Ahad, 14 Oktober 2012

Mesyuarat bersama Pengurus PPK, Sungai Petani

Satu perbincangan antara AJK PPK Unit 18, peserta penanaman jagung serta pihak Pengurusan PPK Sungai Petani diadakan pada Ahad 14 Oktober 2012 di pejabat unit 18 di Kampung Seberang Tok Soh. Perbincangan dimulakan pada jam 10.00 pagi.

Perjumpaan dan perbincangan ini diadakan tentang projek tanaman jagung melalui program e-kasih yang telah diberikan kepada tiga orang ahli unit.

Topik pada perbincangan :
  1.   Projek Tanaman Jagung
  2.   Hari Mini Peladang
  3.   Pertandingan HPPNK Peringkat Kebangsaan Tahun 2013

PPK Unit 18 diberi taklimat status projek penanaman jagung setakat ini. Input pertanian termasuk baja, racun dan benih telah dihantar. Pagar dan sprinkler system telah siap dipasang. Kini menantikan tanah dibajak dan ditanam benih.

Projek tanaman jagung tersebut diserahkan kepada usahawan. Walau begitu peserta projek masih diperlukan untuk bekerja diprojek tersebut.

PPK Unit 18 mencadangkan untuk mengadakan 'Mini hari Peladang' yang akan diadakan di Kampung Seberang Tok Soh. Tarikh telah ditetapkan pada 18 November 2012. Beberapa ajensi kerajaan akan dijemput untuk turut serta mengambil bahagian bagi membolehkan ahli membuat pertanyaan dan perbincangan.

PPK Sungai Petani mencadangkan Unit 18 mengambil bahagian dalam pertandingan HPPNK Peringkat Kebangasaan untuk Tahun 2013.







Sabtu, 13 Oktober 2012

Lawatan ke Perlis

PPK Unit 18 telah menganjurkan satu lawatan ke Perlis pada Sabtu 13 Oktober 2012. Seramai 42 orang menyertai rombongan ini terdiri dari ahli ahli unit bersama dengan keluarga termasuk anak anak mereka. Beberapa orang penduduk kampung yang bukan ahli turut diberi peluang menyertai rombongan ini.

Lawatan ini memberi peluang untuk ahli serta keluarga yang begitu jarang sekali mendapat peluang untuk pergi membuat lawatan ke tempat tempat menarik di sebelah utara. Untuk memberikan lawatan ini lebih bermakna dan berharga ahli dikanakan bayaran sewa bas sebanyak RM10.00.









Isnin, 1 Oktober 2012

Mesyuarat AJK

Mesyuarat AJK PPK Unit 18 diadakan pada Isnin 01 Okt 2012. Mesyuarat diadakan di pejabat PPK Unit 18 di Kampung Seberang Tok Soh. Mesyuarat yang dihadiri oleh 9 orang ahli jawatan kuasa bermula pada jam 11.30 pagi.


Projek Tanaman Jagung

Agenda utama mesyuarat adalah membincangkan projek tanaman jagung kepada 3 orang ahli unit melalui projek Azam Tani. Difahamkan bahawa projek ini mengalami sedikit masalah dan mengalami kelewatan untuk ditanam. Kesemua peralatan telah dihantar ke ladang. Tiang pagar serta kawat telah dipasang.

Peserta dinasihatkan untuk berhubung terus dengan pihak PPK Sungai Petani untuk mendapatkan penjelasan dan penyelesaian kepada sebarang masalah yang dihadapi. PPK Unit 18 sedia membantu sekiranya peserta masih tidak dapat memulakan projek tersebut.


Perusahaan Kuih

Beberapa anggota wanita melalui Peladang Nita telah memulakan perusahaan kuih untuk tempahan dan jualan pada Hari Raya Haji akan datang.


Lawatan

Ahli unit akan mengadakan lawatan sambil melancong ke Perlis pada Sabtu 13 Okt 2012. Dijangkakan seramai 40 orang ahli akan turut serta.

Diantara tempat yang akan dilawati ialah Gua Kelam, Wang Klian dan Padang Besar.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.45 tengah hari.