Khamis, 17 November 2011

Lawatan ke Sik, Kedah

Unit18 menganjurkan lawatan untuk ahli ahli ke Daerah Sik pada hari Khamis 17 November 2011. Lawatan bertujuan mendedahkan anggota dan ahli kepada perusahaan IKS yang dijalankan oleh ahli unit PPK Daerah Sik. Semoga lawatan dapat memberikan pengetahuan, pengalaman dan semangat kepada ahli sedang atau bercadang mengusahakan kegiatan pertanian, peladangan dan perusahaan IKS.

Seramai 40 orang ahli menyertai rombongan yang mula bergerak dari Kampung Seberang Tok Soh menaiki bas yang disewa pada jam 08.00 pagi. Destinasi pertama ialah Pertubuhan Peladang Kawasan Sik, Batu Lima jam 9.30 pagi. Taklimat mengenai kegiatan dan projek projek yang sedang diusahakan oleh Unit dan ahli PPK Sik diberikan oleh Encik Kamaruzzaman. Antara kegiatan utama adalah pertanian, ternakan dan perusahaan makanan.



Selepas jamuan ringan di Pejabat PPK Sik kami dibawa ke lokasi perusahaan di Bengkel Pemprosesan Makanan Bandar Baru Beris Jaya, Sik.

Walau rancangan awal untuk melawat bengkel pemprosesan Rempeyek Kadok, ia tidak dapat dilakukan kerana pengusaha mengalami masalah kesihatan.

1.    Memproses Buah buahan Tempatan    

 Bengkel pertama yang dilawati adalah pemprosessan buah buahan tempatan menggunakan teknologi 'Vacuum Fried'.






2.    Memproses Jus, Halwa, Jem, Kolwa berasaskan Roselle

Bengkel ini terletak dilokasi yang sama





3.    Kilang Kek dan Roti

Bengkel ini tidak beroperasi semasa lawatan dibuat tetapi rombongan di bawa ke pusat jualan di Pekan Sik. 




4.    Lawatan Ladang Anggur

Rombongan seterusnya dibawa ke ladang anggur yang terletak berhampiran Tasik Beris.





5.   Peranginan Sik

Ahli rombongan kemudian berehat untuk makan tengah hari di Taman Peranginan Sik




6.   Projek Ternakan Kambing dan Lembu Feedlot

Rombongan sampai disimpang ke tapak projek ternakan pada jam 2.30 petang. Peseerta rombongan terpaksa menaiki pengangkutan lori kerana jalan yang tidak sesuai untuk bas. Satu pengalaman yang sukar dilupakan oleh peserta. Ladang ternakan terletak lebih kurang 1.7 km dari jalan utama dan dikelilingi oleh ladang getah.







PPK Unit 18 mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan lawatan ini terutama kepada En. Kamaruzzaman PPK Sik yang meluangkan masa memberi taklimat dan membawa ahli rombongan melawat ke bengkel bengkel perusahaan. Ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada Koperasi Pembangunan Beris Berhad yang sudi menerima lawatan dan memberi keterangan mendalam tentang kejayaan koperasi tersebut.

Ahad, 13 November 2011

Hari Peladang dan Penternak - PPK Unit 18


PPK Unit 18 diatas initiatif ahli ahli dan pihak pengurusan mengadakan 'Mini Hari Peladang dan Penternak' pada hari Ahad 13 November 2011 bertempat di Dewan Surau Kampung Seberang Tok Soh, Pinang Tunggal, Sungai Petani, Kedah Darul Aman. 

Tujuan Unit 18 mengadakan Mini Hari Peladang dan Penternak ini ialah untuk memberikan pendedahan kepada ahli serta penduduk kampung terhadap peluang peluang di dalam bidang pertanian dan penternakan. Pada hari tersebut, peluang diberikan kepada orang ramai untuk berinteraksi terus dengan pegawai agensi agensi kerajaan yang dijemput hadir untuk mengutarakan sebarang pertanyaan dan meminta khidmat nasihat atas sebarang masalah berkaitan dengan pertanian dan penternakan.

Selain dari ahli dan penduduk tempatan, Unit 18 juga menjemput ahli ahli dari unit unit berdekatan untuk turut hadir ke majlis tersebut. 

Diantara agensi yang dijemput untuk menyertai majlis tersebut ialah :
  1. Jabatan Pertanian
  2. Pertubuhan Peladang Kawasan Sungai Petani, Kuala Muda
  3. Jabatan Haiwan
  4. FAMA
  5. Tekun
  6. PDRM
Disamping itu Klinik Kesihatan Bakar Arang turut dijemput untuk memberikan khidmat pemeriksaan kesihatan kepada pengunjung yang hadir. Antara khidmat pemeriksaan kesihatan yang diberikan termasuk BMI (Body Mass Index - indek berat badan dan ketinggian), tekanan darah, ujian kandungan gula dan pep smear.

Pengunjung diberikan jamuan makan tengah hari yang disediakan penduduk kampung menggunakan bahan dan sayuran yang ditanam di kampung.

Sambutan yang diberikan amat menggalakkan dan banyak soalan dan pertanyaan dikemukan oleh penduduk kampung kepada agensi agensi berkenaan. Diharapkan terdapat kesenambungan kepada isu isu yang telah dikemukan oleh pihak pihak berkenaan.

Unit 18 mengucapkan ribuan terima kasih kepada pegawai pegawai dari agensi agensi yang hadir pada Mini Hari Peladang dan Penternak peringkat kampung Seberang Tok Soh. Juga mengucapkan terima kasih kepada panel penasihat dan kakitangan Klinik Kesihatan Bakar Arang Sungai Petani diatas perkhimatan kesihatan yang diberikan.



















Selasa, 8 November 2011

Perjumpaan dengan Ahli

Satu perjumpaan dengan ahli ahli unit diadakan pada hari Selasa 08 Nov 2011 jam 3.00 petang. Perjumpaan diadakan di dewan Surau Kampung Seberang Tok Soh.

Perjumpaan bertujuan untuk menyenaraikan secara terperinci aturcara majlis yang akan diadakan pada hari Ahad 13 Nov 2011 nanti. 

1.   Banner

Dua banner akan ditempah, satu akan dipasang pada simpang jalan masuk ke kampung Seberang Tok Soh.

Satu lagi akan dipasang di dalam dewan.

2.   Persiapan tempat

Lokasi ceramah akan diadakan didalam dewan surau. Tujuh meja akan disediakan untuk agensi menempatkan pegawai.

Pemeriksaan kesihatan akan diadakan di luar dewan.

Dua khemah akan didirikan dikawasan lapang berhampiran dengan dewan untuk tempat jamuan makan tengah hari.

3.    Persiapan Jamuan

Makanan akan disediakan oleh kaum wanita kampung dan akan dibuat secara buffet.

4.    Hebahan dan Jemputan

Jemputan untuk unit unit PPK berhampiran telah dihantar. Hebahan juga akan dibuat di masjid Kariah Kampung Pinang Tunggal pada solat Jumaat akan datang.