Khamis, 28 Jun 2012

Perjumpaan dengan Pengusaha Kuih Raya

PPK Unit 18 telah menganjurkan satu perjumpaan dengan pengusaha kuih raya pada 27hb Jun 2012. Perjumpaan diadakan di bilik mesyuarat PPK Sungai Petani bermula pada jam 10.00 pagi. Mesyuarat ini adalah susulan pada perbincangan yang telah diadakan di dewan orang ramai Kampung Seberang Tok Soh pada Ahad 10hb Jun 2012.

Seramai 20 oran hadir pada perjumpaan tersebut. Setiap pengusaha membawa bersama sampel kuih kuih yang diusahakan sebagai contoh.
En Azizan selaku Ahli Lembaga Pengarah PPK Sungai Petani menerangkan tujuan perjumpaan. PPK memberi peluang kepada pengusaha kuih raya untuk menjual produk masing masing pada hari raya yang akan datang. Pengusaha diberi peluang untuk menjual kuih di lokasi yang telah dipersetujui iaitu di tapak jualan Lemang Pak Teh, Taman Rhu, Sungai Petani.

Persetujuan juga telah dicapai dengan syarikat Azla untuk mengenengahkan kuih kuih di hentian R&R di Lebuh Raya PLUS. Walaubagaimana pun ini masih lagi dalam perbincangan dan pengusaha mestilah mematuhi syarat syarat yang ditetapkan.

Peluang ini diberikan kepada pengusaha sebagai langkah menyediakan tempat kepada pengusaha terutama kepada ahli PPK Sungai Petani untuk menjual produk, menjana pendapatan dan meningkatan ekonomi. Pengusaha yang berminat untuk mengambil peluang ini dikehendaki mendaftar dengan mengisi borang yang disediakan. Beberapa syarat dinyatakan didalam borang tersebut yan perlu dipatuhi.

Selepas sessi penerangan, pengusaha diberikan kesempatan untuk menunjukkan dan menerangkan produk keluaran mereka. Komen diberikan oleh pegawai PPK tentang produk tersebut.




Ahad, 10 Jun 2012

Mesyuarat AJK 03/12

Perbincangan Pusat Jualan Kuih Raya

Satu perjumpaan dengan pihak PPK Sungai Petani, Jabatan Pertanian dan beberapa wakil unit PPK Daerah Kuala Muda telah diadakan pada Ahad 10 Jun 2012. Perjumpaan diadakan di Dewan Orang Ramai Kampun Seberang Tok Soh mulai jam 10.00 pagi.

Unit 18 memulakan initiatif mengutarakan cadangan mengwujudkan satu pusat jualan kuih raya sempena dengan perayaan Hari Raya Aidil Fitri pada bulan Ogos 2012. Cadangan ini adalah untuk memberi peluang kepada pengusaha kuih raya terutama yang menjadi ahli PPK Daerah Kuala Muda menjual produk keluaran mereka.