kita.
Lawatan ke Chalet Terapung PPK Merbuk
Lawatan ke Chalet PPK Merbok dibuat pada 10 Ogos 2010 mulai jam 12.00 tengah hari. Chalet PPK Merbuk terletak di sebelah kiri tebing Sungai Merbuk dari arah Tanjung Dawai. Untuk ke Chalet tersebut, pandu kearah Pekan Semeling dan ambil jalan menuju ke Merbuk. Pada persimpangan MRSM Merbuk atau UiTM Merbuk belok ke kiri menuju ke Segantang Garam dan terus menuju ke arah Sungai Merbuk sehingga berjumpa dengan Jabatan Pertanian Merbuk.
Kami disambut oleh Pengurus PPK Merbok, En Hamdan Bin Awang. Kebetulan sambutan hari Peladang dan Nelayan bagi Daerah Merebuk diadakan di Dewan terapung.
Selain dari chalet penginapan, resort ini juga menyediakan dewan yang boleh memuatkan seramai 100 orang peserta untuk tujuan mesyuarat, seminar, khursus. latihan dan lain lain. Terdapat dewan makan, surau dan pejabat jualan.
Resort ini juga menyediakan pakej untuk memancing di laut dan eco-tourism. Pelanggan boleh menyewa bot yang boleh memuatkan seramai 14 orang menyusuri Sungai Merbok sambil menghayati rimba bakau yang berusia ratusan tahun. Sewa bot amatlah berpatutan. Pelancong juga boleh menyewa bot untuk membeli belah di Tanjung Dawai atau berkelah di Pantai Merdeka.
Sambutan pelancong amatlah menggalakkan. Tempahan dibuat awal terutama pada musim pecutian.
Jumaat, 6 Ogos 2010
Ahad, 25 Julai 2010
Mesyuarat AJK 02/2010
Mesyuarat AJK PPK Unit 18 kali kedua diadakan pada Ahad 25 Julai 2010 di Lot 3, Taman Kristal Sungai Petani mulai jam 10.00 pagi.
Mesyuarat membincangkan dan memutuskan perkara berikut :
1. Lemang Pak Teh
Penjualan lemang Pak teh akan dimulakan pada minggu kedua Ramadhan. AJK menghebahkan kepada mana-mana ahli yang berminat untuk mencari pekerjaan sementara pada bulan puasa nanti supaya berjumpa dengan pengusaha.
2. Tanaman Nanas
Projek tanaman nanas berjalan lancar. Kesemua benih telah ditanam dan peserta telah membaja pokok. Masalah utama yang diutarakan oleh peserta ialah masalah lembu yang memusnahkan anak nanas.
3. Taklimat Tanaman Nanas
Taklimat penjagaan pembajaan dan membubuh hormon akan diadakan selepas hari Raya puasa nanti. Pegawai pertanian bertanggungjawap akan memberi taklimat dan demonstrasi pembajaan dan penggunaan hormon menggalakkan pembuahan.
4. Jamuan Hari Raya
PPK bercadang untuk mengadakan jamuan sempena Hari Raya Aidil Fitri 2010. Tarikh dan masa akan ditetapkan kemudian.
5. Lain lain hal
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.00 pagi
Khamis, 15 Julai 2010
Mesyuarat Agung Tahunan - PPK Sungai Petani
Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Kawasan Sungai Petani Kali ke 31 diadakan pada hari Khamis 15 Julai 2010 di Pejabat Dewan Bunga Raya, 1, Institut Pengurusan Peladang, Lot 1401, Bakar Arang, Sungai Petani mulai jam 09.00 pagi.Seramai 68 orang perwakilan dari 18 unit PPK dan 2 Koperasi menghadiri mesyuarat kali ini.
Ucaptama Perasmian oleh Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Kedah banyak berkisar kepada prestasi dan kemajuan PPK dan menekankan aspek eco-tourism yang patut dimajukan.
Mesyuarat membentangkan minit mesyuarat agong kali ke 30, laporan ahli jemaah pengarah, lapuran audit dan penyata kewangan. Mesyuarat seterusnya membuat pemilihan juruaudit, perwakilan PPN kemesyuarat agung NAFAS, perwakilan ke mesyuarat agung PPN dan ahli jemaah pengarah.
Isu dan usul yang dikemukakan oleh unit PPK dibentangkan secara ringkas dan mesyuarat memberi peluang kepada perwakilan memberi ucapan penangguhan.
Ahad, 9 Mei 2010
Lawatan Tanaman Tauge
Seramai lapan anggota unit menyertai lawatan pembekal sistem tanaman taugeh siraman automatik di No. 442, Jalan Rhu 3. Taman Rhu Fasa 3, 0800 Tikam Batu, Sungai Petani. Lawatan bermula pada jam 9.30 pagi.
Taklimat mengenai sistem tersebut oleh En, Aziz yang juga adalah tuanpunya syarikat Vescom Vision Enterprise yang membekalkan sistem tersebut.
Antara isi taklimat :
a. Peralatan yang diperlukan termasuk tong penanaman, sistem pepaipan air, sistem spray, motor, timer (pelaras waktu)
b. Benih
c. Baja (bahan kimia)
d. Penyediaan
e. Penjagaan
f. Tempuh dan penuaian
g. Tempat yang sesuai
h. Pendapatan
Kelebihan dan Keistimewaan Sistem
- Mudah dan senang dipasang,
- tiada pengetahuan dan pengalaman mendalam diperlukan
- tiada pengetahuan dan pengalaman mendalam diperlukan
- memerlukan ruang minima yang berbumbing, boleh dipasang dibelakang rumah, anjung atau lama
- Tidak memerlukan masa panjang.
- Boleh mengeluarkan hasil dalam 4 hari.
- Penyediaan hanya 30 minit.
- Boleh mengeluarkan hasil dalam 4 hari.
- Penyediaan hanya 30 minit.
- Hasilkan 7kg taugeh dari 1kg benih
Rabu, 28 April 2010
Mesyuarat Agung Unit 18 - Tahun 2010
Mesyuarat Agung Tahunan Unit Peladang untuk Tahun 2010 diadakan pada hari Rabu 28hb April 2010 bermula pada jam 9.20 malam. Mesyuarat didakan di Dewan Taman Rhu, Sungai Petani.
Mesyuarat dimulakan dengan ucapan Ketua Unit, diikuti dengan pembentangan Lapuran Kemajuan Unit dan pembentangan Lapuran Kemajuan Tahunan PPK Sungai Petani.
Seterusnya mesyuarat memilih En Azizan Bin Md Isa sebagai Ketua Unit dan En Abdul Rahman Bin Mustafa sebagai Timbalan Ketua Unit. Tiga orang ahli dilantik sebagai Ahli Jawatan Kuasa iaitu Muhammad Fauzi Bin Ahmad, En. Md Zin Bin Maansoh dan En Ahmad Yazi Bin Zulkefli. Tiga orang ahli dilantik untuk menghadiri Perwakilan Unit ke Mesyuarat Agong Tahunan PPK iaitu En Md Zin Bin Maansoh, En Abdul Rahman Bin Mustafa dan En Ahmad Yazi Bin Zulkefli. Puan Nor’ain Mat Ariffin dilantik sebagai Ketua Kumpulan Peladang Wanita dan En. Badrul Hisham Bin Bahasar dilantik sebagai Ketua Kumpulan Peladang Muda.
En. Azizan Md Isa sebulat suara dilantik semula sebagai Jemaah Pengarah PPK. Dua pegawai iaitu En .Md Zin Bin Maansoh dan En. Abdul Rahman Bin Mustafa dicalaonkan dan dilantik sebagai Perwakilan PPK ke Mesyuarat Agung Tahunan PPK.
Dua usul dicadangkan dari Unit PPK18 untuk dibawa ke Mesyuarat Agung tahunan PPKSungai Petani. Pertama menambah aktiviti perniagaan dalam perkhidmatan perngangkutan dengan membeli sebuah bas persiaran atau bas pelancongan, dan kedua mengkaji harga jualan untuk perkhidmatan percetakan agar lebih berdaya saing dengan harga yang ditawarkan oleh syarikat percetakan yang terdapat di Sungai Petani.
En Abd Halim Ahmad, Pengurus Hal Ehwal Koperat membentangkan dan mengemaskinikan aktiviti PPK.
1. Hadiah pelajar cemerlang yang berjaya dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPm tahun 2009. Boroang permohonan boleh didapati di pejabat PPK
2. Biasiswa ditawarkan oleh Syarikat Sagenda (pembekal baja) dengan nilai sebanyak RM10,000.00 setahun untuk anak ahli yang mendapat tawaran belajar di IPTA dalam bidang pertanian.
3. PPK kini dalam proses mengemaskinikan nombor telefon bimbit ahli untuk menyalurkan sebarang maklumat menggunakan SMS atau sistem pesanan ringkas.
4. Mengalakkan ahli untuk memperbaharui insuran motor/kereta dengan PPK yang menjadi wakil insuran MAA dan Progressive. Kadar yang dikenakan oleh PPK adalah sama dengan syarikat atau wakil insurance lain, tetapi ahli boleh menapat pulangan dari segi keuntungan PPK.
5. Skim Insuran Kelompok yang disediakan oleh Takaful dihentikan buar tahun 2010 kerana terdapat beberapa masalah yang perlu diselaraskan terutama had umur pencarum.
6. Matching grant atau geran sempadan untuk tahun 2010 diberhentikan buat sementara waktu. Beberapa permohonan yang dibuat untuk tahun 2009 telah pun diluluskan.
Tuan Haji Ismail Jusoh sebagai Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah PPK untuk Tahun 2008 ~ 2010 mengucapkan tahniah kepada PPK 18 kerana kehadiran ahli yang ramai pada mesyuarat agung ini. Beliau seterusnya menerangkan secara ringkas tentang kerugian yang dialami oleh projek penetasan ikan siakap bagi tahun 2009.
Sebagai ucapan penangguhan, Ketua Unit mengingatkan dan mengajak ahli supaya lebih pro-aktif dalam pertubuhan. Ahli digalakkan berhubung terus dengan pegawai dan staf PPK untuk sebarang pertanyaan, kemudahan, peluang serta aktiviti lain. Ahli digalakkan untuk menambah saham. Oleh kerana ramai ahli yang terlibat dalam IKS, Ketua Unit memohon agar pihak PPK memberi lebih banyak peluang kepada usahawan.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.45 malam.
Ahad, 21 Februari 2010
Mesyuarat AJK 01/2010
PPK Unit mengadakan mesyuarat AJK pertama untuk tahun 2010 pada Ahad 21 Februari 2010 di No.3, Jalan Kristal 1, Taman Kristal Sungai Petani mulai jam 9.00 malam.
Mesyuarat membincangkan :
1. Tanaman Nanas
Projek tanaman nanas yang bermula pada akhir tahun 2009 kini telah siap di tanam sepenuhnya. Peserta diminta untuk mematuhi arahan pegawai dari Jabatan Pertanian dari segi penjagaan tanaman tersebut. Beberapa siri taklimat dan latihan akan diadakan sebagai bimbingan untuk peserta yang akan diberikan oleh Jabatan Pertanian secara percuma.
Peserta juga diberitahu tentang penyerahan baja, racun serta hormon untuk pokok nanas.
2. Cili Fertigasi
Beberapa ahli muda berminat untuk melibatkan diri dalam tanaman cili fertigasi. Setakat ini tiga orang ahli telah menyatakan tentang lokasi projek akan dijalankan. Sebagai permulaan mereka akan menaman lebih kurang 1500 pokok seorang. Segala persiapan seperti tangki, pam, paip, benih dan bahan mentah lain telah pun ditempah dan menunggu penghantaran.
PPK Unit 18 akan memberikan sokongan dan bantuan kepada mereka. Usaha akan dibuat untuk mendapatkan bantuan sebagai galakan.
3. Pemprosessan Ayam
Seorang ahli akan memulakan tempat menyembelih, memproses dan menjual ayam di Kampung Seberang Tok Soh. Ahli tersebut memohon PPK membantu untuk mendapatkan matching grant untuk peralatan yang diperlukan.
4. Ternakan Ayam Kampung
Ternakan ayam kampung yang diusahakan oleh En. Mohd Khassim mengalami sedikit masalah. Projek tersebut dimulakan dengan benih anak ayam seramai 2,000 ekor tidak dapat diteruskan kerana kadar kematian yang tinggi.
5. Tarikh Mesyuarat Agong
Ahli jawatankuasa telah bersetuju untuk mengadakan mesyuarat agung PPK Unit 18 untuk tahun 2010 pada 28 April 2010. Mesyuarat akan dilangsungkan di Dewan KRT Taman Rhu mulai jam 9.00 malam. Surat pemberitahuan akan dihantar ke PPK Sungai Petani.
Mesyuarat akan mengadakan pemilih pegawai pertubuhan dan juga memilih anggota untuk mewakili mesyuarat agong tahunan PPK Sungai Petani. Semua yang hadir diminta untuk membawa sebarang usul yang bangkit pada mesyuarat tersebut nanti.
Mesyuarat ini ditangguhkan pada jam 10.50 malam.
Langgan:
Catatan (Atom)
















































