Jumaat, 13 Julai 2012

Satu Lagi Penghormatan untuk Unit 18

En. Azizan Md Isa
PPK Unit 18 Kampung Seberang Tok Soh menerima satu lagi penghormatan apabila menerima hadiah 'Ketua Unit Jaya'. Seluruh ahli Unit 18 berasa amat berbangga apabila Ketua Unit  En. Azizan Md Isa dipilih sebagai ketua unit yang paling aktif di Daerah Sungai Petani, mendahului unit unit lain.

Hadiah disampaikan sempena Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 33, Pertubuhan Peladang Kawasan Sungai Petani yang diadakan pada Khamis 12hb Julai 2012. Mesyuarat diadakan di Dewan Bunga Raya 1, Institut Pengurusan Peladang Sungai Petani.

Sebagai Ketua Unit PPK Unit 18 Kampung Seberang Tok Soh, En. Azizan juga adalah Ahli Jemaah Pengarah PPK Sungai  Petani. En Azizan banyak membantu ahli untuk memajukan dan meningkatkan ekonomi ahli. Banyak projek telah diatur terutama projek pertanian seperti tananam nanas, cili, timun dan jagung.

Beberapa lawatan dan kunjungan sambil belajar telah diatur untuk membolehkan ahli menimba pengalaman dan pengetahuan dengan melihat sendiri kegiatan yang dijalankan oleh PPK di lain lain daerah. Diantara tempat yang dilawati ialah PPK Sik dimana ahli dibawa melihat IKS dibawah PPK Sik termasuk perusahaan snek, chip dan kerepek dari nanas, rambutan dan nangka. Juga melawat perusahaan juice, kordial dan jam roselle. Melawat tanaman anggur dan melawat ladang ternakan kambing dan lembu.

Beliau kerap menganjurkan khursus dan taklimat pertanian untuk ahli untuk memberikan pengetahuan sebagai persediaan sebelum menjalan projek pertanian. Disamping itu mengadakan dialog dengan jabatan dan agensi dimana ahli boleh mengutarakan sebarang pertanyaan dan masalah terus kepada agensi berkaitan.

En Azizan juga mengerakkan penubuhan Peladang Nita PPK Sungai Petani untuk memberi peluang kepada ahli ahli wanita yang berminat dalam IKS. Beberapa perbincangan telah dilakukan untuk memberi peluang kepada Peladang Nita untuk berniaga pada bulan Ramadhan yang akan datang dengan jualan kuih raya. Produk pengeluaran Peladang Nita akan dikumpulkan dan dipasarkan di pusat jualan Lemang Pak Teh bersebelahan Taman Rhu.

Ahli ahli wanita Unit 18 sendiri diberi pelbagai bantuan dan khidmat nasihat untuk mengeluarkan produk kuih raya.

Usaha terkini En Azizian adalah untuk memohon tempat jualan di pasaraya Tesco Bakar Arang untuk menjual produk produk keluaran peladang Nita PPK. Sekiranya berjaya ia akan memberikan lebih banyak peluang kepada ahli memasarkan keluaran mereka bukan sahaja di musim perayaan malah pada setiap hari sepanjang tahun.



Penghargaan yang diterima



Khamis, 12 Julai 2012

Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke 33 PPK Sungai Petani

Minit Mesyuarat Agung ke 33
PPK Unit 18 menghantar empat orang wakli ke mesyuarat agung tahunan kali ke 33 Pertubuhan Peladang Kawasan Sungai Petani yang diadakan pada Khamis 12 Julai 2012. Mesyuarat diadakan di Dewan Bunga Raya 1, Institut Pengurusab Peladang Sunagi Petani. Mesyuarat dimulakan pada jam 09.00 pagi.

Ahli ahli Unit 18 yang menjadi perwakilan pada mesyuarat ini ialah :
  1. Abdul Rahman Bin Mustaffa
  2. Md Zin Bin Maansoh
  3. Ahmad Yazi Bin Zulkefli
  4. Osman Bin Md Isa
Ketua Unit En. Azizan Bin Md Isa hadir sebagai Ahli Jemaah Pengarah.

Pada pemilihan tahun ini Ketua Unit En Azizan terus mendapat mandat sebagai Ahli Jemaah Pengarah.

Menyemak Nama Pewakilan

Pemberian Dividen Tahunan

Membaca Minit Mesyuarat

Sebahagian Dari Perwakilan

Jamuan Pagi

Pengurusan PPK

Ahli Jemaah Pegarah

Sebahagian Calon Ahli Jemaah Pengarah 2012/2013

Mengundi Ahli Jemaah Pengarah

Masukan Kertas Undi




Pameran Produk Peladang Nita PPK

Sebagaimana yang telah diputus pada perjumpaan lalu, Peladang Nita PPK Sungai Petani telah membawa produk keluaran IKS untuk dipamirkan sempena dengan mesyuarat Agung Tahunan Kali ke 33 PPK Sungai Petani pada Khamis 12 Julai 2012.

Produk pengeluaran Peladang Nita PPK ini akan di kumpulkan dan akan dijual pada musim hari raya puasa yang bulan Ogos nanti.

Tujuan pameran priduk diadakan ialah untuk memberi pendedahan kepada semua unit PPK melihat dan menilai produk yang akan dijual nanti.