Ahad, 23 Mac 2014

Mini Hari Peladang peringkat PPK Unit 18

Mini Hari Peladang peringkat Unit diadakan pada hari Ahad 23 Mac 2014 di Kampung Seberang Tok Soh. Ini adalah kali kedua program 'Mini Hari Peladang' peringkat unit diadakan bermula pada jam 0900 pagi dan tamat pada jam 12.30 tengah hari.

Sebelum program dijalankan, PPK Unit 18 mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan untuk Tahun 2014 di lokasi sama. Mesyuarat turut di hadiri oleh Pengerusi PPK Sungai Petani dan Pengurus Besar PPK Sungai Petani. 

Mini Hari Peladang juga dihadiri oleh beberapa agensi kerjaan termasuk FAMA, Jabatan Pertanian dan Panel Penasihat Klinik Kesihatan bakar Arang.
















      

Khamis, 6 Mac 2014

Mesyuarat AJK

Mesyuarat AJK telah diadakan di pejabat PPK Unit 18 pada Khamis 06 Mac 2014 di pejabay PPK Unit 18 Kampung Seberang Tok Soh. Mesyuarat bermula pada jam 9.30 malam dihadiri oleh AJK serta ahli ahli unit.

Agneda utama mesyuarat adalah :

1.      membincangkan tentang aktiviti  kemasyarakatan iaitu program anak angkat Siswa Kolej PTPL Sungai Petani yang akan diadakan pada 22 mac 2014.

2.        Program Hari Mini Peladang PPK Unit 18 yang dicadang diadakan pada Ahad 23 mac 2014.